Ahad, September 30, 2012

Gambar


Memang setiap gambar mempunyai ceritanya. Kerana gambar, ramai orang menyukai dan kerana gambar, ramai orang membencinya.

Gambar adalah alat visualis. Yang diterbalikkan oleh kanta mata dan dibetulkan oleh otak manusia. Visual ini boleh memandaikan bangsa dan boleh jadi memperdayakan bangsa.

Kerana cerita didalam gambarlah boleh mempengaruhi perasaan manusia. Jejaka jatuh cinta kerana sekeping gambar gadis. Gadis berangan menjadi ibu kerana sekeping gambar bayi yang sungguh comel. Si sentimental menangis melihat sekeping gambar kanak-kanak afrika yang kurus tidak kelaparan. Pejuang keamanan menjadi sangat marah kerana gambar seorang lelaki yang berlumuran darah.

Sang suami menjadi cemburu kerana sekeping gambar mesra sang isteri bersama lelaki lain. Orang ketawa hanya kerana sekeping gambar burger. Pembaca facebook terkejut dengan gambar seperti hantu ditepi sebuah tol.

Ya, gambar boleh mengubah persepsi. Kebaikan Pemimpin luntur hanya kerana sekeping gambarnya yang sedang tidur. Imej seorang ustaz jatuh kerana sekeping gambarnya sedang berkaraoke.

Konklusinya, gambar boleh menceritakan yang benar dan gambar juga boleh meceritakan perkara yang tidak benar. Sekeping gambar juga boleh membunuh orang dan sekeping gambar boleh meng’hidup’kan orang.

Tetapi, sejauh ini, apakah makna sekeping gambar untuk konvokesyen?

Rabu, September 26, 2012

Membuat Video yang Diingati


Assalamualaikum wbt

Salam sayang semua. Rindu nak menulis di blog. Kali ini nak brbicara tentang 2 video yang saya kira menjadi kegilaan saya dan anda semua. Dua video yang saya maksudkan adalah Oppa Gangnam Style dan juga OhMyEnglish!

Kenapa saya berkata kegilaan ramai? Gangnam Style telah mencapai hits 150 juta views. Bayangkan dalam masa 2 bulan boleh mencecah 150 juta views. Kalau nak dibandingkan dengan video K-Pop yang lain, selepas seminggu kebiasaan akan mendapat 9 juta views setelah setahun barulah mendapat paling banyak 50 juta views. Fuh, memang kaw2 lah Gangnam Style. Blog ni nak dapat view 100 sehari tu pun payah sekali. Sama juga dengan OhMyEnglish! Semua orang tahu berkenaan  dengan OME tersebut. Malah, ada orang buat joke lagi berkenaan dengan OME. Hahahaha. Terbaik…..

Pernah tengok video Gangnam Style? Kalau tak pernah, boleh tengok dulu sini. Lepas tu tengok pulak OME di sini. Macam mana? Ok?

Saya akan berbicara tentang kenapa kedua-dua video ini mempunyai marketing yang tersendiri. Jom baca lagi.