Sabtu, Ogos 14, 2010

SALAM RAMADHAN


Salam ramadhan kepada semua sekali orang yang berpuasa.

Dahulu, bulan ramadhan yang paling ditunggu sebab ada ‘nilai tambah’ pada bulan ramadhan. Apa ‘nilai tambah’ tu. Waktu tu, ramadhan adalah bulan yang paling speciallah bagi aku. Bukan setakat yang specialnya dapat berpuasa, tetapi dapat berbuka puasa ramai-ramai. Mantap beb.

Yang tu bukan nilai tambah lagi tu. Bulan ramadhan adalah bulan untuk kita mengukur diri sendiri. Mengukur diri sendiri sama ada amalan kita sudah dekat dengan Allah atau tidak. Audit kendiri sangat digalakkan oleh Allah dan RasulNya untuk kemantapan diri sendiri. Mantap dari sudut ibadah, mantap dari sudut iman, dan mantap dari sudut akidah yang dipegang.

Yang tu bukan nilai tambah lagi. Bulan ramadhan adalah bulan kita mendidik nafsu. Apa itu nafsu? Nafsu itu adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Nafsu tu bukannya orang lain yang kalau kita tak boleh kawal kita akan biarkan untuk dibuat sesuka hati. Nafsu itu jugak bukannya benda yang boleh kita pegang dan peluk supaya tidak terlepas. Nafsu juga bukannya penjenayah untuk kita kurung dan penjarakan dia. Nafsu itu adalah diri kita. Diri kita suka untuk dipenjara? Diri kita suka untuk terlampau tidak terkawal. Seolah-olah kita ingin mengambil pisang tetapi yang dipegangnya adalah durian. Kita sendiri tidak dapat mengawal diri sendiri. Tentu parah bukan?

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Puasa mengajar kita berlapar dan daripada melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan hokum yang diturunkan oleh sang pencipta. Kenapa kita berlapar? Berlapar adalah suatu perkara yang senang untuk dibuat. Betul tak? Kita tak makan berjam-jam dan tahan lapar lepas tu. Kan senang je. Daripada kita menahan benda lain, contohnya kentut. Kalau kita tak kentut sehari, agak-agak apa yang kita akan buat?(persoalan yang tak perlu dijawab).

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Ramadhan mengajar kita erti berdisiplin. Betul tak? Kita bersahur sebelum subuh dan berbuka magrib. Itulah disiplin paling mudah untuk kita. Peraturan sekolah lagi susah nak ikut kan? Disiplin waktu menuntut kita supaya sentiasa tengok jam ketika berbuka puasa dan sahur. Ramadhan menyampaikan mesej kepada kita agar sentiasa tengok jam untuk mengetahui waktu dengan tepat dan merancang masa dengan tepat. Alangkah canggih manggihnya Ramadhan.

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Ramadhan mengajar kita erti berjemaah. Teringat kata-kata tuan imam sewaktu menunaikan sunat terawih pada malam tu. Dia berkata, alangkah jika solat fardhu seramai ini. Boleh kata malam tu, penuh surau itu sampai kebelakang. Malah apabila aku mengintai kebelakang, aku melihat jemaah melimpah ruah. Ada orang yang bersembahyang dikaki lima. Cukup ramai pada malam itu. ( malam lain aku pergi masjid lain.) kenapa aku kata mengajar tentang berjemaah? Sebab jikalau bukan kerana terawih, orang tidak akan turun ke surau. Kalau bukan kerana terawih, orang tidak akan melimpah ruah ke kaki lima.

Yang itu bukan nilai tambah lagi. Dahulu, sewaktu masih menonton tv,(sekarang dah kurang) aku melihat pembaca berita memakai telekung sewaktu bulan puasa. Mereka menghormati kain tudung adalah untuk dipakai selain perbicaraan dimahkamah syariah dan juga ketika menyiram air bunga kepada jenazah di waktu pengebumian. Bukankan perkara positif yang diberikan oleh ramadhan? Tetapi sekarang tak tahu macam mana dengan pendekatan pemakaian tudung kepala oleh pembaca berita.

Masih lagi bukan ‘nilai tambah’ tersebut. Ramadhan menjadi kita menjadi sabar. Kalau lah anda semua menghayati falsafah ramadhan. Banyak hadis nabi yang berbicara tentang sabar dan ramadhan. Aku bukan ahli hadis untuk menghuraikan hadis disini. Sabar disini bukan bermakna redha saje apa yang berlaku terhadap diri sendiri. Tetapi sabar disini adalah mengelakkan perkara negetif untuk menuju perkara positif. Contohnya, jika berlaku bencana alam, kita perlu bersabar. Kerana apa? Kerana jika kita tidak bersabar, kita akan menyalahkan orang lain dan sudah tentu kita akan memikirkan tentang ‘nasib buruk’ tersebut. Kita berada didalam keadaan negetif kerana memikirkan dan mencari salah siapa. Jika kita bersabar, kita akan terima ‘nasib buruk’ dan memandang kehadapan melihat peluang yang ada. Betulkan?

Ini ‘nilai tambah’. Selalunya, setiap kali bulan puasa, ummi akan menjadikan bulan puasa adalah suatu bulan yang special untuk anak-anaknya. Bagi ummi dia perlu membetulkan falsafah bulan puasa adalah bulan yang tidak istimewa. Ummi jadikan bulan puasa adalah istimewa. Bagaimana ummi buat? Bulan puasa adalah bulan untuk ummi mencuba resipi kuih-muih yang of course sangat sedap.

Dan anak-anak ummi sangat menunggu-nunggu bulan puasa kerana ingin mencuba juadah bulan puasa yang istimewa yang sangat susah untuk ditemui pada bulan-bulan lain. Juadah ini jika dibeli di bazaar ramadhan, sangat mahal dan jika dapat dibeli pun, kuantiti yang dapat adalah sikit. Tapi, ummi menjadikan perkara itu mengenyangkan. Jika tidak cukup, akan dibuat lagi keesokkannya. Ummi menggalakkan anak-anaknya puasa untuk merasai juadah tersebut.

Aku sangat rindu untuk berbuka dirumah. Kerana merindui kuih puteri mandi, kuih gulung, dua muka dan banyak. Aaaa ah, satu lagi yang sedap. Kuih tok aji serban (abaikan ejaan) yang bertalam-talam itu. Pergghhh. Masyuk je. Perasaan sangat teruja dapat makan semua kuih-muih tersebut. Kepada adikku yang berada dimesir, sangat nangis kat sana. :P

Kepada family di Terengganu, insyaallah 5 hari sebelum hari raya akan balik. Atau mungkin awal lagi. Tunggu anakanda balik. Huhuhuhu. Sekarang berbuka kat masjid je. Atau beli dekat bazaar ramadhan.

Lateral Maksima.......... pandai ummi guna shift paradigm ..............................

Tiada ulasan: