Selasa, Mac 03, 2009

HARI SELEPAS FINAS


Hari-hari seterusnya dalam hidup ku akan terisi dengan alunan nasyid dan latihannya. Menyebabkan masa aku makin lama makin sempit dan makin lama makin sibuk. Malah ketika aku hendak mengambil test keesokannya pun, aku terpaksa mengikuti jadual latihan sehingga menyebabkan badan ku terasa letih dan lemah semacam je.

Tapi itulah hakikat yg paling seronok dlam hidup aku apabila melihat team aku giat berlatih walaupun tanpa seorang jurulatih. Malah hari2 kami akan mempraktiskan kemhiran mendengar kami dengan mendengar suara dendangan kumpulan nasyid yg keluar dr laptop kegunaan kami.

Dan ketika pertandingan nasyid jemputan finas pun, kami masih lagi tidak mampu menandingi kehebatan kumpulan lain. Tapi tak pe, bagi aku, ini satu pengalaman yg menarik buatku kerana apa, kerana kami sebelum ini tidak pernah bernasyid pun.

Menyoroti jadual latihan, latihan kami akan bermula selepas waktu isyak. Dan akn habis pada pukul 11 kalu diikutkan. Tapi disebabkan ketidak tepatan masa dikalangan ahli, kami terpaksa bermula pada pukul 11 malam dan berakhir pada pukul 12 malam. Geram jugak tapi oklah.

Pasal ketepatan masa tu adalah penting jika kita soroti sirah perjuangan nabi. Nabi dan para sahabat sentiasa bersembahyang diawal waktu, dan sentiasa cepat dalam setiap tindakan. Itulah contoh terbaik dalam menetapi waktu. Ingatlah waktu adalah umur kita. Jangan kita bazirkan dengan perkara yg sia2. hehehe.

Dan ketika ini, mereka semua mula mempertikaikan peranan aku sebgai pengurus dorang. Mereka mengatakan aku terlalu sibuk untuk menguruskan mereka. Sedangkan aku dulu dilantik oleh mereka sendiri untuk menjadi pengurus dorang. Mungkin mereka dah lupa sejarah yg mereka cipta sendiri.

Tapi tak pe. Sampai setakat ini aku masih lagi mampu memberi order kepada ahli2 kumpulan nasyid aku untuk mereka bergerak kerja membantu aku dlam nasyid feseni ini. Ini merujuk kepada alat muzik dan juga pakaian. Kami agak sedih kerana pihak kolej tidak menyediakan beberapa alat muzik nasyid. Terpaksalah kami mencari sendiri alat muzik.

Kemudian, sikap prioriti aku jugak teruji sekali lagi pabila aku dipilih utk berlatih menjadi MC bagi Malam Penghargaan Dayasari. Penat lagi memenatkan jika tiap2 kali ingin bergerak sentiasa berfikir utk mengutamakan yg mana satu dahulu. Kerana apa, semua adalah peluang membuat dakwah, tapi sama ada jalan lebih besar ataupun jalan nya lebih kecil. Itulah menjadi keutamaan. Sikap ku yg tidak memilih kerja menyebabkan aku penat sehingga aku sendiri mengabaikan sedikit akademik aku.

Akhir kata, kalu aku nak tulis mungkin terlampau banyak kerja seharian aku. Aku pun belum memutuskan macam mane jadual latihan utk kumpulan nasyid aku yg aku kagumi ini. Mereka ada kesungguhan tapi kadang mereka tewas dengan berhala markah dan sikap mereka yg cukup memeningkan itu. Cuba bayangkan assignment yg akan dihantar minggu depan mereka nak minta excuse. Relakslah bro. Aku nak test esokkannya tak kalut mcm korang. Mungkin aku lain mereka lain. Aku chow dululah. Ingatlah sentiasa berfikir dalam hidup anda.

Tiada ulasan: