Isnin, Mac 30, 2009

MAKSIAT DALAM FESENI


Assalamualaikum.
Feseni nasyid baru2 ni menambah lagi satu episod duka aku lagi. Bukan disebabkan oleh kekalahan sahaja, tapi penyalahgunaan nasyid itu sendiri. Dan ada juga perkara2 lain yg aku begitu sangsi menyebabkan aku begitu sedih. Walaupun begitu, aku merakam berbanyak terima kasih kepada team nasyid aku n pihak yg terlibat dlm menjayakan team nasyid aku ni.

1. Episod kekalahan bermula apabila aku terlepas turn team aku utk test staging pada pagi hari pertandingan. Mungkin lah aku tersilap atau mungkin orang lain yg silap. Yg penting itu sume adalah kesilapan yg aku sndri tak kan buat nanti.

2. Aku pulak tidak melantik teknikal daripada awal lagi. Mungkin tak de orang yg nak explain kat aku tentang kepentingan teknikal disini. Menyebabkan aku sndiri pun terpaku disebabkan oleh kesilpan teknikal menyebabkan team kitaorang kalah. Lighting, PA system dan sebagainya gagal aku titik beratkan dlm aku punya team.

3. Jadual latihan yg aku buat tidak diikuti oleh semua orang. Dan juga masalah disiplin oleh ahli nasyid sndiri yg memperlekehkan sgala tindakan dan keputusan aku sbgai ketua nasyid. Sedih pun ada. Tapi bila dah senior tidak menghormati aku sbgai ketua nasyid menyebabkan aku telah menjangkakan kekalahan ini sume.

4. Selepas ini mungkin akan memulakan nasyid lebih awal dan menyertai sbarapa byk pertandingan yg boleh. Mungkin bergantung kpd kewangan yg ada. Kesilpan yg bukan kesilapan adalah kami bergantung kpd lagu smata2 dan tidak mempunyai jurulatih yg mampu memandu kami dlm nayid ini. Mungkin dah ada calonnya.

5. Teringat tentang nasihat Bro tu yg selalu mengingati kami. 1st, dia nasihat kami agar berniat dakwah, bukan berniat tuk bertanding. Nasyid adalah bidang dakwah yg diselewengkan oleh kebanyakan orang. 2nd, berada diatas pentas memerlukan mimik muka yg cool dan senyuman serta tenang. Jika berlaku apa2 dpt ditangani dgn tenang. 3rd, yakin pada diri sendiri. Buat ikut ijtihad kita sndiri. Mungkin salah mungkin betul. Betul atau slah menjadi kita berpengalaman dan bersedia menanggung risiko dlm setiap tindakan kita.

6. Mungkin yg terakhir. Aku juga marah kepada kumpulan nasyid kolej lain. Aku membwa misi dakwah aku sndiri. Dan aku juga nak menang bagi melengkap misi ini. Sebab apa aku nak menang tuk misi ni, disebabkan aku nak pasukan lain tahu, bahawa kumpulan lelaki semata2 mampu mencabar group lain yg campuran lelaki dan perempuan. Aku nak bagi tau dorang sume adalah suara perempuan adalah aurat walaupun niat adalah baik iaitu tuk berdakwah. Aku juga nak bagitau dorang bahwa perempuan yg melunakkan suara tuk perhatian juri adalah haram. Yang tu aku nak tegaskan disini. Tapi kami gagal tuk berada dlm kedudukan lebih baik.

7. Aku juga kecewa terutama kolej yg mempunyai pelajar AI sperti kolej 10 disebabkan menghantar kumpulan campuran. Walaupun dlm pemilihan kolej aku terdapat nama perempuan dan ketika itu aku seolah2 tidak mempunyai pilihan tuk peserta malainkan aku mendapat peserta perempuan, tapi aku rela tidak memilih mereka menjadi anggota aku kerana aku menganggap islam lebih mulia daripada nasyid. Dan nasyid ini adalah alat sampingan sahaja tuk berdakwah. Mereka seolah menghina ilmu yg mereka belajar di API dan membuang ilmu tersebut itu semata2 tuk bernasyid feseni. Masyaallah. Satu perhinaan bagi aku seumpama meletak kepada babi dlm masjid.

8. menjaga ikhtilat juga adalh perkara yg dituntut dlam islam sndiri. Penonton juga tidak diasingkan ketika nasyid berlangsung sedangkan niat kami ketika itu adalah tuk berdakwah.

9. aku harap korang jelas apa yg aku smpai kan. Dan kepada reader yg juga adlah penasyid dlm negara ni, tak kira lah dimana jua, kembalikan keizzahan islam dlm nasyid. Aku bkn YB, aku juga bukan PM, aku juga bukan otai dlm nasyid, tapi aku sbgai orang islam yg faham tentang sume ini aku mengharapkan suatu ketika nasyid menjadi medan dakwah yg sebetulnya. Salam.

Isnin, Mac 23, 2009

Team Nasyid Aku!!!!!!!!

assalamualaikum. ni ha nak bagitau kat korang sume ni sume team nasyid aku. aku yang lead. korang boleh tengok kitaorang nasyid time feseni nanti 26 mac nanti.



tu je nak bagi kat korang sume. moga jangan lari niat sudah.
nasyid tuk dakwah, tapi mcm niat nk bertanding smata2 je.
tapi dlm setiap latihan aku sntiasa ingatkan mereka.
always.
mereka sume memang cool dan hebat semua.
kagum aku dengan mereka semua ni.
heheheheh. aku chou dulu. salam.

SIAPA AKU????!!!!!!


Suatu hari terlampau, abang zulkamal bertanya kepada ku, apa kelebihan ku yg blh disumbangkan dlm sesebuah organisasi atau masyarakat. Pada ketika itu, aku termangu2 dan berteka teki, apa kelebihan ku ek. Aku selama ini tidak pernah memikirkan tentang kelebihan yg aku miliki walaupun pernah ditanya dlm borang kaji selidik kaunseling sewaktu zaman remaja dahulu.

Ketika itu, jwabnya mudah je ketika itu. Blank ataupun ‘ – ‘ sahaja ketika itu. Dan aku isi beberapa siri kelemahanku dlm kertas tersebut. Berbalik kepada soalan asal, apa kelebihan aku ek. Pening pening. Pening pening lalat, gajah, kucing dan lain2.

Aku tengok orang lain, apa kelebihan mereka. Si moja tu petah je berkata2 mcm lokomotif. Bermakna kepala lokomotif sntiasa asap2 hitam idea yg mengndungi bhn kimia yg mampu mengkucar kacir persekitaran sejagat dan menerobos langit dan juga awan bagi membina hujan bahan kimia agar orang kejauhan pun dpt menikmati kehebatan tempias yg menghakis dan mengkikis.

Aku tengok sahabat aku si piin. Ckp optimis jika berckp tntang blai islamnya. Hav dream tuk menguasai blai islamnya. Melakar sbuah laluan dakwah dan mwarnai sdkt bgnn kolejnya tu dgn cebisan kertas membakar hatiku. Walaupun kdg2 kdtgnnya sdkt menghiris jiwa yg lembut dek bidasn nya yg pedas lagi kawwww.

Ku tengok plak sorang ni yg sma nama dgn ku. Orangnya brjiwa kntal walupun akademik nya tak seindah orang lain. Bercita2 mmbawa dimensi baru dunia dkwah dan tarbiah dgn pndgn yg kdg kontra dan mlemaskan minda mncari formula memahami apa yg dismpaikan. Kata2 yg tjam yg sarat dgn idea yg psti satu idea yg sntiasa baru. Aku ckp kagum.

Mlihat kelibat orang berbaju batik biru waktu AGM 09 baru2 ni. Komentarnya tercalit dimahasiswakini.com tntang hep. Kmampuan mengemudi AGM seusia dia ckp mengkagumi aku. Bkn memuji berlebihan tapi hakikt yg blh mmberi ucpn tnpa mgkut teks sperti diwar2kn dlm AGM tu mungkin mmberi point yg lebih dlm ruangan kelebihannya. Seolah2 dia bkn insan yg aku knali swktu ktk dahulu.

Dan sahabat2 ku yg seangkatan. Ada yg mampu mmcari mklumat yg trbaik sperti sharp. Ada jugak shabatku yg sntiasa optimis dgn kerja yg dilakukannya seolah2 stiap kerja mampu dilakukan dgn cmerlang ala2 james bond. Ada jgk yg mmpu mmbuka konsultan sndiri dan berpusing di stiap curuk lpangan di NS kukira tidak mmpu dilakukan ku. Front line demontrasi dan brckp di speaking corner jugk menjadi kelebihan bg stiap orang yg berani mnonjol bercakap.

Jadi, apa kelebihan ku yg mampu aku tonjolkan utuk move lebih jauh tuk islam dan agama Allah ni. Nk suh aku berdemontrasi, mmg aku paling tak suka demo2 ni. Dialog aku dgn abg zulkamal tu diteruskan dgn aku bertnya contoh yg dimaksudkan. Dia mnjawab cthnya puntual dgn masa. Em, ssh nk jwab. Kalu puntual masa ni waktu remaja dahulu blh lah. 10 mnt awal dah smpai. Prinsip biar kita menunggu dan bkn org lain menunggu mnjadi tongkat hidup ku time tu. Skrang tak lagi, bagiku terlewat 15 – 20 mnt tu dh kira biasa buatku.

Dulu bercita2 sperti conan edogawa, watak komik. Tapi tak mungkin dpt character yg perfect sperti dlm komik. Memang aku gila komik dulu.

Emmmmmm. Argh apa kelebihan aku ek. Kalu bertanya emak dan ayah apa respon dorang ek. Try lah dulu. Korang pun kalu ada idea bagi tau lah aku cpt2. aku nk fokus kpd kelebihan terus ni. Tlg ye. Plezzzz.

Selasa, Mac 17, 2009

PPSMI: SEBUAH MAKNA


Assalamualaikum. Bertemu lagi kita dlam blog aku ni. Korang sume rase ak ni orang yg macam mane. Sebab aku tanya kerana ad sorang awek tu yg aku nak tacle tanya aku pasal ppsmi. Terkotang kating lah aku hendak memahamkan dia ni. Sekali aku bagitau kat dia, aku nak jawab pakai ym sebab aku tak nak habiskan kredit melayan soalan yg panjang penerangan nya. Jadi aku pun menganalisa apa pemikiran dia ketika ni. Aku merasakan bahawa dia telah dipasakkan dan terhutang budi kepada kerajaan kerana membenarkan dia belajar ke foundation ke luar negara. Aku doakan si dia akan fly jugak ke australia katanya.

Sume orang tertumpu kepada ppsmi minggu lps. Kira ni aku terlewat tuk menyentuh tentang ppsmi. Tapi tak pe, isu ppsmi bkn isu yg bersifat gempa bumi tapi isu yg bersifat ombak. Sntiasa melanda pntai disebabkan perkara itu perkara yg berulang. Kita bawak agenda yg sama mcm ombak malah adakala hebat adakala kecik je ombak tu.

Berbalik kepada penbincangan kami itu, si dia ni bertanya knp mahasiswa masih lagi argue kpd isu ppsmi sdgkan sudah dianggap selesai. Lagi soalan, knp msh lagi nk argue sdgkan kajian telah dibuat. Lagi, dia mempersoalkan kenapa kita tidak argue tntg penggunaan bahasa inggeris dlm penggubalan undang2 dan juga penggunaan bahasa rojak dlm filem dan sebgainya. Lagi satu, knp isu bahasa yg diungkitkan, bukan ke bhs inggeris adalah bahasa ilmu.

Adus nk jawab susah jugak byk2 ni. Aku pun jwb lah satu, dgn penuh ketidaktertibannya dlm menyusun ayat dan sbgainya. Last sekali dia senyap dgn agak lama dan kemudian sign out. Moga si dia ni beroleh ilham oleh Allah diatas penbincangan kami.

Post kali ni, nak bincang ppsmi, tapi dlm konteks sejarah bahasa itu sendiri. Mungkin diri ku ni tidak berapa elok dlm penyusunan ayat. Kerana idea yg byk tapi lubang kecik menyebabkan yg keluar adalah yg bercampr dn tidak tersusun dgn baik. Aku cuba dari sirah nabi.

Kita bermula dgn penurunan kitab. Kitab2 sbelum Al Quran telah diturunkan dlm bahasa kaum target atau bangsa nabi itu sendiri. AQ pula diturunkan dlm bahasa arab Quraisy kerana nabi berketurunan arab Qurasiy. Bhs arab ditutur dikebanyakn orang ketika itu ditanah arab. Malah nabi menyampaikan ajarannya islam dlm bhs ibunda baginda. Segala ilmu diturunkan dlm bhs arab. Kerana apa, nabi cuba mamahamkan sahabat baginda terlebih dahulu dengan bahasa arab Quraisy. Tengok lah teladan kita menggunakan bahasa tempatan utk memahamkan orang.

Diceritakan bahwa Saidina Umar Al-Khattab menguasai lebih 40 bahasa. Inilah apa yg digambarkan basic dakwah yg utama.

Ketika zaman empayar khalifah gemilang, cendiakawan islam mentafsir dan menterjemahan karya dari kerajaan rom dan parsi kedlam bahsa tempatan ketika itu. Ini menyebabkan budaya ilmu semakin subur ketika itu. Bahasa tempatan penting dalam medium menyampaikan ilmu kpd stiap muslim pada ketika itu. Ini diteruskan oleh kerajaan islam seterusnya. Makin lama makin berkembang dan makin hebat penyebaran ilmunya. Orang eropah ketika itu terpaksa belajar bahsa tempatan tuk mendapat ilmu terbabit.

Ketika zaman kebangkitan eropah pulak, mereka menghantar orang2 mereka utk menuntut ilmu. Ssampai mereka ketanah air mereka, mereka mentafsir dan menterjemah bahan2 dan ilmu mereka dpt ketika menuntut di empayar khalifah islam. tengok dengan jelas bahawa mereka menggunakan bahasa mereka sendiri dlm penyebaran ilmu. Bukan bahasa empyar islam ketika itu. Malah bukan bahasa parsi atau rom digunakan ketika menyampai ilmu ketika empayar islam, tapi bahasa tempatan..

Oleh itu, sudah jelas lagi bersuluh bahawa empayar hebat sebelum ini dan amerika sendiri menggunakan bahasa mereka sendiri utk pembelajaran ilmu. Bukankah petunjuk bahawa penting menggunakan bahawa tempatan tuk menyampai ilmu.

Sepatutnya, ppsmi dimansuhkan dan ditukar balik kepada asal. Walaupun begitu, pertuturan dlm bahasa inggers pun jangan dilupakan kerana kebolehan dlm memahami bahasa lain merupakan satu bonus kpd para daie sekalian.

Hidup bahsa melayu. Hapuskan ppsmi. Belajar Bahasa Inggeris dgn sebaiknya. Ok?

Khamis, Mac 12, 2009

PENCARI UKHUWAH


Salam. Sebenarnya aku cukup geram lagi regam sebab slps prk ni, hubungan dgn kwn2 aku yg menjadi pihak gerak tidak berapa baik. Malah mereka seolah2 tak nak berkawan dengan orang yg bagi mereka adalah pembangkang. Lebih2 lagi apabila mereka tidak menjawab mesej dan salam yg aku ucapkan kepada mereka.

Mcm mane aku tak geram melihat telatah mereka pun aku dah geram. Telatah mereka yg tak hirau tntg agama dan etika sosial ni menyebabkan aku sendiri pun agak tersinggung dengan sikap mereka ni. Nk kata aku bermusuh dgn dorang pun, x pernah diri ini mengishtiharkan perkara tu dalam mane2 blog atau medan pengucapan.

Mereka cukup hambar pabila menjawab solan aku. Seolah2 aku tak pernah hidup dimata dorang. Sape tah yg bersikap ortodok. Kata kwan aku ni pulak, “ko kene berdakwah pd dorang lepas prk”. Tah cam mane aku nk berdkwah jika acuh tak acuh je dgn aku. Tak seramah dulu. Nk jadi tiba2 trlampau byk ckp sperti MJ pun, bkn sikap aku. Aku tak suka perkara hipokrit ni.

Pabila aku msk dlm golongan dorang, aku mnjadi rimas dgn aura yg dkeluarkan dari tarikan muka masam mereka solah2 tak suka khadiran ku. Malah kehadiran ku dlm feseni kolej n mpd pun seolah tidak diendahkan oleh mreka. Agak2nye mcm mane nabi berdakwah dlm keadaan mcm ni ek?

UBAH GAYA ATAU BELAJAR CARA PENDEKATAN

Ada orang suruh aku jadi neutral. Apa maksud neutral sbnrnya? Adakah berada ditgh2 ataupun menyokong pihak kerajaan BN skrang? Kalu berada dipihak Biru ni merupakan neutral, nilah berlaku kezaliman dlm istilah. Ish3. Jahat jugak mereka dlm menggunakan istilah ye.

Aku skrang sdh mncari cara yg sesuai utk mendekati dorang ataupun mndekati madu’ dikolej aku ni. Ada org suh aku ubah stail utk mendekati madu’. Tapi aku tak dpt buat kerena fitrah aku bukan mcm tu. Mereka srh aku pakai jean sekali sekala, n sbgnya lagi cara ubah imej yg lain sedangkan aku memang tak suka memakai jean kerana jean memang ketat lagi seksa. Dlm almari pakaian pun tak de pakaian bernama jeans pun.

Skrang, aku nk belajar cara mendekati madu’ yg trdiri dr kalangan penggerak mahasiswa ni. Mereka sudah parah memilih jalan salah ni. Memang payah utk mendptkan hidayah utk mereka. Malah untuk dkt dgn mereka sudah semkn susah, nikan pulak tuk tarik dia.

Ramai orang yg beri tips utk mendkti madu’ sperti ini. tapi nak buat memang payah dan sukar sekali. Bercakp memang senang, tapi nk buatnya bukan main susah lagi. Dan kadang2 mereka memberikan tips yg tak masuk akal sekalipun.

Aku mahu menjadi seperti Rasulullah saw yg walaupun orang quraisy mengenali nabi sebagai rasul dan menentang rasulullah, tapi mereka masih lagi meletakkan kepercayaan kepada rasulullah untuk menyimpan barang2 mereka. Malah ketika nabi hendak berhijrah ke madinah pun, masih lagi sempat membahagikan harta kepada tuannya. Rasulullah sangat menjaga hak barang2 yg dijaga nya.

Ini perkara yg sangat mengagumkan aku sebagai seorang yang mengakui rasulullah sebagai idola ku. Akhlak rasulullah yg sangat terpuji dan pendekatan rasulullah dalam berdakwah walaupun bukan rahsia tapi daie kita masih lagi gagal mendekati madu’ kita dengan cara seperti ini.

Bagaimana pula pendekatan imam hasan albanna. Sangat mengingati nama setiap orang disekeliling beliau. Malah ketika beliau menegur seseorang yg ditepi jalan, “assalamualaikum, si polan bin si polan” menyebabkan orang tersebut terkejut dengan panggilan salam tersebut kerana langsung tidak mengenali imam hasan albanna ketika itu. Lalu dia bertanya bagaimana beliau boleh mengetahui namanya sedang dia tidak pernah mengenali beliau. Lalu imam hassan albanna menjawab beliau pernah mendengar seseorang menjerit memanggil nama orang tersebut.

Begitulah kehebatan orang yg mempunyai kehendak utuk menjalinkan ukhuwah yg mantap diantara hati2 setiap muslim walaupun orang itu bernama pak raie sekali pun. So apa pendekatan aku selepas ini? mungkin aku perlu lebih memahami sikap dan perwatakan setiap orang madu’ aku sekarang. Mungkin aku kekurangan dari sudut pembacaan yg berbentuk ilmiah sehinggakan aku tidak mampu utk berhujah.

Mungkin lepas ni aku kene belajar dgn abg we mad kot mcm mane nak bertutur secara teratur mengikut layer dan step by step. Alamak susah aku lepas ni.

Bak kata aku, kalu niat ikhlas kerana Allah, insyaallah Allah akan meredhakan apa yg kita lakukan selepas ni demi menegakkan kalimah Allah. Walau susah, cubalah je. Mana tau usaha kita mendapat kredit drpd Allah swt dipadang mahsyar kelak. Insyaallah. Aku chou dlu. Nak pergi kelas pulak ni. Salam.

Rabu, Mac 11, 2009

KAJIAN KU DI PEJABAT POS MALAYSIA

assalamualaikum. Kesekian kalinya kita bersama2 bersyukur kehadrat allah kerana masih lagi diberi peluang untuk korang semua membaca aku punya post. Alhamdulillah.

kali ini, aku nak korang melihat serba sedikit gambar kitaorang ketika melawat pejabat pos malaysia kuala lumpur di daya bumi. Lawatan yg memakan masa selama 5 jam ni agak menyeronokkan kerana diberi peluang menjadi pekerja pejabat pos secara tak rasmi. Jom kita gambar ni.

agak2 apa yg abang ni buat kat kitaorang.

ini surat koranglah.

knderaan tercanggih pada masa dulu.

pekerja sementara pejabat pos.

bergambar kenangan bersama kakitangan pejabat pos

Macam tu jelah lawatan kami ke pejabat pos. Nak tau, sistem yg diguna pakai dalam oleh pihak pejabat pos malaysia adalah yg terbaik setakat ni. Daripada kutip surat dari peti pejabat pos sehingga sampai kepada penerima surat. mereka dah jangka dah. malah mereka siap ada backup sistem lagi jika takde elektrik nak jalankan mesin.

sebab tulah pejabat pos kuala lumpur mampu memproses surat sehingga 5@6 juta sehari. byk tuh. pengajarannya, be like a corporate person. sntiasa memenuhi piawaian ISO dengan sistem yg ada. kita mesti ada sistem yg hebat barulah kita menjadi orang hebat. tapi kita bukan robot ok.

