Rabu, Oktober 27, 2010

OwH POKOK..........


Beberapa teori yang kami aktifkan apabila melihat keguguran daun oleh sebatang pokok tempat dimana kami selalu lepak.

“ Mungkin cara pokok ini menyesuaikan diri dengan keadaan tempat dia tumbuh. Kan sini kawasan jabatan kimia. Maka, daun ini menggugurkan daun bagi mengurangkan kesan bahan kimia didalam tanah” seorang sahabat baikku berteori.

“ Mungkin juga pokok ini hendak mati. Tengok semua daunnya telah digugurkan. Rasanya dia akan ditamatkan riwayat hidup sebagai sepohon pokok.” Aku juga turut berteori.

“ Mungkin juga serangan fungi atau parasit yang menyebabkan daun-daun ini berguguran” seorang sahabat baik aku mengemukakan hujahnya.

Kami mula berhujah dengan mengemukan teori yang pelik dan mengarut sehingga bersurai. Best jugak kadang-kadang mengarut atas nama sains ni. Hahaha

Kami mula lupakan tentang kisah pokok dek kerana sibuk dengan persiapan presentation dan laporan-laporan yang perlu kami siapkan. Mantap..... sehinggalah......

Ketika aku dan kawan-kawanku yang lain study di tempat kami selalu lepak. Selepas 2 jam study ( first time dalam hidup), aku mula tidak tahan melihat buku. Lalu berjalan-jalan disekeliling tempat tersebut. Fenomena yang tak asing, beberapa orang couple sedang sibuk study bersama disitu. Aku melihat mereka dan mereka melihat aku berjalan-jalan. Aku terkebil-kebil melihat mereka, dan mereka juga terkebil-kebil melihat aku. Aku senyum dan begitu juga dengan mereka.

Sehinggalah aku berhenti dekat pokok tersebut. Melihat keatas, pantas menimbul kekaguman diriku.

“ wei, tengok pokok ini. Dah berdaun balik” laungku.
Bergegas kawan-kawanku melihat pokok itu. Kami pun sekali lagi berteori dengan rancak tentang fenomena tersebut.

“ tapi, ni mungkin tuhan nak tunjuk tumbuhan empat musim kat Malaysia. Allah kan berkuasa.” Ulasku.

“ sebenarnya akar yang lebih penting. Selagi akar hidup, maka hiduplah pokok tersebut.” Kawanku membuat kesimpulan.

Kemudian kami membisu dan melayan perasaan masing-masing. Ada yang meneruskan pembacaan dan ada yang berjalan ke tempat lain. Aku masih lagi memikirkan ‘akar yang lebih penting’.

Teringat aku tentang tajuk akidah yang diberikan oleh ustaz zaman aku beruniform dahulu dan juga ketika aku berusrah dahulu. Ketika itu, aku mempertikaikan kenapa akidah umpama akar sedangkan pada tahap ilmu, semua komponen dalam pokok mempunyai peranan yang sama penting.

Yes, sebagai akar yang berada di dalam tanah, ia memainkan peranan untuk menyerap mineral dan juga air dari tanah ke atas. Daun pulak melakukan proses fotosintesis untuk makanan kepada pokok. Batang dan dahan menjadi menteri pengangkutan bagi menghubungkan daun dengan akar. Tetapi bagaimana akar boleh jadi ketua bagi pokok??

Owh, terima kasih sahabatku. Terima kasih tuhanku kerana menjelaskan kepada ku secara tidak langsung. Terima kasih nabiku kerana islam sampai kepada ku. Terima kasih ustaz dan ustazah dan terima kasih naqib kerana memperkenalkan teori ini.

Sampai sekarang masih teringat akan ungkapan tersebut “ akar lebih penting”. Maksudnya, akidah lebih penting dalam hidup. Tak gitu??

Lateral maksima....... become great naqib fahmi (GNF).....................................

Khamis, Oktober 21, 2010

ANTARA IKAN EMAS DAN HATI


“wah, ikan emas.” Aku cukup suka dengan binatang peliharaan. Senyum.....

“ satu, dua, tiga... ermm.... wah ada 7 ekor semuanya.. tapi awat keruh sikit airnya?”

“dah lama tak tukar airnya. Nanti lah ada kerja ni. Balik nanti boleh tukar”

“ tak apelah. Aku nak pegi jumpa lecterer lak ni. Nanti jumpa lagi”


Aku menamatkan perbualan pada pagi itu dan pergi ke fakulti untuk bertemu janji dengan pensyarahku berkenaan dengan projek tahun akhir aku. Setelah berbincang dengan sangat lama, akhirnya aku bergerak untuk ke tazkirah corner pulak.


