Jumaat, Disember 24, 2010

Dare To Be Different......


Assalamualaikum wbt......

“ islam bermula dari dagang, akan kembali kepada dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang.” – hadis

Maafkan aku untuk tidak meletakkan mana letaknya hadis ini sama ada dari hadis muslim atau hadis bukhori. Malah tidak ada ‘mood’ pun untuk berbahas. Cuma untuk menyatakan beberapa pengajaran untuk kita mengambil iktibar. Hadis ini pernah dibacakan oleh seorang ustaz ketika aku belajar dahulu ( sekarang pun masih lagi belajar jugak).

Menurut penerangan ustaz tersebut, dagang ini bermaksud pelik. Pada zaman jahiliayah arab dahulu, islam ini dipandang pelik oleh masyarakat disebabkan islam mengenjurkan menyembah Allah yang satu dan melarang menyembah berhala seperti mana diamalkan oleh masyarakat Quraisy pada zaman itu. Dan akhirnya akan kembali pelik kerana ilmu-ilmu tentang islam telah diambil oleh Allah dengan cara mematikan ulamak-ulamak sehingga islam dan syariah-NYA dianggap pelik. Maka orang yang membawa islam ini akan dianggap orang ramai sebagai pelik seperti Nabi Muhammad pada zaman permulaan islam.

Pelik adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perkara yang diluar daripada kebiasaan. Ia juga membawa makna sesuatu yang berlainan dengan perkara yang kebiasaannya menjadi paradigm orang disekeliling. Tetapi didalam artikel ini, pelik itu adalah istimewa.

Nabi Muhammad adalah pelik pada zamannya. Akhlak yang ditunjukkkan oleh rasulullah adalah berlainan dengan akhlak anak muda pada zaman tersebut. Malah baginda tidak menyembah berhala seperti mana amalan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah yang menyembah berhala. Sikap yang ditunjukkan oleh rasulullah dapat diterima oleh masyarakat pada ketika itu sehingga baginda digelar Al-Amin. Kepelikan baginda tersebut menjadikan baginda adalah istimewa. Sebab itu, aku sentiasa menganggap orang yang pelik adalah istimewa.

Menurut kitab Holy Bible, Jesus adalah pelik pada zamannya. Semuda belasan tahun, baginda telah menjadi tumpuan orang ramai untuk menuntut ilmu. Kerana kepelikannya juga, baginda dianggap mulia oleh pengikutnya dan juga masyarakat sekeliling. Disebabkan itu, Jesus dianggap akan menjatuhkan penguasa pada zaman tersebut lalu difitnah sehingga disalib dipalang. Begitu kepelikan Jesus membawa pengaruh yang besar dalam masyarakat.

Mawi adalah pelik dalam pertandingan akedemi fantasia ketiga. Dengan lagu audition adalah Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani, dan gayanya yang tersendiri membawa pengaruh yang kuat dalam industry hiburan tanah air. Pemuda yang sentiasa berkepala botak ini mendapat jolokan raja SMS dan menjadi juara AF3 dengan memperolehi jumlah SMS yang tertinggi.

Sir R. Ian Raymour dalam bukunya ‘Discover your true Potential’ menggalakkan kita menjadi kita berlainan dengan orang lain. Dibawah tajuk ‘dare to be different’ menceritakan tentang ramai tokoh-tokoh hebat barat cukup berbeza dari sudut tindakan yang diambil dan juga perwatakan sehingga mereka menjadi tokoh yang disegani oleh masyarakat dunia.

Aku secara peribadi sangat-sangat menggalakkan tuan-tuan menjadi pelik dan berlainan dengan orang lain. Tetapi aku melarang tuan-tuan menjadi pelik dalam hal-hal agama. Tokoh-tokoh islam tidak pernah membawa perkara yang pelik dalam agama tetapi mereka cukup berbeza dengan perwatakan dan tindakan yang diambil oleh mereka. Prinsip yang dipegang oleh mereka juga menjadikan mereka sangat pelik berbanding dengan masyarakat sekeliling.

Bagaimana untuk menjadi kita semua ini pelik? Pertama sekali, tentukan dan tetaplah dengan prinsip diri tuan-tuan. Prinsip yang paling baik adalah prinsip dalam beragama. Maka berpeganglah dengan prinsip tersebut. Yang kedua, kita kena ada matlamat yang jelas. Bagaimana keadaan masa depan kita bergantung dengan matlamat kita sendiri. Walaupun kita tidak mencapai matlamat tersebut, sekurang-kurangnya kita masih dekat dengan matlamat kita.

Yang ketiga adalah perwatakan kita sendiri. Pilihlah untuk berwatak berbeza dengan orang lain jika baik. Jika perwatakan berbeza itu membawa kepada keburukan kepada orang lain dan juga diri sendiri, maka jauhkanlah dan pilihlah perwatakan yang lain. Maka disitu juga kita juga adalah berbeza dengan masyarakat. Contohnya nilai integrity yang tinggi.

Keempat, jangan takut untuk berbeza dengan orang lain. Islam sangat meraikan perbezaan. Contohnya, mazhab. Banyak sekali perbezaan antara mazhab feqah dalam islam. Bukankah ini cukup untuk membuktikan islam sangat meraikan perbezaan?

Yang kelima, perubahan. Perubahan memerlukan ‘post mortem’ dan juga muhasabah diri. Maka berubahlah kearah yang lebih baik. Bagaimana untuk berubah itu aku akan cerita pada masa yang lain. Boleh? Kalau tak boleh pun aku tetap akan cerita pada masa lain. Hahahaha........

Lateral maksima.............. mencari hobi yang pelik.....?????....................................

Selasa, Disember 21, 2010

Kataku Tentang Masyarakat

Antara aktiviti masyarakat.......

Assalamualaikum......


Alhamdulilah. Allah masih lagi memanjangkan umurku untuk aku menukilkan something dalam blog yang sudah seminggu aku tidak jenguk ini. Terima kasih buat tuhan kerana memberikan ilham kepadaku untuk menulis dalam menghiasi blog ini.


Dan aku bersyukur kerana Allah memberkati perjalananku untuk pulang ke kampus perdana Universiti Malaya ini bagi meneruskan baki projek akhir tahun yang masih lagi belum dapat disiapkan lagi.


Disini dan didalam blog ini, aku ingin menukilkan satu perkara yang selalu diingatkan kepada kita, tetapi selalu tidak diendahkan oleh kita. Persoalan yang paling tepat adalah sejauh manakah erti bersyukur kepada Allah dalam hidup kita?


Persoalan yang menjengah pemikiranku lewat santapan minda pembacaanku tentang erti berterima kasih kepada tuhan atau Kuasa Pemikiran Kekal Abadi yang dinukilkan oleh pakar-pakar motivasi dari barat. Anthony Robbin dalam bukunya unlimited power, menjelaskan erti bersyukur boleh membangkitkan satu kuasa dalam minda kita yang dinamakan kuasa bawah sedar dan dia menjelaskan tentang kuasa minda jika dipraktikkan dan diamalkan dengan erti syukur yang sebenar, mampu mengembangkan potensi yang ada dalam diri manusia.


Tidak dilupakan juga, penulis barat Napoleon Hill yang terkenal dengan buku 17 prinsip kejayaan hidup menukilkan tentang kejayaan mendapatkan harta yang banyak boleh dipercepatkan dengan erti bersyukur yang sebenar. Dengan mengambil beberapa ayat dalam kitab bible, dia cukup mengagumi orang yang banyak bersyukur kepada tuhan dan berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh beliau, beliau mendapati bahawa orang sentiasa berterima kasih kepada tuhan, akan lebih cepat kaya dan hatinya lebih menjadi tenang.


Hari ini, ramai orang bunuh diri kerana wang. Ramai orang cuba untuk membunuh diri kerana kesempitan hidup. Caranya? Banyak sekali yang tuan-tuan boleh fikirkan dengan membaca surat khabar dan melihat orang disekeliling tuan-tuan. Begitu lemah sekali erti bersyukur dalam masyarakat kita.


Pakcik R. Covey dalam bukunya 8Habit cuba untuk menunjukkan sikap berterima kasih itu boleh memangkinkan keberkesanan seseorang dalam gerak kerja sehariannya. Agaknyakan kalaulah semua orang membaca buku karangan mereka, tentu dunia ini tidak gila. Dan jika mereka menemui islam sebagai cara hidup, of course masyarakat akan aman damai dan harmoni.


Hari ini, masyarakat kurang mengenal erti Allah sebagai pencipta, dan pentadbir alam ini termasuk diri kita. Malah masyarakat kita tidak lagi merasakan kita ini adalah hamba Allah yang sepatutnya menjadikan Allah sebagai sembahan bukan wang ringgit dan harta kekayaan. Malah kita tidak malu untuk menggunakan sifat-sifat Allah dalam membuat kerosakan diatas muka bumi ini seperti sombong, angkuh, kedekut, zalim dan sebagainya. Jika kita menyedari bahawa sifat melihat Allah boleh menembusi hati mereka, sudah tentu mereka malu kepada Allah untuk melakukan kezaliman kepada makhluk Allah yang lain.


Masyarakat masih lagi belum sedar tentang ini. Kita menutup aurat tetapi tidak menyedari kenapa kita perlu untuk menutup aurat. Kita berpuasa dan bersolat. Itupun disebabkan kita mematuhi kebiasaan yang kita buat. Bukan kerana Allah atau perintah Allah.



Tidak berniat pun untuk menulis panjang. Sekadar nukilan hasil pemerhatian selepas membaca banyak buku motivasi. Semoga memberi peringatan kepada tuan-tuan sekalian.



Lateral maksima............. berpesanlah kamu dengan kebenaran...............................

Ahad, Disember 12, 2010

Mengubah Paradigma


Assalamualaikum......

Ketika aku menyiapkan artikel tentang paradigm sebelum ini, ada satu persoalan yang berlegar didalam benak akal aku. Bagaimnana untuk mengubah paradigm kearah paradigm yang betul.

Akhirnya aku mendapat jawapan yang diperlukan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat aku kerana menyumbangkan idea untuk melengkapkan lagi kefahaman aku. Sebelum aku menjawab persoalan diatas, aku ingin memberitahu suatu perkara yang penting yang aku tidak ceritakan di dalam artikel sebelum ini.

Tiada paradigm yang betul 100 % dalam dunia ini kecuali paradigm ketuhanan atau akidah. Maka kita tidak boleh mendakwa pendapat yang dipegang oleh kita adalah betul. Dan kita tidak boleh mendakwa kita ini betul hatta dalam soal jemaah sekali pun.

Itulah pokok ataupun dasar yang kita persetujui bersama. Selalunya kita tidak dapat mengubah keadaan diri kita dan organisasi disebabkan kita merasakan diri kita berada di pihak yang benar lagi suci. Pendapat kita adalah tetap dan tidak boleh berubah sama sekali dan orang lain yang sepatutnya perlu berubah untuk bersama-sama dengan kita. Itulah satu pandangan atau pemikiran yang mundur dan keterbelakang dalam menempuh cabaran dalam perjuaangan dakwah dan kejayaan diri.

Informasi. Itulah satu perkataan yang sangat berkuasa setakat ini yang boleh aku gambarkan untuk mengubah pemikiran atau paradigm kita. Dalam satu perjalanan pulang menaiki kereta api, R covey telah membentuk satu paradigm bahawa perjalanannya perlu tenang dan tiada gangguan disebabkan jadual kerjanya yang sangat padat. Tetapi alangkah kecewanya dia apabila disekelilingnya adalah bayi-bayi yang sentiasa menangis dan kanak-kanak kecil yang sentiasa membuat bising sehingga mengganggu dia yang hendakkan rehat dan perjalanan yang tenang.

Dia mula merasa meradang dan marah disebabkan bunyi bising tersebut telah mengganggu dia. Ketika dia ingin menegur ibu kepada bayi dan kanak-kanak tersaebut, dia terpandang seorang lelaki yang cukup selesa dan tenang. Dia menjadi hairan dengan keadaan lelaki tersebut. Lalu dia bertanya kepada lelaki tersebut dan menyatakan perkara yang sepatutnya dialami oleh lelaki itu iaitu terganggu dengan bunyi bising.

Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila dpaat mengetahui tentang keadaan lelaki tersebut. Lelaki itu baru sahaja kehilngan isteri tersayang. Maka ketika ini, dia hanya duduk untuk mengimbau kembali kenangan bersama isteri. Pada pendapat dia, bunyi bsing tersebut tidak mengganggu kenangannya bersama isteri. Nah itulah shift paradigm.

Mengubah paradigm sendiri ada kala senang adakala susah. Tetapi kita dapat mengubah paradigm kita dengan mencari informasi tamabahan atau mencari paradigm dari sudut lain. Apa pendapat orang yang berbeza pandangan dengan kita, dan apa maklumat atau informasi yang beliau dapat untuk mengeluarkan pandangan yang bebeza dengan kita. Maka, carilah maklumat tersebut.

Ok kita telah bersetuju untuk mengubah paradigm kita, kita perlukan maklumat tambahan dari sudut lain sepeti R Covey tadi. Dengan tambahan maklumat tentang kematian isteri lelaki tersebut, maka barulah dia mengawal raaa terganggunya tadi. Dia berusaha untuk menggembirakan perasaan lelaki tersebut. Akhirnya, dia dapat melakukan yang terbaik pada waktu itu dan penatnya hilang kerana dapat melihat kegembiraan lelaki tersebut.

Carilah maklumat tambahan walaupun kita merasakan pendapat kita sudah betul. Kerana manusia perlu berubah untuk terus maju. Maka paradigm kita juga perlu berubah kearah yang lebih positif. Ubah paradigm dan capai destinasi terbaik kamu.....

Lateral maksima.......... aku nak balik kampong selamat tinggal tugasanku dikampus...........

Isnin, Disember 06, 2010

KENAPA PARADIGMA ITU PENTING........


Kenapa aku terlampau membiacarakan tentang paradigm? Dan apa kaitannya dengan daie muda dan temporary? Kenapa aku terlampau bersungguh-sungguh untuk mengubah paradigma orang disekeliling aku kearah perkara yang lebih baik? Kenapa aku nak korang semua mengubah persepsi kamu terhadap semua perkara tidak kira manusia, benda hidup atau benda mati termasuk juga perkara ghaib?

Jawapannya adalah kita adalah ciptaan Allah yang paling sempurna disebabkan Allah mengurniakan akal untuk mengawal nafsu dan mentadbir bumi. Kemampuan akal manusia adalah sangat luas sehinggakan seolah-olah tanpa batasan tetapi tidak sampai kepada tahap tuhan. Moga-moga peneranganku kali ini mengubah persepsi kamu semua tentang otak anda dan pemikiran anda sendiri.

Pada waktu zaman sekolah dahulu, cikgu PJK mengajar kami tentang acara balapan. Pada ketika itu, dia mencari atlet sekolah untuk mewakili sekolah dalam acara lumba lari jarak jauh. Rasanya untuk 1500 meter kot. Dah lupa. Maka aku dan kawan-kawan telah dipaksa lari mengeliling padang tersebut sebanyak lapan kali. Kebimbangan aku pada ketika itu adalah aku tidak mempunyai stamina yang kuat untuk berlari jarak jauh tersebut.

Sebelum memulakan larian, cikgu telah mengemukakan cabaran iaitu sesiapa yang dapat menamatkan perlumbaan dalam masa 16 minit, akan dilepaskan daripada denda yang akan ditetapkan kemudian. Maka dilepaskan kami memulakan perlumbaan larian mengelilingi padang sebanyak 8 kali tersebut.

Satu pusingan mengambil masa sebanyak 2 minit. Dan itu target maka aku pun berlari bermain kerana paradigm pada ketika itu, aku tidak mampu untuk mencapai percapaian tersebut. Maka aku bermula dengan perlahan dan pada pusingan pertama catatan masa melebihi 2 minit. Tetapi apa bila melihat kawan-kawan yang lain ramai meninggalkan aku, maka aku mengubah cara berfikir bahawa aku boleh menamatkan larian dibawah 16 minit.

Maka aku telah membuat target pertama iaitu membuat larian kurang 2 minit sepusingan. Maka target itu akhirnya tercapai. Aku mula meningkat kepada 1 minit setengah sepusingan akhirnya tercapai. Aku mula mengekalkan corak larian untuk mengekalkan catatan masa sepusingan. Setealh masuk kepada psuingan ketujuh, aku telah meningkatkan sedikit kelajuan untuk menamatkan larian secepat mungkin.

Akhirnya aku dapat menamatkan larian dibawah 16 minit. Tetapi pada pusingan terakhir aku dapat catatan masa dibawah 1 minit. Aku cukup gembira dengan pencapaian tersebut. Seronoknya. Sampai sekarang masih lagi tersenyum.

Pada pandangan kamu semua, agak-agak kalau aku tidak mengubah pemikiran pada pusingan kedua, dapat tak mencapai target larian bawah 16 minit? Of couse tak dapatkan. Itulah sebabnya aku ingin aku dan kamu semua mengubah pemikiran kearah yang lebih positif kerana pemikiran yang macam itulah akan membuat kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Berjaya di dunia adalah dapat member manfaat kepada orang lain tterhadap apa yang kita usahakan.

Para daie seharusnya mengubah persepsi terhadap jalan dan madu’. Kadang-kadang jalan dakwah kita tidak kena dengan keadaan semasa dan keadaan masyarakat sekeliling disebabkan pelbagai factor. Kita perlu memikirkan impak yang lebih panjang dan jauh berbanding mengambil impak yang lebih pendek. Sangat penting untuk kita mengenal madu’ kita luar dan dalam. ( aku menggalakkan kamu semua membaca buku “how to spot a liar”) dan mengubah peradigma kita terhadap madu’.

Aku telah mendengar beberapa cerita yang aku kira menjadi pengajaaran kita bersama. Antara cerita tersebut; seorang non muslim akibat terlampau baik dengan seorang aktivis mahasiswa telah mengikut usrah pada tahun kedua pengajiannya. Pada waktu itu, paradigm aktivis mahasiswa tersebut, jika dia dapat memberitahu seribu kebaikan dalam islam kepada kawannya yang non muslim itu, maka non muslim itu akan masuk islam akhirnya. Sedangkan pada waktu itu, madu’ tersebut mengikut usrah itu adalah untuk menjawab seribu kemusykilan agama yang dia tidak faham. Dan juga mencari jaminan hidup yang ditawarkan oleh islam.

Akibat daripada paradigm tersebut, selepas dua tahun, madu’ tersebut masih lagi tidak kembali kepada fitrahnya iaitu islam. Sehinggalah aktivis itu menceritakan kepada sahabatnya tentang permasalah tesebut. Maka sahabat tersebut telah berjumpa dengan madu’ tersebut. Hasil daripada perbincangan hampir dua jam, akhirnya dapat mengembalikan madu’ tersebut kepda fitrahnya. Ini kerana tembok paradigm yang memisahkannya dengan fitrahnya telah dapat diruntuhkan.

Begitulah hebatnya akal manusia dan pemikiran manusia. Disebabkan paradigm, mampu untuk memperlahankan atau mempercepatkan gerak kerja seseorang. Oleh sebab itu, aku cukup bersungguh untuk mengubah paradigm kamu semua. Aku mengharapkan kamu semua dapat mencorakkan pemikiran kamu semua dengan pemikiran yang positif. Effective daie mempunyai paradigm yang cemerlang.

Lateral maksima............ semoga dapat berhijrah di maal hijrah ini.............

Selasa, November 30, 2010

SEPARUH PENUH @ SEPARUH KOSONG

Assalamualaikum.......


separuh kosong ke separuh penuh?

Apa pandangan sahabat2 tentang gambar diatas? Separuh penuh atau separuh kosong? Susah nak fikir? Bagaimana pula kalau aku sertakan sekali dengan dua cerita? Nak tak membaca? Kalau nak teruskan membaca. ^_^

Dalam satu acara sukaneka sekolah-sekolah rendah sedunia, maka berlakulah satu acara yang penuh gilang gemilang yang cukup menjadi tumpuan orang ramai disebabkan hadiahnya yang cukup luar biasa iaitu hadiah ‘misteri’. Acara yang dimaksudkan adalah acara mengisi air kedalam botol dengan menggunakan span yang sebesar tangan aku ni. Nak tahu berapa besar bolehlah tengok tangan aku. Nah.....

Acara pun bermula dengan dilepaskan oleh Barack Obama dengan melepaskan satu tembakan mortar. Dengan bersemangat, para peserta memulakan larian masing-masing sambil membawa span yang dipenuhi air ditangan untuk dicurahkan ke dalam beberapa botol sebesar lebih kurang botol kaca kuning.

Kira-kira dipertengahan permainan, para peseta memberi kata-kata semangat kepada lawan masing-masing (semangat kesukanan yang sangat tinggi) dengan berkata “ cepat sikit, dah separuh penuh botol tu. Cepat.” Dengan penuh semangat yang berkobar-kobar terus menambah kuasa turbo masing-masing untuk berlari memenuhkan botol masing-masing. Oleh sebab sama-sama hebat, maka keputusannya adalah seri. Mereka dapat memenuhkan botol masing-masing serentak. Akhirnya mereka berkongsi hadiah misteri itu iaitu......... (pikir lah sendiri. Tu pun nak bagitau ke?)

Cerita kedua pulak.

Satu pertandingan jugak. Pertandingan ini adalah istimewa disebabkan terdapat wakil daripada world book of record yang hadir disitu. Pertandingannya adalah pertandingan menghabiskan air sebanyak 50 gelen paling cepat. Terdapat dua orang peserta sahaja yang mengambil bahagian. Maka majlis pun bermula dengan bacaan doa selamat dan doa taubat ( bimbang takut peserta tercekik air).

Kemudian, air diminum. Dipertengahan pertandingan, para penyokong menjerit, “ cepak, derah. Air tinggal separuh kosong tuh” bila mendengar kata-kata ghairah penonton, maka kedua-duanya semakin cepat meminum air tersebut dah pertandingan tamat.

Agak-agak ar, mana jawapan yang betul? Separuh kosong ke separuh penuh? Sebenarnya itu bergantung kepada paradigm anda semua. Dan paradigm yang paling bagus adalah paradigm yang positif. Dalam kes ini, ia bergantung kepada kamu pada situasi mana kamu. Jika kamu berada di dalam cerita perttama, maka separuh penuh yg kamu pilih dan jika berada di ceritta kedua, separuh kosong. Betulkan? Jawapannya pada kamu. Tapi pandangan saya adalah gelas itu penuh. Kenapa ya?

Lateral maksima........ ikut akulah nak bagi jawapan apa pun. Bergantung pada aku kan?.............

Rabu, November 24, 2010

EXAM AROUND THE CORNER


Assalamualaikum....

Sudah sampai kepada minggu exam. Aku tetap begini, tidak dapat focus kepada ulangkaji subjek-subjek peperiksaan. Bila tengok note sekejap, sama ada tidur ataupun berpusing dan tengok cerita atau baca buku lain. Aduyai, bila nak sudah study pun tak tahu.

Yang paling aku benci adalah, aku tak dapat nak menjawab soalan peperiksaan nanti walaupun tahu dengan pasti soalan tersebut. Arghhhh... susahnye nak jawab soalan macam ni...... I need teknik menjawab soalan peperiksaan exam university macam zaman spm dulu. Cikgu Kospint, aku rindu kamu....

Walaubagaimanapun, aku bukan kecik lagi. Nak tak nak, kena juga jawab exam nanti walaupun tak tau teknik menjawab dengan baik. Atleast B dalam tangan, insyaallah.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua sekali mahasiswa yang akan mengambil peperiksaan nanti. Waktu aku sekolah dulu-dulu, cikgu ada pesan. Kalau lupa ketika menjawab peperiksaan, beristighfarlah dan berselawatlah banyak. Insyaalllah akan dimudahkan oleh Allah untuk ingat kembali perkara yang kita lupa tadi. Ok guys, see u at exam hall.....

Lateral maksima.......... terkenang sewaktu exam zaman sekolah dahulu. Tak ade pressure pun.......

Sabtu, November 20, 2010

PENGORBANAN = KEMERIAHAN

Lawa juga gigi lembu ni...... hahaha

Assalamualaikum.....

“ No pain, No Gain”. Itulah kata-kata pepaatah inggeris yang aku kutip dari filem Transformers. Aku percaya semua sekali mesti pernah tengok cerita Transformers kan? Seperti mana kebiasaan, aku akan menulis untuk setiap hari perayaan untuk umat islam terutama hari raya puasa dan hari raya korban.

Aku pada hari raya pertama, telah mengikuti satu ibadah korban di surau Al-Ikhlas di Pantai Dalam. Kerja terbaru aku disitu adalah menangkap gambar dan memegang lembu ketika hendak disembelih. Sedikit sebanyak terubat rindu kepada kampong halaman melihat begitu mesra sekali orang kampong dan kemeriahan mereka yang mengikuti ibadah korban. Kebetulan pulak, ramai pakcik-pakcik yang berasal dari Terengganu. Wah makin seronok aku untuk berbual dalam dialek aku sendiri. Lebih selesa bercakap loghat sendiri berbanding loghat KL.. (^_^)

Aku mula berfikir. Suasana kemesraan berhasil daripada lembu yang dikorbankan. Andaikata hari raya kali ini tidak ada lembu untuk dikorbankan, agak-agak kemeriahan seperti ini masih boleh dapat atau tidak. Atau adakah seumpama hari raya puasa ‘ditanah air’ yang hanya berhimpun dimasjid kemudian membuat hal sendiri bersama keluarga masng-masing.

Aku membuat hipotesis awal ( perlu dibuktikan dengan eksperimen), bahawa kemeriahan ini berlaku kerana ada lembu untuk dikorbankan. Habis tu, lembu ni pulak datang daripada mana? Mestilah daripada duit orang ramai. Mereka melaburkan duit untuk membeli sebahagian daripada 7 bahagian lembu untuk dikorbankan dan dagingnya dibuat kenduri dan juga diberikan secara fresh kepada orang lain. Maka hipotesisnya adalah, “tiada pengorbanan tiada kemeriahan hari raya korban”.

Untuk menjadi gembira, kita perlu berkorban. Hari raya korban membuktikan pengorbanan harta, masa dan tenaga diperlukan untuk membuatkan orang lain gembira dan kita pun gembira sama. Kanak-kanak riang berlari kesana kemari malah bertempiaran lari apabila lembu tiba-tiba mengamuk jugak sebahagian daripada kemeriahan yang aku rasa disini. Usik-mengusik sesama sendiri menjadi lumrah kehidupan manusia. Maka dari mana kemeriahan ini. Hasil daripada pengorbanan harta, masa dan tenaga.

Kemesraan dan kemeriahan ini adalah resipi terbaik dalam mengikat ukhuwah sesama muslim. Kehadiran ramai foreigner juga menambah ceria lagi dengan gelagat mereka yang cukup ‘terrer’ mengikat lembu-lembu tersebut.

Walaubagaimanapun, hikmah hari raya korban adalah pengorbanan. Allah swt mengingatkan kembali bahawa perjuangan tanpa pengorbanan itu adalah sia-sia umpama hari raya korban tanpa lembu dan kambing. Maka untuk berjaya, kita perlu berkorban termasuklah tak balik Malaysia kerana menuntut ilmu. (^_^)

Lateral maksima..... menghayati ‘pengorbanan harta’ dan pengorbanan lain..........................

Rabu, November 17, 2010

Khamis, November 11, 2010

SAID IT.....


Assalamualaikum....

Aku melihat dimana-mana, orang semakin kuat bercakap. Bercakap-bercakap dan bercakap. Sentiasa bercakap. Setiap pertemuan mesti ada orang yang bercakap. Tak ada orang yang tidak bercakap. Mesti ada orang yang bercakap. Orang melihat kepada orang yang bercakap. Tetapi tidak pula melihat kepada orang yang tidak bercakap. Penentuan orang pula pada percakapan. Semakin hebat dia bercakap, semakin hebat dia. Dari segi apa tak tahu. Tetapi itu reality yang tidak dapat disangkal lagi. Orang hebat mesti pandai bercakap.

Aku memang kurang bercakap. Semakin aku dewasa, semakin aku kurang bercakap. Semakin ramai kategori orang aku temui, semakin kurang untuk aku bercakap. Tidak sedikit yang mengatakan aku sombong disebabkan aku tidak bercakap. Tidak sedikit yang memaksa aku bercakap di dalam setiap pertemuan atau meting. Sampai ada orang melenting kemarahan apabila aku tidak bercakap.

Salahkah kalau aku tidak bercakap didalam meting? Adakah aku akan didakwa diseksyen jenayah disebabkan aku tidak bercakap dalam meting? Adakah aku akan sampai ditali gantung disebabkan aku tidak bercakap di dalam mesyuarat? Kenapa semua orang hendak aku bercakap?

“ tidak fahmi. Kamu perlu bercakap. Sebagai ketua kamu perlu bercakap. Ahli jawatankuasa hendak kamu bercakap” timbalan aku meminta aku bercakap pada next meting.

“ fahmi, untuk permulaan ni, saya akan memberikan kamu bercakap didalam meting. Tidak kisahlah kamu nak bagi apa-apa pun, tazkirah ke atau peringatan kepada ajk nanti. Yang penting kamu bercakap” kata setiusaha yang aku lantik mengendalikan meting.

“ ok fahmi. Untuk terakhir, saya serahkan kepada fahmi untuk memberi sepatah duakata. Silakan” tercengang-cengang aku dengan tindakan pengerusi mesyuarat.

“ saya nak, fahmi kamu bercakap selepas ini. Kalau tak, saya akan guna kuasa yang ada untuk memaksa kamu bercakap.” Kata pimpinan lain sewaktu induksi kepimpinan suatu tidak lama dahulu.

Itulah serba sedikit usaha yang dilakukan oleh orang sekeliling aku untuk memaksa aku bercakap. Ketawa dan senyum pun ada ketika blurr apabila diminta untuk bercakap. Kenapa lah orang kat sekeliling aku ni suka sangat nak suruh aku bercakap. Hish....

Walau apapun, itulah medan latihan untuk aku bercakap. Sentiasa bertanya soalan dan berani mengajukan soalan di khalayak ramai. Walaupun masih lagi tidak dapat menjadi sehebat orang lain dalam bercakap, tetapi aku merasai aku semakin meningkat dalam bab bercakap. Bukan lagi fahmi dahulu yang agak kurang bercakap dalam meting dan khalayak ramai.

Aku masih lagi ingat ketika baru masuk tingkatan empat di KOSPINT. Aku dipanggil oleh seorang ustazah untuk berjumpa dengan nya pada waktu rehat. Tidak disangka ustazah tersebut menawarkan kepada aku untuk menyertai sekolah dalam pertandingan pidato. Katanya, ada orang yang mencadangkan namaku untuk masuk bertanding acara ini. Dalam hati tertanya-tanya siapakah gerangan yang mencadangkan namaku sedangkan aku baru sahaja seminggu berada di sekolah ini.

Dengan berat hati, aku menerima tawaran terbabit. Maka berlatihlah aku siang dan malam bagi menghasilkan pidato yang terbaik sewaktu hari pertandingan. Manakan tidak, tidak pernah-pernah masuk pertandingan semacam ini, tiba-tiba masuk. Tak gabra aku berhadapan dengan situasi seperti ini. Walaupun kalah, aku tetap gembira disebabkan kalau menang kena berpidato depan sultan mizan. Wah kalau menang tu lagi gabra... hahahahaha...

Habis sahaja pertandingan, aku diserap masuk secara automatic dalam debat sekolah. Lagi lah tak boleh blah. Walaupun tak dapat menerima hakikat, tapi aku pasrah jelah. Nak buat macam mana. Dah dipacak. Tetapi memang tak pernah performlah sewaktu berbahas. Ada sahaja yang pelik-pelik berlaku terhadap aku. Hahaha..

Sejak hari itu, aku banyak diberi peluang untuk bercakap. Sewaktu perhimpunan dan sekali-sekala aku diberi peluang untuk menggantikan ustaz yang tidak dapat hadir untuk tazkirah sebelum jumaat. Malah aku dulu diberi jolokan ‘pemusnah’ majlis disebabkan oleh kesilapan-kesilapan besar yang aku buat ketika mengendalikan majlis. Komen seorang kawan “bagus jugak bila fahmi jadi pengerusi majlis. Sepanjang aku berada di sekolah ini, tidak pernah aku melihat cikgu-cikgu seceria itu melainkan ketika fahmi menjadi pengerusi majlis.” Selepas dikenang-kenang, terima kasih kawanku atas komen positif tersebut.

Orang lain bila bercakap akan membayangkan idea yang hendak dikemukan, aku membayangkan perkataan yang hendak aku sampaikan. jika terganggu ayat tersebut, maka kesan blurr akan ditunjukkan oleh mukaku. Orang lain bimbang tidak mendapat tepukan gemuruh jika berucap, aku bimbang jika ayat aku disalahertikan oleh pendengar. Kadang-kadang, lain yang hendak disampaikan, lain yang disebut.

Tetapi ada nasihat yang baik untuk aku. Fahmi, ketika bercakap mudahkan jangan menyukarkan. Kepada orang yang memberi nasihat itu kepadaku, insya allah aku akan mudahkan segala bahasa pertuturanku. Dan aku semakin maju dalam ucapanku. Daie is great muslim....

Lateral maksima........... one word bukan one Malaysia...................

Selasa, November 09, 2010

KUASA SALAM


Assalamualaikum.....
Ucaplah salam setiap kali berjumpa. Sama ada kepada orang muslim atau bukan muslim. Kesannya kepada diri sendiri adalah kita akan menjadi ceria selepas kita mengucap salam. Dan kita akan makin ceria jika salam dan sapaan kita disambut dengan senyuman oleh orang lain. Hidup kita akan lebih bermakna dan bahagia.

Kata orang, satu perkataan boleh menyebabkan persepsi orang terhadap orang lain berlaian. Antara perkataan yang power adalah ucapan salam dan sapaan. Assalamualaikum, selamat siang, selamat pagi dan selamat sejahtera mempunyai kuasa yang tersendiri kepada diri sendiri dan orang lain. Dengan ucapan salam dan sapaan, kita akan menjadi magnet. Tak percaya cuba acu tra test.

Satu kisah yang menarik dipapar oleh sebuah buku. Tentang bagaimana kuasa salam dan sapaan ini boleh menyebabkan orang lain menjaid bahagia. Ada orang mengkaji tentang ukhuwah yang dibina di sebuah sekolah di Melaka(kalau tak silap lah). Satu kelas di dalam sekolah ini mempunyai pelajar yang berbilang kaum. Nisbah bukan muslim kepada muslim didalam kelas tersebut adalah 2:1.

Pada awalnya, perhubungan kelas itu terhad kepada kaum masing-masing. Bagi mereka, lebih baik mengelak daripada berlaku perkara yang sensitive yang mengakibatkan perbalahan. Itulah anggapan mereka pada mulanya. Setelah beberapa minggu, perhubungan mereka semakin terbuka dan mantap setelah berlaku satu peristiwa penting.

Peristiwa itu adalah ketika muslim disitu member salam sesama mereka. Sehingga kawan non muslim dalam kelas tertarik dengan ucapan salam. Lantas bertanya tentang maksud salam tersebut. Maka dijawab dengan panjang lebar tentang salam tersebut. Kemudian, mereka berfikir untuk member sapaan pagi kepada semua orang di dalam kelas. Maka sejak hari itu, mereka semua member salam kepada semua di dalam kelas tersebut. Daripada tertutup kepada terbuka dan semakin terbuka. Bukan sahaja sudah boleh bertanya tentang perkara yang pada anggapan mereka sensitive malah mereka sudah boleh bergurau senda sehingga orang lain menjadi hairan dengan hubungan mereka.

Begitulah kuasa salam dan sapaan. Kepentingannya mencakupi soal perhubungan, malah soal agama dan kaum. Mereka mula memahami dengan baik setiap agama dan perwatakan setiap kaum bukan lagi bertoleransi sesame kaum dan agama. Tiada lagi kepahitan dalam berkata-kata lantaran menjaga hati kaum lagi.

Oleh itu, pertama sekali, kita beri salam kepada semua orang setiap pagi dan memaafkan mereka setiap kali hendak tidur. Kedua, jawab saam jika diberi salam dan disapa oleh orang lain. Ketiga, senyum kepada mereka. (^_^)

Tertarik dengan cara untuk berurusan dengan orang yang mabuk dan penagih dadah di lorong jalan. Salam, sentuh dan peluk. Mereka akan tenang dengan kita.

Lateral maksima......... hari ini aku nak praktik......................

Jumaat, November 05, 2010

NASIHAT UNTUK AKU.......


“Fahmi ingatlah pesanan ini. Jadilah orang yang berilmu, jangan jadi orang yang berpengatahuan, dan jangan jadi orang yang bodoh.”

Terkedu aku mendengar teguran dan nasihat daripada seorang tokoh korporat yang tersohor di Malaysia tahun lepas. Lantas aku bertanya kepadanya apakah maksud yang ingin disampaikan oleh beliau.

“ kamu tahu apa maksud orang yang berilmu?” aku menggeleng-geleng kepala. Lantas beliau menyambung.

“ orang yang berilmu ini adalah orang yang dapat, yang faham dan yang buat apa yang dia faham. Orang yang berpengetahuan adalah orang yang dapat, yang faham tetapi tidak buat apa yang dia faham. Orang yang bodoh pulak adalah dia dapat, tetapi tidak hendak faham dan tidak buat. Saya berjumpa dengan ramai orang yang berpengetahuan dan orang yang bodoh, tetapi saya jarang melihat orang yang berilmu.”

Aku teringat apa yang disebut dalam sebuah buku barat. Ketika dia melihat rancangan who want to be a millioner bersama dengan seorang tokoh korporat, orang yang seperti ini saya tidak akan mengambil dia bekerja untuk saya. Tetapi saya akan mencari orang yang mampu mengamalkan ilmu dan berfikir berlandaskan ilmu yang dia ada. Orang seperti itu adalah “brilliant”.

Terima kasih dato’ atas pesanan dan nasihat yang cukup berharga tersebut. Bukan mudah untuk aku mendapat nasihat yang cukup berharga tersebut. Dan bukan mudah untuk aku berkongsi disini (^_^).

Sebelum kami berpisah pada malam itu, aku bertanya dimana tahap aku.

“ kamu adalah mahasiswa dansaya melihat potensi kamu di tahap yang pertama. Keep it up. Polish lagi potensi kamu. Selepas itu, jika kamu hendak bekerja dengan saya pun saya akan terima dengan senang hati.” Ringkas jawapan beliau pada malam itu.

Oh itulah antara nasihat daripada beliau yang aku ingat. Ok fahmi keep itu up menjadi orang terbilang. Insyaallah.......

Lateral maksima................. fahmi horay fahmi horay 3X........................................

Rabu, Oktober 27, 2010

OwH POKOK..........


Beberapa teori yang kami aktifkan apabila melihat keguguran daun oleh sebatang pokok tempat dimana kami selalu lepak.

“ Mungkin cara pokok ini menyesuaikan diri dengan keadaan tempat dia tumbuh. Kan sini kawasan jabatan kimia. Maka, daun ini menggugurkan daun bagi mengurangkan kesan bahan kimia didalam tanah” seorang sahabat baikku berteori.

“ Mungkin juga pokok ini hendak mati. Tengok semua daunnya telah digugurkan. Rasanya dia akan ditamatkan riwayat hidup sebagai sepohon pokok.” Aku juga turut berteori.

“ Mungkin juga serangan fungi atau parasit yang menyebabkan daun-daun ini berguguran” seorang sahabat baik aku mengemukakan hujahnya.

Kami mula berhujah dengan mengemukan teori yang pelik dan mengarut sehingga bersurai. Best jugak kadang-kadang mengarut atas nama sains ni. Hahaha

Kami mula lupakan tentang kisah pokok dek kerana sibuk dengan persiapan presentation dan laporan-laporan yang perlu kami siapkan. Mantap..... sehinggalah......

Ketika aku dan kawan-kawanku yang lain study di tempat kami selalu lepak. Selepas 2 jam study ( first time dalam hidup), aku mula tidak tahan melihat buku. Lalu berjalan-jalan disekeliling tempat tersebut. Fenomena yang tak asing, beberapa orang couple sedang sibuk study bersama disitu. Aku melihat mereka dan mereka melihat aku berjalan-jalan. Aku terkebil-kebil melihat mereka, dan mereka juga terkebil-kebil melihat aku. Aku senyum dan begitu juga dengan mereka.

Sehinggalah aku berhenti dekat pokok tersebut. Melihat keatas, pantas menimbul kekaguman diriku.

“ wei, tengok pokok ini. Dah berdaun balik” laungku.
Bergegas kawan-kawanku melihat pokok itu. Kami pun sekali lagi berteori dengan rancak tentang fenomena tersebut.

“ tapi, ni mungkin tuhan nak tunjuk tumbuhan empat musim kat Malaysia. Allah kan berkuasa.” Ulasku.

“ sebenarnya akar yang lebih penting. Selagi akar hidup, maka hiduplah pokok tersebut.” Kawanku membuat kesimpulan.

Kemudian kami membisu dan melayan perasaan masing-masing. Ada yang meneruskan pembacaan dan ada yang berjalan ke tempat lain. Aku masih lagi memikirkan ‘akar yang lebih penting’.

Teringat aku tentang tajuk akidah yang diberikan oleh ustaz zaman aku beruniform dahulu dan juga ketika aku berusrah dahulu. Ketika itu, aku mempertikaikan kenapa akidah umpama akar sedangkan pada tahap ilmu, semua komponen dalam pokok mempunyai peranan yang sama penting.

Yes, sebagai akar yang berada di dalam tanah, ia memainkan peranan untuk menyerap mineral dan juga air dari tanah ke atas. Daun pulak melakukan proses fotosintesis untuk makanan kepada pokok. Batang dan dahan menjadi menteri pengangkutan bagi menghubungkan daun dengan akar. Tetapi bagaimana akar boleh jadi ketua bagi pokok??

Owh, terima kasih sahabatku. Terima kasih tuhanku kerana menjelaskan kepada ku secara tidak langsung. Terima kasih nabiku kerana islam sampai kepada ku. Terima kasih ustaz dan ustazah dan terima kasih naqib kerana memperkenalkan teori ini.

Sampai sekarang masih teringat akan ungkapan tersebut “ akar lebih penting”. Maksudnya, akidah lebih penting dalam hidup. Tak gitu??

Lateral maksima....... become great naqib fahmi (GNF).....................................

Khamis, Oktober 21, 2010

ANTARA IKAN EMAS DAN HATI


“wah, ikan emas.” Aku cukup suka dengan binatang peliharaan. Senyum.....

“ satu, dua, tiga... ermm.... wah ada 7 ekor semuanya.. tapi awat keruh sikit airnya?”

“dah lama tak tukar airnya. Nanti lah ada kerja ni. Balik nanti boleh tukar”

“ tak apelah. Aku nak pegi jumpa lecterer lak ni. Nanti jumpa lagi”


Aku menamatkan perbualan pada pagi itu dan pergi ke fakulti untuk bertemu janji dengan pensyarahku berkenaan dengan projek tahun akhir aku. Setelah berbincang dengan sangat lama, akhirnya aku bergerak untuk ke tazkirah corner pulak.


“ tut, tut, tut”.. telefon bimbit aku berbunyi menandakan mesej masuk

“ fahmi, datang bilik aku kejap. Ikan emas sudah mati” itulah pesanan daripada kawan aku.

Aku membalas “aku on the way”....


Lalu dengan pantas, aku cuba terus pergi ke bilik kawan aku ni. Tinggal seekor sahaja ikan emas yang masih hidup. Kesian kat kau ni. Tinggal seekor je. Tak ada kawan.


Aku dan kawan aku mula membuat postmortem tentang kejaidan tersebut. Kami membongkar circulation motor kat tepi akuarium tersebut. Wah... penuh dengan makanan ikan yang tidak habis. Mungkin ini yang menyebabkan motor ini tak berfungsi. Kami membersihkan akuarium tersebut bersama dan membuang ikan mati yang sudah berbau.


Air yang keruh telah membunuh ikan. Itu hakikatnya. Menyebabkan ikan tidak mendapat oksigen yang cukup yang menjadi keperluannya. Hakikat yang ikan emas yang sangat sensitif ini telah dapat kami terima.


Dalam perjalanan balik ke rumah. Aku mula menerawang kepada dunia yang lebih kejam. Ya suasana telah menjadikan manusia kejam. Teringat kisah seorang pembunuh yang menjadi pembunuh disebabkan dia dilahirkan dan di besarkan dalam lingkungan keluarga penyembelih binatang yang kejam. Akibatnya, dia mencontohi orang disekeliingnya dan menyembelih manusia seperti mana binatang. Ohhh kejamnya dunia.


Kemudian ke fakulti lagi. Membaca buku ditempat kebiasaan fakulti sains lepak iaitu dataran kimia. Aku melihat ragam manusia ditempat aku ini. Dengan pakaian, perangai dan macam-macam lagi. Kesemuanya cukup untuk menggoda iman. Ye lah kan, lelaki mana boleh tengok perempuan.


Mesti korang gelak kan.


Dalam kehidupan, aku melihat suasana yang makin kelam disekeliling aku. Mula melihat kehidupan dari sudut yang lebih berbeza. Dah mula untuk bercampur sedikit-sebanyak dengan gologan sasaran. Bergaul tanpa batasan dan luar biasa. Dengan budaya couple yang berlaku di depan mata aku sekarang cukup mencabar jiwa dan nafsu lelaki sekarang. Aku tahu dimana jiwa aku sekarang dan aku tahu dimana tahap iman aku sekarang.


Seperti mana akuarium dan ikan emas tadi, hati aku dilanda perkara yang sama. Hati lelaki mana yang tidak tertarik untuk melihat dan mengekori laluan gadis cantik yang cukup seksi didepan mata. Aku tidak tahu sampai bila hati aku boleh bertahan. Aku tidak dapat meramalkan bila hati aku boleh mati seperti mana ikan emas tersebut.


Iktibar daripada ikan emas. Ikan emas boleh mati dengan suasana yang keruh. Ikan emas cukup terseksa untuk hidup dalam keadaan suasana yang tidak selesa tersebut. Akhirnya ikan emas mati. Hati lebih liat daripada itu. Hati masih lagi bernyawa dan bernafas dalam suasana yang keruh dan gelap. Tetapi, semakin gelap dan semakin keruh suasana, mungkin hati akan mati.


Ya hidayah allah adalah motor circulation untuk airnya. Selagi mana hidayah allah masih lagi mengapai, selagi itu hati kita masih hidup. Tetapi bagaimana pulak dengan suasana? Persekitaran?


Makin suasana seperti ini diteruskan, semakin banyak kes sosilawati akan berlaku. Jika suasana seperti ini diteruskan, semakin bertambah bilangan sekolah untuk orang yang hamil. Makin banyak konsert maksiat. Semakin ramai perempuan muslim yang membuang tudung kerana fesyen.


Ya allah, bantulah hambaMU untuk mengubah suasana dan persekitaran. Ya permudahkanlah untuk hambaMU menyebarkan seruan ilahi keatas muka bumi ini.


Lateral maksima............. korang perlu support daie kita....................

Rabu, Oktober 13, 2010

BUANG BAYI : SATU RESPON


Artikel ini adalah cubaan pertama untuk respon isu semasa. Jika salah silap harap dapat member komen.........