Selasa, Mac 03, 2009

HARI SELEPAS FINAS


Hari-hari seterusnya dalam hidup ku akan terisi dengan alunan nasyid dan latihannya. Menyebabkan masa aku makin lama makin sempit dan makin lama makin sibuk. Malah ketika aku hendak mengambil test keesokannya pun, aku terpaksa mengikuti jadual latihan sehingga menyebabkan badan ku terasa letih dan lemah semacam je.

Tapi itulah hakikat yg paling seronok dlam hidup aku apabila melihat team aku giat berlatih walaupun tanpa seorang jurulatih. Malah hari2 kami akan mempraktiskan kemhiran mendengar kami dengan mendengar suara dendangan kumpulan nasyid yg keluar dr laptop kegunaan kami.

Dan ketika pertandingan nasyid jemputan finas pun, kami masih lagi tidak mampu menandingi kehebatan kumpulan lain. Tapi tak pe, bagi aku, ini satu pengalaman yg menarik buatku kerana apa, kerana kami sebelum ini tidak pernah bernasyid pun.

Menyoroti jadual latihan, latihan kami akan bermula selepas waktu isyak. Dan akn habis pada pukul 11 kalu diikutkan. Tapi disebabkan ketidak tepatan masa dikalangan ahli, kami terpaksa bermula pada pukul 11 malam dan berakhir pada pukul 12 malam. Geram jugak tapi oklah.

Pasal ketepatan masa tu adalah penting jika kita soroti sirah perjuangan nabi. Nabi dan para sahabat sentiasa bersembahyang diawal waktu, dan sentiasa cepat dalam setiap tindakan. Itulah contoh terbaik dalam menetapi waktu. Ingatlah waktu adalah umur kita. Jangan kita bazirkan dengan perkara yg sia2. hehehe.

Dan ketika ini, mereka semua mula mempertikaikan peranan aku sebgai pengurus dorang. Mereka mengatakan aku terlalu sibuk untuk menguruskan mereka. Sedangkan aku dulu dilantik oleh mereka sendiri untuk menjadi pengurus dorang. Mungkin mereka dah lupa sejarah yg mereka cipta sendiri.

Tapi tak pe. Sampai setakat ini aku masih lagi mampu memberi order kepada ahli2 kumpulan nasyid aku untuk mereka bergerak kerja membantu aku dlam nasyid feseni ini. Ini merujuk kepada alat muzik dan juga pakaian. Kami agak sedih kerana pihak kolej tidak menyediakan beberapa alat muzik nasyid. Terpaksalah kami mencari sendiri alat muzik.

Kemudian, sikap prioriti aku jugak teruji sekali lagi pabila aku dipilih utk berlatih menjadi MC bagi Malam Penghargaan Dayasari. Penat lagi memenatkan jika tiap2 kali ingin bergerak sentiasa berfikir utk mengutamakan yg mana satu dahulu. Kerana apa, semua adalah peluang membuat dakwah, tapi sama ada jalan lebih besar ataupun jalan nya lebih kecil. Itulah menjadi keutamaan. Sikap ku yg tidak memilih kerja menyebabkan aku penat sehingga aku sendiri mengabaikan sedikit akademik aku.

Akhir kata, kalu aku nak tulis mungkin terlampau banyak kerja seharian aku. Aku pun belum memutuskan macam mane jadual latihan utk kumpulan nasyid aku yg aku kagumi ini. Mereka ada kesungguhan tapi kadang mereka tewas dengan berhala markah dan sikap mereka yg cukup memeningkan itu. Cuba bayangkan assignment yg akan dihantar minggu depan mereka nak minta excuse. Relakslah bro. Aku nak test esokkannya tak kalut mcm korang. Mungkin aku lain mereka lain. Aku chow dululah. Ingatlah sentiasa berfikir dalam hidup anda.