“ tut, tut, tut”.. telefon bimbit aku berbunyi menandakan mesej masuk

“ fahmi, datang bilik aku kejap. Ikan emas sudah mati” itulah pesanan daripada kawan aku.

Aku membalas “aku on the way”....


Lalu dengan pantas, aku cuba terus pergi ke bilik kawan aku ni. Tinggal seekor sahaja ikan emas yang masih hidup. Kesian kat kau ni. Tinggal seekor je. Tak ada kawan.


Aku dan kawan aku mula membuat postmortem tentang kejaidan tersebut. Kami membongkar circulation motor kat tepi akuarium tersebut. Wah... penuh dengan makanan ikan yang tidak habis. Mungkin ini yang menyebabkan motor ini tak berfungsi. Kami membersihkan akuarium tersebut bersama dan membuang ikan mati yang sudah berbau.


Air yang keruh telah membunuh ikan. Itu hakikatnya. Menyebabkan ikan tidak mendapat oksigen yang cukup yang menjadi keperluannya. Hakikat yang ikan emas yang sangat sensitif ini telah dapat kami terima.


Dalam perjalanan balik ke rumah. Aku mula menerawang kepada dunia yang lebih kejam. Ya suasana telah menjadikan manusia kejam. Teringat kisah seorang pembunuh yang menjadi pembunuh disebabkan dia dilahirkan dan di besarkan dalam lingkungan keluarga penyembelih binatang yang kejam. Akibatnya, dia mencontohi orang disekeliingnya dan menyembelih manusia seperti mana binatang. Ohhh kejamnya dunia.


Kemudian ke fakulti lagi. Membaca buku ditempat kebiasaan fakulti sains lepak iaitu dataran kimia. Aku melihat ragam manusia ditempat aku ini. Dengan pakaian, perangai dan macam-macam lagi. Kesemuanya cukup untuk menggoda iman. Ye lah kan, lelaki mana boleh tengok perempuan.


Mesti korang gelak kan.


Dalam kehidupan, aku melihat suasana yang makin kelam disekeliling aku. Mula melihat kehidupan dari sudut yang lebih berbeza. Dah mula untuk bercampur sedikit-sebanyak dengan gologan sasaran. Bergaul tanpa batasan dan luar biasa. Dengan budaya couple yang berlaku di depan mata aku sekarang cukup mencabar jiwa dan nafsu lelaki sekarang. Aku tahu dimana jiwa aku sekarang dan aku tahu dimana tahap iman aku sekarang.


Seperti mana akuarium dan ikan emas tadi, hati aku dilanda perkara yang sama. Hati lelaki mana yang tidak tertarik untuk melihat dan mengekori laluan gadis cantik yang cukup seksi didepan mata. Aku tidak tahu sampai bila hati aku boleh bertahan. Aku tidak dapat meramalkan bila hati aku boleh mati seperti mana ikan emas tersebut.


Iktibar daripada ikan emas. Ikan emas boleh mati dengan suasana yang keruh. Ikan emas cukup terseksa untuk hidup dalam keadaan suasana yang tidak selesa tersebut. Akhirnya ikan emas mati. Hati lebih liat daripada itu. Hati masih lagi bernyawa dan bernafas dalam suasana yang keruh dan gelap. Tetapi, semakin gelap dan semakin keruh suasana, mungkin hati akan mati.


Ya hidayah allah adalah motor circulation untuk airnya. Selagi mana hidayah allah masih lagi mengapai, selagi itu hati kita masih hidup. Tetapi bagaimana pulak dengan suasana? Persekitaran?


Makin suasana seperti ini diteruskan, semakin banyak kes sosilawati akan berlaku. Jika suasana seperti ini diteruskan, semakin bertambah bilangan sekolah untuk orang yang hamil. Makin banyak konsert maksiat. Semakin ramai perempuan muslim yang membuang tudung kerana fesyen.


Ya allah, bantulah hambaMU untuk mengubah suasana dan persekitaran. Ya permudahkanlah untuk hambaMU menyebarkan seruan ilahi keatas muka bumi ini.


Lateral maksima............. korang perlu support daie kita....................

Rabu, Oktober 13, 2010

BUANG BAYI : SATU RESPON


Artikel ini adalah cubaan pertama untuk respon isu semasa. Jika salah silap harap dapat member komen.........


Aku mula memikirkan tentang Sekolah Harapan. Dan seperti mana laporan akhbar, sekolah tersebut semakin bertambah bilangan penduduknya. Mereka diberi 'harapan' untuk mereka meneruskan hidup selepas mereka 'hanyut' dalam dunia hitam. Itulah langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan Melaka untuk membendung masalah buang bayi di Malaysia. Aku mengharapkan kamu semua faham dengan dunia hitam yang aku maksudkan. Aku malas nak bercerita lebih tentang apa itu dunia hitam itu.


Seperti mana kebiasaan akhbar, ayat yang digunakan oleh akhbar kebiasaan dapat memutar belitkan suasana yang berlaku. Seolah-olah kerajaan Melaka telah merintis langkah yang bijak untuk menangkis masalah buang bayi. Dan menurut akhbar tersebut, seolah-olah sekolah harapan itu akan diikuti langkahnya oleh kerajaan pusat dan negeri-negeri yang lain.


Aku tidak pandai untuk mengkritik dengan baik. Malah juga aku tidak mampu untuk memuji dengan hebat. Pada mulanya, aku bersetuju untuk mereka membuka sekolah harapan tersebut. Ya, aku mengaku pandangan tersebut. Tetapi aku terpana dan terkesima pabila kerajaan Melaka terus melaksanakan sekolah harapan ini dengan begitu cepat. Tanpa ada perbincangan yang lebih mendalam dan meluas. Tanpa melibatkan NGO islam diluar sana untuk berbahas tentang solusi ini. Mungkin mereka melihat kepada sebuah NGO yang Berjaya untuk membuka sekolah pembimbing untuk golongan ini kembali berharapan.


Mungkin atas factor tersebut, mereka terus membuka dengan tanpa banyak soal. Mereka tersilap mengenali siapa mereka. Mereka adalah kerajaan dan ditirunya pendekatan NGO. Mereka adalah bapa, tapi ditirunya pendekatan anak saudara mereka. Bapa adalah tempat untuk anak-anak bergantung atau bernaung. Tetapi sepupu adalah tempat untuk saling prihatin dan bantu-membantu. Persoalan pokok disini, wajarkah seorang bapa mengambil pendekatan sepupu untuk mengatasi masalah?


Penjara marang adalah penjara yang terbesar (aku dah lupa, rasanya terbesar di Malaysia kot waktu tu), tapi kini akan dibuat penjara yang baru yang lebih besar. Dulu sudah cukup dengan sekolah Henry Gurney, sekarang sudah berada di Marang sekolah yang sama. Bukankah bermakna semakin lama, semakin bertambah penjenayah. Tidak kira penjayah dewasa atau juvana. Pokok nya mereka bertambah. Adakah sekolah harapan ini akan mengalami pattern yang sama dengan penjara. Satu soalan daripada buku yang say a baca.


Bagaimana caranya untuk kita menutup semua penjara di Malaysia? Bukankah itu adalah perkara yang sepatutnya difikirkan. Saya jamin, banyak idea yang akan timbul jika dikeluarkan dalam bentuk peraduan yang hadiahnya bernilai mahal. Cubalah buat......


Kembali aku merenung tulisan ust Hasrizal, dia bercerita, dia tidak pernah berjumpa kes buang bayi di UK tetapi menemuinya di Malaysia. Banyak pula tu. Aku merenung pattern masyarakat orang disana dengan Malaysia. Kenapa mereka tidak, kita buang? Bila aku membuka kisah artis luar Negara, mereka berbangga dengan anak luar nikah tetapi tidak di Malaysia. Betulkah aku bermula seperti ini?


Aku menemui sesuatu. Masyarakat barat menerima pergaulan bebas dan kesan daripadanya. Tetapi, masyarakat Malaysia menerima budaya barat tersebut tanpa dapat menerima kesannya. Barat bebas dan menerima anak luar nikah sebagai anak mereka. Tetapi kita menerima kebebasan tersebut (harap faham J ) tanpa dapat menerima anak luar nikah. Begitulah konklusi yang aku dapat buat.