Aku mula memikirkan tentang Sekolah Harapan. Dan seperti mana laporan akhbar, sekolah tersebut semakin bertambah bilangan penduduknya. Mereka diberi 'harapan' untuk mereka meneruskan hidup selepas mereka 'hanyut' dalam dunia hitam. Itulah langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan Melaka untuk membendung masalah buang bayi di Malaysia. Aku mengharapkan kamu semua faham dengan dunia hitam yang aku maksudkan. Aku malas nak bercerita lebih tentang apa itu dunia hitam itu.


Seperti mana kebiasaan akhbar, ayat yang digunakan oleh akhbar kebiasaan dapat memutar belitkan suasana yang berlaku. Seolah-olah kerajaan Melaka telah merintis langkah yang bijak untuk menangkis masalah buang bayi. Dan menurut akhbar tersebut, seolah-olah sekolah harapan itu akan diikuti langkahnya oleh kerajaan pusat dan negeri-negeri yang lain.


Aku tidak pandai untuk mengkritik dengan baik. Malah juga aku tidak mampu untuk memuji dengan hebat. Pada mulanya, aku bersetuju untuk mereka membuka sekolah harapan tersebut. Ya, aku mengaku pandangan tersebut. Tetapi aku terpana dan terkesima pabila kerajaan Melaka terus melaksanakan sekolah harapan ini dengan begitu cepat. Tanpa ada perbincangan yang lebih mendalam dan meluas. Tanpa melibatkan NGO islam diluar sana untuk berbahas tentang solusi ini. Mungkin mereka melihat kepada sebuah NGO yang Berjaya untuk membuka sekolah pembimbing untuk golongan ini kembali berharapan.


Mungkin atas factor tersebut, mereka terus membuka dengan tanpa banyak soal. Mereka tersilap mengenali siapa mereka. Mereka adalah kerajaan dan ditirunya pendekatan NGO. Mereka adalah bapa, tapi ditirunya pendekatan anak saudara mereka. Bapa adalah tempat untuk anak-anak bergantung atau bernaung. Tetapi sepupu adalah tempat untuk saling prihatin dan bantu-membantu. Persoalan pokok disini, wajarkah seorang bapa mengambil pendekatan sepupu untuk mengatasi masalah?


Penjara marang adalah penjara yang terbesar (aku dah lupa, rasanya terbesar di Malaysia kot waktu tu), tapi kini akan dibuat penjara yang baru yang lebih besar. Dulu sudah cukup dengan sekolah Henry Gurney, sekarang sudah berada di Marang sekolah yang sama. Bukankah bermakna semakin lama, semakin bertambah penjenayah. Tidak kira penjayah dewasa atau juvana. Pokok nya mereka bertambah. Adakah sekolah harapan ini akan mengalami pattern yang sama dengan penjara. Satu soalan daripada buku yang say a baca.


Bagaimana caranya untuk kita menutup semua penjara di Malaysia? Bukankah itu adalah perkara yang sepatutnya difikirkan. Saya jamin, banyak idea yang akan timbul jika dikeluarkan dalam bentuk peraduan yang hadiahnya bernilai mahal. Cubalah buat......


Kembali aku merenung tulisan ust Hasrizal, dia bercerita, dia tidak pernah berjumpa kes buang bayi di UK tetapi menemuinya di Malaysia. Banyak pula tu. Aku merenung pattern masyarakat orang disana dengan Malaysia. Kenapa mereka tidak, kita buang? Bila aku membuka kisah artis luar Negara, mereka berbangga dengan anak luar nikah tetapi tidak di Malaysia. Betulkah aku bermula seperti ini?


Aku menemui sesuatu. Masyarakat barat menerima pergaulan bebas dan kesan daripadanya. Tetapi, masyarakat Malaysia menerima budaya barat tersebut tanpa dapat menerima kesannya. Barat bebas dan menerima anak luar nikah sebagai anak mereka. Tetapi kita menerima kebebasan tersebut (harap faham J ) tanpa dapat menerima anak luar nikah. Begitulah konklusi yang aku dapat buat.


Masyarakat kita telah berjaya dipengaruhi agar menerima pergaulan bebas dalam masyarakat yang begitu dititip beratkan oleh ulama dan orang tua zaman dahulu. Tradisi yang menjaga pergaulan anak perempuan dan lelaki ini mula terhakis akibat daripada pengaruh televisyen. Aku tidak pergi jauh untuk menunjukkan bukti. Cukuplah dengan cerita-cerita melayu di TV. Bagaimana jika dibanding dengan siri televisyen daripada barat? Ada perbezaan dari sudut pergaulan lelaki dan perempuan?


Ibubapa tidak lagi mengawal anak gadis mereka dibawa keluar oleh seorang lelaki. Dibawa keluar dengan motorsikal menambahkan lagi sadis dan teruknya masyarakat sekarang. Aku cukup sedih apabila seorang kenalan gadis dibawa pulang oleh ayah kekasihnya. Seolah-olah ibubapa merestui perhubungan yang belum pasti. Beginilah mentality masyarakat kita sekarang. Cukup membimbangkan kerana aku akan menjadi ibubapa pada masa hadapan.


Disini beberapa cadangan yang ingin aku suggestkan kepada tuan-tuan yang ingin mengambil cadangan ini:

Pertama, aku mencadangkan agar satu sesi brainstorming yang dihadiri oleh pakar psikologi di Malaysia untuk membincangkan bagaimana untuk menutup sekolah harapan.

Kedua, aku mencadangkan agar filem dan televisyen di negara ini diubah agar tidak menunjukkan pergaulan yang terlampu bebas seperti mana negara barat.

Ketiga, pendakwah perlu untuk menunjukkan sikap yang terbaik bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat.

Keempat, buat hudud. Jelaskan betul-betul apa sebenar hudud ini. Disini tiada political isu disebabkan kajian yang dilakukan oleh kawan aku mengatakan, masyarakat bukan islam sudah semakin dapat menerima hudud jika hudud dilaksanakan.

Kelima, jom ikut usrah. Topup ilmu dan luaskan perbincangan untuk kesejahteraan generasi sekarang dan pembinaan generasi akan datang.

Keenam, lu pikir lah sendiri...........


Lateral maksima.............................. jangan tak fikir...................

Isnin, Oktober 11, 2010

APA RAHSIA MEREKA?



Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak menulis didalam blog ini. ‘cuti’ disebabkan terlampau padat dengan program dan projek yang perlu aku siapkan. Ditambah pula dengan assignment yang penuh. Kesemuanya memeningkan kepala untuk difikirkan. Projek yang sakit dan kadang-kadang memerlu lebih perhatian daripada komitmen yang lain.


Aku tidak mengetahui apa rahsia mereka. Apabila membaca satu kisah dizaman as-syahid imam Hassan albanna. Perbualan yang melibatkan imam sendiri dan sahabatnya. Sahabatnya berkata “ wahai imam Hassan al Banna, kenapa engkau lambakkan kerja ini kepadaku. Sedangkan engkau mengetahui bahawa aku sudah mempunyai pekerjaan yang sibuk yang belum tentu aku bereskan dengan jayanya.” Jawab imam Hassan al banna, “ aku suruh engkau melakukan pekerjaan ini kerana aku mengetahui engkau akan membereskan kerja ini dengan jayanya”. Imam Hassan al banna meletakkan sepenuh kepercayaan kepada orang yang sibuk.


Teringat tentang perbualan dengan senior beberapa bulan yang lalu. Dia berkata, pengalaman aku membuktikan, memberi kerja kepada orang sibuk, akan membuahkan hasil kerja sangat berkesan. Senior aku cakap, orang yang banyak masa lapang ni sering lepak dan buang masa. So kawan-kawan, jom jadi sibuk.


Apa rahsia mereka sehinggakan mereka mampu untuk membereskan kerja mereka dengan jayanya. Syabas buat mereka. Sedangkan diriku, juga sibuk dan ada sikit2 masa kosong, masih tidak mampu untuk melaksanakan kerja dengan jayanya.


Mereka tidak mempunyai peralatan yang begitu canggih untuk menaik dengan laju. Dan mereka tidak mempunyai kenderaan yang laju untuk segera ke mana-mana kawsan. Sedangkan diriku, walaupun tiada kenderaan tapi masih lagi mempunyai pengangkutan awam yang mampu bergerak lebih pntas daripada kenderaan zaman dahulu. Malah ditambah dengan laptop dan handphone yang memudahkan komunikasi dan perhubungan.


Apa ye rahsia mereka? Cuba explain kat aku..................


Lateral maksima.............. mencari kisah yang berguna............................

Selasa, September 28, 2010

PENGUMUMAN: BRO-MC RAYA 2010 KEMBALI



Jom Semua Menyambut Seruan Ini.........
Jom!!!!!!!!!!!!!!!
SMS Je.............

Jumaat, September 24, 2010

PREHABIT (3)


Sambungan.........................................

Ye kenapa kita perlu untuk membincangkan perkara ini sebelum kita masuk kedalam 7habit. Sebab kita perlu mengenalpasti paradigma kita berada dimana dan perlu untuk mengubah paradigm tersebut. Kalau tidak bagaimana kita hendak memahami kesemua ketujuh-tujuh habit tersebut.

Proactive, think end in mind, first think first, understand first then to be understood, think win/win, synergize and sharpen the saw memerlukan kita mengubah paradigm untuk melancarkan lagi pemahaman dan amalan kita terhadap habit-habit ini.

Focus kita adalah shift the paradigm. Kawan aku, abu ubaidah selalu dipanggil sosialis disebabkan penglibatan dia didalam student power. Suatu hari, aku sempat berjumpa dengan abu disuatu tempat (mane boleh bagi tau, ahhh). Berjumpa je abu, antara perkataan yang muncul adalah sosialis ( ade juga prkataan salam menjadi pekataan mula-mula). Sehinggalah seorang ‘adik’ bertanya kepadaku, betul ke dia ni sosialis. Dengan tersenyum, aku menjawab, “bukanlah. Saje je budak2 ni gelarkan dia ni sosialis”. Barulah ‘adik’ ini faham tentang perkara tersebut.

Bertanya adalah jalan terbaik untuk shift the paradigm. Macam ‘adik’ tadi, bertanya untuk memastikan dia tidak disalahfahamkan dengan paradigm yang tersendiri. Memang bagus adik ini menggunakan bertanya. Kalau dia tidak bertanya dan tetap memendamkan persoalan tersebut, entahlah apa kefahaman yang dianuti tentang abu.

Dulu sewaktu aku diperingkat SPM, aku merasakan kimia itu susah. Ape kes, asyik C, D jek. Tak de huruf lain ke nak bagi. Selepas itu, aku mula belajar dengan seorang cikgu ini. Mengubah paradigm bahawa kimia itu susah. Perghhh mantap beb. Pandai cikgu ni mengubah minat aku terhadap kimia. Last sekali, aku dapat A shinggalah aku SPM. Mantap beb.

Untuk daie, paradigm adalah suatu yang penting untuk dipelajari. Kerana apa, kerana kita tidak menghukum suatu perkara seseorang itu dengan sekali pandang. Kita berjumpa dengan orang yang khayal dan mabuk. Kita telah meletakkan barrier kita terhadap orang tersebut supaya perangai mereka tidak berjangkit kat kita. Betul tak????

Kadang-kadang kita terjerat dengan paradigm kita sendiri. Aku mengalaminya sendiri. “Tidak mungkin dia akan menerima hidayah Allah jika begini punya pakaian”. “tengok lah tu. Perangai macam tu. Ya ahli neraka ke die ni” dan sebagainya. Paradigm yang seperti ini lah yang merosakkan permulaan kita mendekati madu’ kita.

Maka wahai para mujahid dan para daie sekalian. Belajarlah untuk shift the paradigm. Itulah permulaan yang terbaik untuk menjadi hero. Nak jadi hero tak???

Lateral maksima............. hero?? Nak nak nak.................................

Rabu, September 22, 2010

PREHABIT- PARADIGM (2)


......... sambungan........................................

Begitulah cerita orang yang tabah. Betapa bijak sensei yang mengubah paradigm budak tersebut. Dan begitu hebatnya budak itu kerana berjaya untuk mengubah paradigm diri dan tidak membelengu diri dengan kesedihan.

Pensyarah aku, alhamdulilah berjaya membuktikan paradigma mampu diubah. Ketika belajar di oversea, dia telah berada didalam culture shock dimana menyebabkan dia berputus asa sehingga hampir untuk membunuh diri. Hidayah daripada Allah, pensyarah aku itu telah terjumpa dengan seorang senior yang menunjukkan sebuah kitab yang kekal isi kandungannya sehingga akhirat iaitu kitab Al-Quran.

Pensyarah aku bercerita pada mulanya dia beranggapan AQ ini susah untuk difahami. Tetapi, senior tersebut telah berjaya mengubah paradigma dengan membuktikan bahawa AQ itu adalah straight forward, not cornar-cornar. Akhirnya, hidup berubah dan berjaya sehingga kini. Banyak pertolongan Allah selepas dia shift the paradigm. Begitu hebat bukan?

Kebiasaan aku bukan orang yang memulakan menegur orang. Sehinggalah aku didedahkan dengan dakwah masyarakat di mana-mana masjid dan apabila aku mula menyertai pelawaaan daripada GAMIS untuk aktviti dakwah masyarakat. Aku mula berubah sedikit. Tidak banyak. Sedikit demi sedikit insyaallah, akan berubah definitely.

Satu tip dalam artikel ini untuk orang yang ingin mengubah paradigm. Apa caranya, haaaaa.......

Caranya adalah bertanya soalan “apa yang orang lain mahu?”

Apabila bertemu dengan sesuatu perkara, sentiasa dahulukan orang lain. Barulah dapat mengubah persepsi kita kepada orang lain. Kalau tak setuju bagi tahu. Jangan nak pandang belakang je.

Kenapa perkara ini dibentang dahulu oleh steven covey. Kenapa perkara ini tak dibentang sebagainya salah satu subbab dalam 7habit.? Kan2 pelik kan??

Ahad, September 19, 2010

7HABIT-PREHABIT (1)


Kali ini kita berbincang tentang pre habit of highly effective people. Tentu tuan-tuan pelik bukan bila membaca pre-habit of highly effective people. Kebiasaannya, kita mendengar 7habit kan? Tapi kali ini kita berbincang dengan pre-habit. Kalau yang biasa membaca buku 7habit, mungkin tidak pelik mendengar perkataan ini, tapi jika tidak pernah langsung mendengar, meh sini ambe nok kabo sini. Hahahaha......

Pre-habit itu adalah paradigm. Kenapa kita berbincang tentang perkara ini? kenapa tidak masuk terus 7 habit? Kan senang kalau kita terus bincang tentang content 7hbt, betul tak? Ini aku teka je soalan yang bermain2 dalam kepala korang. Betulkan? Kalau tak betul buat2 lah betul. Ambik hati katakan.

Apa itu paradigm?
Haaa. Lebih kurang macam persepsi lah. Korang kalau jumpa orang yang tak pernah jumpa sebelum ini, apa yang korang pandang? Berapa darjah kejulingan anda terhadap orang tersebut? Dan berapa sudut cakah kesombongan ketika melihat kerendahan orang tersebut (ayat tersurat, moga dijauhi Allah)? Kalau itu semua terjadi kepada korang, itulah persepsi. Haaaa. Dah faham belum apa itu paradigm?

Aku teringat satu kisah. Satu kisah dimana berlaku di negara luar. Seorang kanak-kanak lelaki baru sahaja terlibat dalam kemalangan jalan raya dimana mengorbankan tangan kirinya. Setiap hari, dia berasa sedih kerana kehilangan tangan yang cukup berharga. Dia merintih bagaimana untuk dia menghadapi hari-hari yang mendatang jika dia sudah kehilangan tangan kiri. Dia tidak dapat lagi menunggang BMX dengan baik. Malah disebabkan dia kidal, banyak perkara yang dia terpaksa belajar balik umpamanya belajar menulis dengan tangan kanan, memegang sudu dengan tangan kanan, dan sebagainya.

Hari demi hari, hidupnya semakin lama semakin malap. Keadaan ini merisaukan ibubapanya. Suatu hari, dia berjalan-jalan disekeliling kampungnya. Sambil berjalan, dia masih lagi memikirkan nasib yang akan berlaku selepas ini tanpa tangan kiri. Sehinggalah dia berjumpa dengan sesuatu yang mengubah hidupnya selama-lamanya. Dia terjumpa pusat latihan karate. Apabila terpandang pusat latihan tersebut, dengan tiba-tiba dia berminat lantas melangkah kedalam pusat latihan tersebut.

Selepas bertanya pelbagai perkara kepada sensei (guru dalam bahasa jepun), dia mengkhabarkan keinginannya kepada ibubapnya. Pada mulanya, ibubapanya bimbang jika dia tidak mampu untuk betahan dalam aktiviti lasak tersebut. Tetapi akhirnya membenarkannya akibat terpandang wajah yang cukup bersinar daripada anak mereka. Dia kemudian berjumpa dengan sensei dan memulakan latihan pada keesokkannya.

Dia berlatih dengan penuh tekun dan gigih. Tetapi dia semakin hairan disebabkan sensei hanya mengajarnya satu baris teknik sahaja untuk dia kuasai. Semakin lama semakin dia ragu dengan sensei. Perasaan rendah diri mula menjalar dalam dirinya. Sensei memerhatikan tindakannya yang semakin tidak bersemangat. Lantas sensei menegurnya
“ wahai budak, kenapa semakin hari semakin tidak bersemangat kamu?”
“ wahai sensei, kenapa kamu tidak mengajar aku teknik lain kepadaku. Adakah hanya teknik sahaja yang perlu aku kuasai?”
“ wahai budak, kamu masih lagi belum menguasai seratus-peratus lagi teknik ini. Berusahalah kamu agar lebih menguasai teknik ini.” Sensei mula memberi semangat kepada budak tersebut.
Walaupun tidak dapat menerima dengan seratus-peratus apa yang diucapkan oleh senseinya, dia menyambung latihan dengan lebih gigih lagi. Hari demi hari, tekniknya makin bagus sehinggalah dia terpilih mewakili tempatnya untuk pertandingan.

Melihat lawannya yang ‘sempurna’ hatinya menjadi kecut tetapi, senseinya dapat menghidu keadaan tersebut lalu mengingatkan latihan yang telah dibuat sebelum itu. Dengan semangat untuk menang, dia melangkah kepusingan pertama. Dia berlawan sehingga dapat menumbang lawannya dengan masa yang pantas. Hatinya begitu gembira. Begitu juga dengan pusingan kedua dan ketiga. Semuanya menang dengan cukup cepat.

Apabila melangkah ke suku akhir, lawannya kali adalah sedikit berpengalaman. Mulanya, dia diasak kemudiannya, dia dapat satu peluang untuk menjatuhkan lawannya. Lantas dengan pantas dia menjatuhkan lawannya itu. Diperingkat separuh akhir, dia juga mendapat satu peluang selepas diasak. Akhirnya dia hadir ke peringkat akhir.

Kali ini lawannya adalah orang yang sangat berpengalaman. Yang sudah memenangi beberapa kejohanan sebelum ini. Digasak dengan cukup hebat sehingga hampir terjatuh. Oleh kerana kasihan melihat keadaan dirinya, pengadil cuba untuk menghentikan perlawanan tetapi ditegah oleh sensei. “biarlah dia”.

Selepas diasak dengan hebat, akhirnya dia dapat membalas dan menepis segala serangan oleh pihak lawan. Selepas agak lama bertempur, lawannya hilang keseimbangan lantas digunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk menjatuhkan lawannya. Akhirnya dia diisytiharkan oleh juara pada kejohanan tersebut.

Dalam perjalanan balik, dia bertanya kepada senseinya berkaitan dengan teknik yang menyebabkan dia menjadi juara pada edisi kali ini.
“ anakku, sesungguhnya kamu telah mahir menggunakan teknik yang paling hebat dan paling sukar untuk dipelajari. Dan keduannya, teknik ini mempunyai satu-satunya kelemahan iaitu tangan kiri.”
Maka fahamlah dia kenapa sensei menyuruhnya mempelajari teknik tersebut dengan tekun. Dengan memegang sebelah kirinya,dan buat pertama kali, dia bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia melihat kearah ‘kelemahan’ kepada teknik yang dia pelajari yang sejak mulanya sudah tiada.

.......................... bersambung.............................................................................................................

Lateral maksima................. mengarang untuk bab yang seterusnya.....................................

Sabtu, September 11, 2010

PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA


Perutusan hari raya daripada aku untuk umat islam kat Malaysia dan mesir.

Bila aku bukak harakah semalam, banyak gilerrr perutusan. Aku tengok tv, haik, PM pun ada perutusan hari raya yang tersendiri. Kejelesan aku semakin membuak-buak. Lalu dalam laman sesawang (yang tak berapa bersawang lagi), aku terpingin nak letak perutusan hari raya aku sendiri. Mula-mula tak hendak juga tulis benda-benda alah ini. Tapi mengenangkan untuk hari raya ini aku tak buat apa-apa pun untuk blog aku ni, aku fikir elok lah diletakkan something yang special untuk orang lain. Kan kan????

Orang lain mulakan dengan takbir dalam setiap perutusan. Aku pun nak mulakan dengan takbir jugak lah. Allahuakbar 7x........................................

Alhamdulilah, bersyukur kehadrat Allah swt, kerana dengan limpah izin dan rezeki yang diberikan oleh NYA, kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. herm, macam mana dengan puasa anda-anda semua tahun ini. Mesti solat malam tiap-tiap malam kan? Ataupun semakin teruk berbanding tahun lepas. Kalau makin teruk, istighfar lah banyak-banyak. Sesungguhnya orang yang paling rugi adalah tahun ini lebih buruk dari tahun lepas. Walaubagaimanapun, muhasabah adalah perkara yang paling penting dalam hidup kita. Tanpa muhasabah, bagaimana kita hendak maju. Maka bermuhasabah lah kita sementara umur masih ada. Mana lah tahu, kau dan aku tidak dapat berjumpa lagi pada tahun-tahun yang akan datang.

Puasa mengajar kita banyak definisi baru tentang hidup. Definisi makanan, definisi kenyang, definisi lapar, definisi sabar dan tenang, definisi mengawal nafsu dan banyak lagi definisi yang mengubah hidup kita pada bulan Ramadhan ini. Alhamdulilah, jika berlaku dalam hidup kita, maka ucaplah syukur kepada Allah terhadap silibus Ramadhan yang anda lalui. Silibus yang bukan calang-calang penggubal. Moga-moga dipanjangkan umur agar berjumpa lagi Ramadhan yang akan datang.

Jangan dikenang orang yang sudah meninggal dunia. Terkejut dengan kematian sahabat-sahabat yang dengan tiba-tiba dikhabarkan meninggal dunia. Doakan mereka agar tenang berhadapan dengan Allah swt. Mereka yang telah pergi biarlah dibiarkan pergi. Yang masih hidup ini teruskan berjuang mencari bekalan yang terbaik. Semoga bekalan yang dipersembahkan dihadapan Allah nanti adalah bekalan yang diredhai oleh Allah swt. Ya hidup perlu diteruskan.

Para saintis telah mengemukan bukti-bukti yang menunjukkan kelebihan berpuasa selama sebulan. Banyak kajian yang dikemukan sangat bersesuaian denga fitrah kejadian manusia. Sistem penghadaman memerlukan ‘rehat’ melalui puasa selama sebulan dan banyak lagi khaifiat atau kelebihan yang ditunjukkan dengan kepada orang berpuasa. Janganlah hendaknya kita ‘mengorbankan’ apa yang kita telah usahakan sepanjang sebulan berpuasa dengan membebankan sistem penghadaman dengan melahap apa sahaja yang terhidang sewaktu hari raya nanti. Kononnya, penat berpuasa menahan lapar dan dahaga digunakan sebagai alasan untuk melebihkan kapasiti muatan perut. Maka rosak lah ‘diet’ yang telah diamalkan selama ini. Pesanku kepada semua, jaga makan, jaga badan, jaga minda dan anda sihat. (pesanan daripada penaja).