Masyarakat kita telah berjaya dipengaruhi agar menerima pergaulan bebas dalam masyarakat yang begitu dititip beratkan oleh ulama dan orang tua zaman dahulu. Tradisi yang menjaga pergaulan anak perempuan dan lelaki ini mula terhakis akibat daripada pengaruh televisyen. Aku tidak pergi jauh untuk menunjukkan bukti. Cukuplah dengan cerita-cerita melayu di TV. Bagaimana jika dibanding dengan siri televisyen daripada barat? Ada perbezaan dari sudut pergaulan lelaki dan perempuan?


Ibubapa tidak lagi mengawal anak gadis mereka dibawa keluar oleh seorang lelaki. Dibawa keluar dengan motorsikal menambahkan lagi sadis dan teruknya masyarakat sekarang. Aku cukup sedih apabila seorang kenalan gadis dibawa pulang oleh ayah kekasihnya. Seolah-olah ibubapa merestui perhubungan yang belum pasti. Beginilah mentality masyarakat kita sekarang. Cukup membimbangkan kerana aku akan menjadi ibubapa pada masa hadapan.


Disini beberapa cadangan yang ingin aku suggestkan kepada tuan-tuan yang ingin mengambil cadangan ini:

Pertama, aku mencadangkan agar satu sesi brainstorming yang dihadiri oleh pakar psikologi di Malaysia untuk membincangkan bagaimana untuk menutup sekolah harapan.

Kedua, aku mencadangkan agar filem dan televisyen di negara ini diubah agar tidak menunjukkan pergaulan yang terlampu bebas seperti mana negara barat.

Ketiga, pendakwah perlu untuk menunjukkan sikap yang terbaik bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat.

Keempat, buat hudud. Jelaskan betul-betul apa sebenar hudud ini. Disini tiada political isu disebabkan kajian yang dilakukan oleh kawan aku mengatakan, masyarakat bukan islam sudah semakin dapat menerima hudud jika hudud dilaksanakan.

Kelima, jom ikut usrah. Topup ilmu dan luaskan perbincangan untuk kesejahteraan generasi sekarang dan pembinaan generasi akan datang.

Keenam, lu pikir lah sendiri...........


Lateral maksima.............................. jangan tak fikir...................

Isnin, Oktober 11, 2010

APA RAHSIA MEREKA?



Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak menulis didalam blog ini. ‘cuti’ disebabkan terlampau padat dengan program dan projek yang perlu aku siapkan. Ditambah pula dengan assignment yang penuh. Kesemuanya memeningkan kepala untuk difikirkan. Projek yang sakit dan kadang-kadang memerlu lebih perhatian daripada komitmen yang lain.


Aku tidak mengetahui apa rahsia mereka. Apabila membaca satu kisah dizaman as-syahid imam Hassan albanna. Perbualan yang melibatkan imam sendiri dan sahabatnya. Sahabatnya berkata “ wahai imam Hassan al Banna, kenapa engkau lambakkan kerja ini kepadaku. Sedangkan engkau mengetahui bahawa aku sudah mempunyai pekerjaan yang sibuk yang belum tentu aku bereskan dengan jayanya.” Jawab imam Hassan al banna, “ aku suruh engkau melakukan pekerjaan ini kerana aku mengetahui engkau akan membereskan kerja ini dengan jayanya”. Imam Hassan al banna meletakkan sepenuh kepercayaan kepada orang yang sibuk.


Teringat tentang perbualan dengan senior beberapa bulan yang lalu. Dia berkata, pengalaman aku membuktikan, memberi kerja kepada orang sibuk, akan membuahkan hasil kerja sangat berkesan. Senior aku cakap, orang yang banyak masa lapang ni sering lepak dan buang masa. So kawan-kawan, jom jadi sibuk.


Apa rahsia mereka sehinggakan mereka mampu untuk membereskan kerja mereka dengan jayanya. Syabas buat mereka. Sedangkan diriku, juga sibuk dan ada sikit2 masa kosong, masih tidak mampu untuk melaksanakan kerja dengan jayanya.


Mereka tidak mempunyai peralatan yang begitu canggih untuk menaik dengan laju. Dan mereka tidak mempunyai kenderaan yang laju untuk segera ke mana-mana kawsan. Sedangkan diriku, walaupun tiada kenderaan tapi masih lagi mempunyai pengangkutan awam yang mampu bergerak lebih pntas daripada kenderaan zaman dahulu. Malah ditambah dengan laptop dan handphone yang memudahkan komunikasi dan perhubungan.


Apa ye rahsia mereka? Cuba explain kat aku..................


Lateral maksima.............. mencari kisah yang berguna............................