Ketika ini , jangan lupa kepada orang yang memerlukan. Ada orang yang tidak mampu untuk beraya pun seperti mangsa banjir yang berlaku di Pakistan. Mungkin kita tidak merasa apa-apa kerana kita berada di Malaysia. Tetapi ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk beraya di pagi raya. Maka ingatlah bahawa zakat fitrah adalah untuk saudara islam yang tidak mampu untuk beraya. Maka tunaikan lah kewajipan anda sebaik mungkin.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog saya yang berharga ini. Maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah selama ini. Dan kepada semua sahabat-sahabat, maaf jika ada silap dan salah selama kita bertugas dan bersahabat.

Lateral Maksima.................. selamat hari raya aidilfitri........................................

Khamis, September 02, 2010

SEMBANG AKIDAH


Masihkah kita ada masa? Persoalan ini menjengah ku untuk berfikir dengan lebih lanjut. Ketika ditanya tentang persoalan, apakah akidah pmium? Hati terasa dan bermonolog samada diri ini mempunyai masa atau tidak.

Menyelusuri masalah akidah umat islam dibumi UM, menyebabkan hati menjadi gundah akan masalah yang timbul. Meletakkan diri serasional mungkin bagi menawarkan hadiah jawapan yang terbaik terhadap orang yang bertanya dan orang lain yang ingin tahu. Bagi mengelak pelbagai kemarahan daripada pihak. Mungkin jawapan ini tidak sehebat penduduk akademi pengajian islam. Tetapi aku cuba menjawab mengikut acuan aku sebagai budak sains.

Sebelum itu, aku ingin bercerita. Bercerita tentang siapa diri ini dalam menjawab soalan ini. Aku pada awalnya adalah orang yang tidak berminat pada agama. Walaupun tidak berminat tentang agama, tidak berminat dalam mendalami agama, aku masih lagi mengikut abahku ke mana majlis ilmu ketika itu. Mungkin minat ku terhadap mata pelajaran sains lebih mengatasi minat terhadap bidang agama.

Sejak dahulu, aku mempelajari bidang sains untuk melihat alam dengan lebih luas. Mengalami pengalaman yang menarik untuk aku kagumi alam ini. Aku seolah-olah menjadi secular ketika itu. Memisahkan antara agama dan hal dunia. Malah, aku tidak berminat untuk lebih memandang subjek agama selain daripada untuk mendapat ‘A’ dalam mana-mana exam. Tetapi kurnia Allah menjaga hambanya daripada terus menjadi secular. Gelaran ustaz yang diberikan oleh sahabat-sahabat ketika aku remaja cukup untuk mengawal diri agar tidak terbabas dengan lebih jauh. Malu dengan gelaran ustaz. Hahaha...

Bermula asasi sains dan seterusnya, aku mula sedikit demi sedikit mempelajari agama dan mengadunkan dengan sains. Aku mula bertatih dalam mencari ilmu agama yang lengkap. Mengambil peluang daripada perbincangan dalam usrah dan discussion biasa dengan sahabat-sahabat, aku mula mengambil pendekatan yang tertentu dalam menangani masalah akidah yang mendatang. Setiap hari, aku dicabar dengan permasalahan yang pelik dan of course menyebabkan aku semakin lega dengan peganganku kini. Dan aku juga semakin terbuka menerima pelbagai pendapat yang setiap satunya akan dicerna dengan baik oleh kepala otak aku sendiri berdasarkan pandangan-pandangan dari pelbagai pihak. Pendek kata, aku bukan lahir dari background pendidikan agama.

Tetapi aku memahami bahawa Allah itu maha. Orang macam aku, memahami Allah sebagai pencipta. Malah, ketika aku belajar sedikit sebanyak bagaimana untuk menarik orang yang tidak beragama atau athies terhadap islam, apa yang perlu adalah membuktikan ada pencipta or the creator. Daripada situ maka beralih kepada siapa itu tuhan. Bila kenal siapa tuhan yang maha sempurna itu, maka barulah boleh dijawab Allah adalah tuhan. Itu proses untuk orang bukan islam kenal islam dan kenal Allah.

Tetapi, berlainan dengan orang melayu di Malaysia, kita mengenal Allah daripada pasakan atau dotrinisasi. Dari kecil, kita diajar bahawa Allah itu tuhan, dan kita mesti sembah Allah. Kita tidak kenal siapa yang kita sembah tetapi kita ‘disuruh’ dengan paksaan untuk menyembah Allah. Hati dan ruh mungkin mengenal Allah, tetapi tidak tubuh badan yang lain yang tidak merasai Allah. Pendidikan kita hanya memaksa tetapi tidak membantu memahami akan Allah itu sendiri.

Entah kenapa, konsep duality terfikir di dalam minda aku sejak kebelakangan ini. konsep ini pada kefahamanku, setiap perkara mesti ada pertentangan. Contohnya, baik dan jahat, gelap dan cerah, dan sebagainya. Apa kaitan konsep ini dengan masalah yang kita bincang? Mungkin semua orang tidak terfikir bahawa konsep ini kadang-kadang sahaja tepat. Contoh, gelap terhasil disebabkan tiadanya cahaya atau kekurangan cahaya. Maka gelap terhasil.

Aku terfikir, masalah dan perbalahan sifat 20 ke atau 3 tauhid sebenarnya boleh di atasi. Cuba fikir, kononnya aku nak mengorat seorang awek lah. Kemudian, aku mesti hendak mengenali awek ini supaya aku boleh tackle awek ni kaw-kaw. Supaya menimbulkan minat dia kat aku. Semestinya aku akan buat apa sahaja untuk kenal awek itu. Melalui kawan ke? Guna keluarga dia directly ke? Chating kat facebook or YM ke? Pendek kata banyak sangat cara untuk aku kenal awek itu. Itu cara aku untuk kenal awek itu. Mungkin korang lebih ‘cool’ dr sudut cara time nak kenal awek korang.

Bagaimana kita mengenal Allah? Bagaimana kita hendak tackle Allah? Bagaimana kita hendak mengorat Allah? Entah sama tak macam mana kita nak kenal atau nak berkenalan dengan Allah? Of course sama. (entah lah kalau orang lain tak setuju). Nak mengorat Allah ni, mesti kenal dahulu Allah dahulu. Nantikan, salah cara mengorat tiba2 dia murka pulak. Dia merajuk hingga campak kita dalam neraka pulak macam mane?

Begitulah kita hendak bercinta dengan Allah. Kita mungkin tidak sehebat Rasul Allah dalam bercinta dengan Allah. Tapi hendaklah kita meningkatkan cinta kita kepada Allah. Bagaimana kita hendak tackle awek yang kita tak kenal langsung? Kan?

Sebenarnya, tak kisah lah apa cara korang nak kenal Allah, 3 tauhid ke, asma’ wassifat ke, atau sifat 20 ke. Yang penting korang tanya diri korang sendiri, sampai takat mana dah aku kenal tuhan aku? So apa lagi yang korang akan pertikaikan jika orang lain tidak kenal Allah dengan cara korang. Semoga korang berlapang dada dalam ketika menghadapi masalah cam gini. Ada orang yang akan mencapai redha Allah lebih dari korang jika korang lebih2 dalam berbalah dlm bab akidah.

Pertanyaan terakhir. 3 tauhid ke sifat 20?

lataral Maksima......... aku dua-dua.......................

Khamis, Ogos 26, 2010

AKRAM 10


Sepanjang bulan Ramadhan ini, banyak aktiviti yang perlu aku hadiri. Semakin ramai orang pelbagai latarbelakang yang aku jumpa sepanjang aku menyertai aktiviti sepanjang bulan ramadhan. Ketika roadshow pimpinan PMIUM turun ke kolej, sambutan yang hangat ditunjukkan oleh penduduk kolej kediaman. Alhamdulilah, mereka sebenarnya dahagakan perhatian dari PMIUM sebenarnya. Aku memerhatikan setiap orang daripada mereka gembira menyambut huluran juadah kurma kami. Mungkin orang sinis mengatakan, memang orang makanan tak akan ada orang yang menolak. Tetapi itulah permulaan bagi seorang mahasiswa mengenali jalan dakwahnya.

Jalan dakwah itu sangat panjang. Kita tidak mungkin menjangkakan apa effect orang terhadap apa yang kita lakukan. Aku cuba untuk turun kebawah mencari minat orang terhadap islam. Dimana kecenderungan orang terhadap islam. Malah, aku cuba untuk mengembleng tenaga seluruh pimpinan pmium untuk turun ke kolej yang ditentukan. Semoga dengan usaha sekecil ini, dapat mendekatkan diri mahasiswa kepada PMIUM. Dan semoga PMIUM adalah wadah yang terbaik untuk membina kepercayaan mahasiswa kepada islam.

Hebat itu bukanlah terbaik. Itulah pesan someone terhadap aku didalam FB. Kadang-kadang kita gah membina link dalam bidang politik. Berhubung dengan YB itu dan ini tanpa memikirkan manfaat kepada masyarakat kampus. Apa guna kita mendekati orang terhormat di dalam masyarakat tetapi menjauhi golongan yang dipandang rendah dalam masyarakat. Kata seorang ustaz, jika sudah dicop politik oleh orang lain, maka kepayah dalam memberi untung kepada masyarakat dalam jalan dakwah lapangan semakin terhakis. (sape tak setuju boleh bincang).

Aku mengambil pendekatan yang sama ketika memberi makanan kepada orang yang merempat di jalanan di KL baru-baru ini. Aku mengambil peluang dengan ramadhan kali ini, dengan memberi orang ramai makanan yang mereka hargai. Semoga makanan yang diberikan oleh kami ada barakah dan menyebabkan diri mereka semakin baik. Bukankah untuk menawan orang, kena dengan perutnya. Atleast kami belanja orang lain makan.

Dikesempatan ramadhan ini juga, kami berpeluang untuk menjamu dan berkenalan dengan mahasiswa istimewa. Kalau boleh, aku ingin korang sume kurangkan menggunakan perkataan OKU dan banyakkan menggunakan perkataan istimewa. Kerana apa, kita raikan kelebihan mereka. Mahasiswa istimewa ini sengaja kami cuba untuk bersama mereka. Sengaja kami mengaturkan perkara ini agar keluarga PMIUM dapat menyebarkan rahmat kasih sayang tuhan kepada golongan ini. Moga ikatan ukhuwah tetap terjalin antara pmium dan permium.

Enjoy tetapi terselit tazkirah yang terpanah dihati. Itulah simpulan yang dapat diberikan oleh ceramah dr jamnul azhar. Telatah yang ditunjukkan oleh dr jamnul melayan kerenah pendengar ceramahnya ini menyebabkan tiada siapa pun yang tidak ketawa. Namun setiap kata-katanya mempunyai makna dan pengajaran yang ingin dikongsi. Model yang ditunjukkan dan cara penyampaian amat berkesan dalam memenuhi tuntutan pelbagai jenis golongan di Malaysia. Cukup kagum aku dengan manusia bernama dr jamnul ini.

Semalam, baru saja habis mendengar ceramah perdana oleh dr zuhdi Marzuki bertajuk antara dua jalan. Mengungkap peranan Al Quran dalam menentukan betul salah pemikiran manusia. Garisan yang ditentukan oleh Al Quran dalam memandu akal manusia sepatutnya menjadikan manusia semakin hebat dalam menegakkan agama islam. Malah kandungan Al-Quran jugak menuntut ummah menjadi hebat sesuai dengan tuntutan agama itu sendiri.

Akan datang? Tunggu Imam Muda Asyraf dan Naib Cancelor merasmikan penutupan Akademi Ramadhan kali ini. Haaaaaa..... tunggu tau (>_~)...

Lateral Maksima............... tak sabar menunggu penutup akan datang..........................

Sabtu, Ogos 21, 2010

POLITIK ITU KOTOR?


(ini adalah first artikel pasal politik. Ini juga sekadar luahan hati insane bernama fahmi semata-mata. Tiada fakta atau rujukan dimana-mana. Sekadar menambah seri di dalam blog aku ini. Sebarang komentar boleh berkongsi dengan saya. ~ boleh add facebook @ ym aku ~)

“ Politik adalah kotor, politic is dirty, that right?” kata seorang pensyarahku ketika belajar didalam kelas. Pensyarah yang sama yang mengatakan yang aktiviti untuk orang lain adalah tidak sepenting pointer.

Kata-kata beliau menyebabkan aku mengimbau kembali larangan ummi dan abah.

“jangan terlibat dengan politik. Nanti jatuh study tu” ucap abah dengan nada kebimbangan.

“ jangan terlibat dengan politik. Ummi bimbang jadi kambing hitam nanti,” tegas ummi dalam menyebut kata-kata tersebut. Seperti biasa, aku menyambut dingin akan nasihat daripada abah dan ummi.

Kenangan tersebut datang sejurus selepas kata-kata pensyarah tersebut menyebabkan kuliah selepas itu tidak dapat aku tumpu dengan baik. Disebabkan terlampau berfikir ketika itu, aku menjadi kurang tumpuan dan tidak berminat untuk meneruskan apa-apa kuliah selepas itu. Boleh kata, setiap lecture yang hadir pada hari itu bagaikan angin yang lalu. Sedih sangat untuk hari itu.

Seperti biasa, orang yang banyak berfikir mempunyai solusi yang tersendiri. Seringkali orang muda seperti aku membandingkan dengan diri dengan orang tua. Proses biasa dalam menjadi orang dewasa. Cuma perbandingan kadang-kadang tidak adil kerana menilai sesuatu daripada kaca mata sendiri. Penilaian yang tidak mengambil kira sesuatu yang mungkin penting bagi ibu bapa tetapi tidak bagi seorang anak. Lain generasi lain pemikiran.

Setiap nasihat abah ummi mempunyai nilai yang tersendiri. Nilai yang kadang-kadang perlukan penelitian yang tajam untuk difahami anak muda yang masih berjalan akan pemikirannya. Penelitian ini perlukan tindakan yang sesuai untuk menterjemahkan segala nilai yang diungkap oleh pemikiran. Ya Allah, jadilah aku orang yang bertindak.

Berfikir balik tentang nasihat abah ummi menimbulkan persoalan yang baru untukku jawab. Betulkah politik betul-betul kotor untuk kita terlibat? Atau orang yang mengikut perjalanan politik yang membuatkan politik itu kotor? Persoalan ini bermain-main dan berpusing-pusing didalam otak. Mencari jalan keluar yang lebih complete dan terbaik. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh abah dan ummi?

Kita yang mencorakkan politik. Samada politik itu bulat, petak, segitiga, bujur atau bintang adalah ditentukan oleh kita. Kita yang membentuk acuan untuk membentuk politik. Politik adalah non-living thing yang perlukan kita untuk menggerakkannya. Dalam setiap langkah manusia itu adalah politik. Kita melakukan aktiviti semasa dan harian kita adalah politik. Politik untuk kita berinteraksi dan saling mempengaruhi orang disekeliling kita. Contohnya, tawar menawar dalam membeli belah.

Aku diperkenalkan tentang politik pejabat. Politik pejabat yang positif adalah menggunakan segala perkara yang kita ada untuk naik pangkat dan sebagainya. Sebagai contoh, melakukan pekerjaan dengan lebih baik untuk kepentingan syarikat dan juga organisasi. Manakala politik pejabat yang negative pulak melibatkan perkara menghasut, membodek dan memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Sering kali ramai orang yang terkena tempias dengan politik pejabat.

Mesej yang ingin disampaikan oleh ummi dan abah adalah jelas. Berpolitik boleh. Tetapi jangan kita sendiri yang diacukan oleh politik. Kita adalah pemandu bagi politik. Bukan apa, aku melihat ramai orang disekeliling aku terlampau mengikut acuan politik sehingga mencemarkan prinsip yang ditetapkan oleh islam itu sendiri. Kalau nak tahu boleh cari sendiri. Jangan tanye aku.

Bila satu isu timbul, suasana politik mula terarah kepada isu tersebut. Sedangkan isu yang heboh sebelum ini seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja. Scenario politik semasa begitu. Dulu kes altantuya heboh, kemudian senyap sahaja. Timbul pulak kes sebat, pengganas, isu salah laku, penyelewangan dana dan sebagainya. Yang itu menyebabkan aku terasa kesal dengan keadaan politik. Kadang-kadang, politik sekarang akan menyebabkan tindakan kita semakin bodoh jika kita mengikut arus perdana.

Sampai satu masa, kita akan melawan arus politik semasa. Sudah sampai masa, kita sebagai mahasiswa menggunakan pendekatan politik yang lebih rasional untuk memacu politik di Malaysia. Sudah sampai masa, kita keluar menjadi singa bukan lagi sebagai katak yang memanggil hujan. Ubah paradigm. Be proactive. Don’t reactive. Pacu mahasiswa kearah 3rd force voice yang sebenar. Kita adalah mahasiswa. Telus dan berani.

Lateral maksima.................. mahasiswa telus dan berani........................................

Sabtu, Ogos 14, 2010

SALAM RAMADHAN


Salam ramadhan kepada semua sekali orang yang berpuasa.

Dahulu, bulan ramadhan yang paling ditunggu sebab ada ‘nilai tambah’ pada bulan ramadhan. Apa ‘nilai tambah’ tu. Waktu tu, ramadhan adalah bulan yang paling speciallah bagi aku. Bukan setakat yang specialnya dapat berpuasa, tetapi dapat berbuka puasa ramai-ramai. Mantap beb.

Yang tu bukan nilai tambah lagi tu. Bulan ramadhan adalah bulan untuk kita mengukur diri sendiri. Mengukur diri sendiri sama ada amalan kita sudah dekat dengan Allah atau tidak. Audit kendiri sangat digalakkan oleh Allah dan RasulNya untuk kemantapan diri sendiri. Mantap dari sudut ibadah, mantap dari sudut iman, dan mantap dari sudut akidah yang dipegang.

Yang tu bukan nilai tambah lagi. Bulan ramadhan adalah bulan kita mendidik nafsu. Apa itu nafsu? Nafsu itu adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Nafsu tu bukannya orang lain yang kalau kita tak boleh kawal kita akan biarkan untuk dibuat sesuka hati. Nafsu itu jugak bukannya benda yang boleh kita pegang dan peluk supaya tidak terlepas. Nafsu juga bukannya penjenayah untuk kita kurung dan penjarakan dia. Nafsu itu adalah diri kita. Diri kita suka untuk dipenjara? Diri kita suka untuk terlampau tidak terkawal. Seolah-olah kita ingin mengambil pisang tetapi yang dipegangnya adalah durian. Kita sendiri tidak dapat mengawal diri sendiri. Tentu parah bukan?

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Puasa mengajar kita berlapar dan daripada melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan hokum yang diturunkan oleh sang pencipta. Kenapa kita berlapar? Berlapar adalah suatu perkara yang senang untuk dibuat. Betul tak? Kita tak makan berjam-jam dan tahan lapar lepas tu. Kan senang je. Daripada kita menahan benda lain, contohnya kentut. Kalau kita tak kentut sehari, agak-agak apa yang kita akan buat?(persoalan yang tak perlu dijawab).

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Ramadhan mengajar kita erti berdisiplin. Betul tak? Kita bersahur sebelum subuh dan berbuka magrib. Itulah disiplin paling mudah untuk kita. Peraturan sekolah lagi susah nak ikut kan? Disiplin waktu menuntut kita supaya sentiasa tengok jam ketika berbuka puasa dan sahur. Ramadhan menyampaikan mesej kepada kita agar sentiasa tengok jam untuk mengetahui waktu dengan tepat dan merancang masa dengan tepat. Alangkah canggih manggihnya Ramadhan.

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Ramadhan mengajar kita erti berjemaah. Teringat kata-kata tuan imam sewaktu menunaikan sunat terawih pada malam tu. Dia berkata, alangkah jika solat fardhu seramai ini. Boleh kata malam tu, penuh surau itu sampai kebelakang. Malah apabila aku mengintai kebelakang, aku melihat jemaah melimpah ruah. Ada orang yang bersembahyang dikaki lima. Cukup ramai pada malam itu. ( malam lain aku pergi masjid lain.) kenapa aku kata mengajar tentang berjemaah? Sebab jikalau bukan kerana terawih, orang tidak akan turun ke surau. Kalau bukan kerana terawih, orang tidak akan melimpah ruah ke kaki lima.

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Dahulu, sewaktu masih menonton tv,(sekarang dah kurang) aku melihat pembaca berita memakai telekung sewaktu bulan puasa. Mereka menghormati kain tudung adalah untuk dipakai selain perbicaraan dimahkamah syariah dan juga ketika menyiram air bunga kepada jenazah di waktu pengebumian. Bukankan perkara positif yang diberikan oleh ramadhan? Tetapi sekarang tak tahu macam mana dengan pendekatan pemakaian tudung kepala oleh pembaca berita.

Masih lagi bukan ‘nilai tambah’ tersebut. Ramadhan menjadi kita menjadi sabar. Kalau lah anda semua menghayati falsafah ramadhan. Banyak hadis nabi yang berbicara tentang sabar dan ramadhan. Aku bukan ahli hadis untuk menghuraikan hadis disini. Sabar disini bukan bermakna redha saje apa yang berlaku terhadap diri sendiri. Tetapi sabar disini adalah mengelakkan perkara negetif untuk menuju perkara positif. Contohnya, jika berlaku bencana alam, kita perlu bersabar. Kerana apa? Kerana jika kita tidak bersabar, kita akan menyalahkan orang lain dan sudah tentu kita akan memikirkan tentang ‘nasib buruk’ tersebut. Kita berada didalam keadaan negetif kerana memikirkan dan mencari salah siapa. Jika kita bersabar, kita akan terima ‘nasib buruk’ dan memandang kehadapan melihat peluang yang ada. Betulkan?

Ini ‘nilai tambah’. Selalunya, setiap kali bulan puasa, ummi akan menjadikan bulan puasa adalah suatu bulan yang special untuk anak-anaknya. Bagi ummi dia perlu membetulkan falsafah bulan puasa adalah bulan yang tidak istimewa. Ummi jadikan bulan puasa adalah istimewa. Bagaimana ummi buat? Bulan puasa adalah bulan untuk ummi mencuba resipi kuih-muih yang of course sangat sedap.

Dan anak-anak ummi sangat menunggu-nunggu bulan puasa kerana ingin mencuba juadah bulan puasa yang istimewa yang sangat susah untuk ditemui pada bulan-bulan lain. Juadah ini jika dibeli di bazaar ramadhan, sangat mahal dan jika dapat dibeli pun, kuantiti yang dapat adalah sikit. Tapi, ummi menjadikan perkara itu mengenyangkan. Jika tidak cukup, akan dibuat lagi keesokkannya. Ummi menggalakkan anak-anaknya puasa untuk merasai juadah tersebut.

Aku sangat rindu untuk berbuka dirumah. Kerana merindui kuih puteri mandi, kuih gulung, dua muka dan banyak. Aaaa ah, satu lagi yang sedap. Kuih tok aji serban (abaikan ejaan) yang bertalam-talam itu. Pergghhh. Masyuk je. Perasaan sangat teruja dapat makan semua kuih-muih tersebut. Kepada adikku yang berada dimesir, sangat nangis kat sana. :P

Kepada family di Terengganu, insyaallah 5 hari sebelum hari raya akan balik. Atau mungkin awal lagi. Tunggu anakanda balik. Huhuhuhu. Sekarang berbuka kat masjid je. Atau beli dekat bazaar ramadhan.

Lateral Maksima.......... pandai ummi guna shift paradigm ..............................