Ahad, Januari 31, 2010

NASYID: DALAM DILEMA........



Pening saya memikirkan perkhabaran yang ini. Perkhabaran daripada Pdot dan Hafiz ini mula merunsingkan saya. Manakan tidak runsing, mengenangkan pengetua dan pentadbiran kolej yang tidak akan meluluskan bajet untuk nasyid jika tidak mengambil peserta perempuan.

ANTARA HUKUM DAN KEINGINAN.

Ya, kalau diikutkan hati ingin sahaja saya mansuhkan nasyid daripada calendar feseni 5th. Mengenangkan yang suara “pukau” perempuan mampu menggegarkan lutut lelaki ini. Cukuplah dengan pengalaman sesi lepas. Bagaimana suara perempuan dilunakkan dengan begitu sedap bagi menarik perhatian juri akan kemantapan vocal solo perempuan.

Saya terfikir juga, andaikata juri tidak terpengaruh dengan enak lunak suara perempuan, memungkinkan suara perempuan dilagukan dipentas nasyid. Tapi bila teringat akan kemerduan suara juga boleh menambat hati penonton, menjadi persoalan ini semakin rumit untuk diselesaikan. Siapa boleh jamin yang penonton lelaki tidak terpengaruh dengan kelunakan suara perempuan yang bernasyid.

Itu satu hal. Yang lain pulak, mengenangkan nasyid yang lepas, pakaian perempuan amat tidak menyenangkan hati dan perasaan selaku orang lelaki sejati menyebabkan hati sebenarnya tawar untuk mengambil peserta perempuan.

Ya mereka indah cantik sekali. Mulut saya tidak pernah memuji perempuan cantik. Tapi siapa boleh menjamin yang hati pun boleh memuji akan kecantikan wanita. Itulah fitnah namanya. Aduhai, aku dalam dilemma…..

Jauh dari sudut hati, ingin sekali saya meneruskan nasyid ini. Nasyid adalah wadah untuk fitrah manusia berseni dan bermuzik. Dalam berhibur juga, ada batasnya. Itulah yang menggusarkan hati dan perasaan saya ketika ini….

TEKANAN

Pengurusan hendak menang. Itulah yang disampaikan oleh sumber kedua. Dari JKP kesenian. Kalau tanpa perempuan, anda kalah. Jangan harap kami melaburkan untuk anda.

Saya rasa hendak lawan, tapi perlukan bukti yang kukuh yang tanpa perempuan boleh menang.

Saya hendak mengubah festival seni dengan mengasingkan lelaki dan perempuan. Pergaulan teruna dara terpelihara dengan elok. Alangkah eloknya. Tapi tak ada kuasa.

Saya dalam dilemma, saya tak tau nak tentukan keputusan yang mana…..

Lateral Maksima………….pening………………

Jumaat, Januari 29, 2010

EH, ITIK KE AYAM?

DISMI: BAHASA APA YA?

Bila hati.......

Mengadap tuhan, baru ku sedar,,,ada kelemahan......

Lagu nsayid yang begitu syahdu mengusik gegendang telinga saya pada waktu pagi. Menandakan mesej masuk kedalam inbox henset...

“Hello fahmi. Im *****. I want to ask u, which languange moderator n panelist must use?”

Terfikir panjang saya tentang soalan ini daripada CC projek. Apa perlu saya jawab ye?? Monolog hati ketika itu.

“I think, we can use both english n malay. Moderator n panelist freely can use any languanges for discusion.” Gitulah gayanya jawapan saya waktu tu.

Krrrrrrrrriiiiiiiiiinnnnnnggggggggg................

Henset saya berbunyi menandakan ada panggilan.

“Hello. Saya *****. U nak guna bahsa apa ar untuk DISMI nanti ar?”

Saya berbincang sedikit tentang bahasa ini, ada cadangan dan bantahan daripada AJK pengisian tersebut. Akhirnya, kata sepakat diputuskan pada waktu itu, “we give freedom to panelist to speak any languange, but slide must in malay.”

Saya berfikir sendirian. Bahasa pun menjadi masalah ke kepada semua orang?

FD'10:MASALAH BAHASA?

Semalam pun begitu. Brother Shah pun begitu. Menghadapi dilema yang sama.

“Siapa diantara kamu yang tidak begitu faham bahasa melayu?” Beberapa orang foreigner mengangkat tangan.

“ Siapa diantara kamu yang tidak begitu faham bahasa inggeris?” beberapa orang sahabat juga mengangkat tangan.

Penyelesaian yang baik. Dia deal dengan semua audien, dan dia dapat handle dengan baik. Berbahasa kedua-duanya. Sukar sebenarnya untuk memuaskan kedua-dua pihak. Sikap toleransi audien cukup saya hormati disini. Mereka menyenangkan pihak yang lain dan dalam masa yang sama, mereka difaham dengan cara Brother Shah yang agak unit. Itulah pengalaman orang yang belajar daripada pengalaman.

Lateral maksima...................cuba untuk belajar daripada pengalaman orang lain juga.....



Ahad, Januari 24, 2010

YOUNG SCIENTISTS PROJECT

SIRI PERTAMA



Saya ingin berkongsi dengan anda event ini. Dengan kata lain, cuba mempromosikan program yang dianjurkan oleh ASMUM sendiri.

Menarik untuk anda hadirkan diri anda ke perbincangan seperti ini. Mungkin hati anda tertanya-tanya

"betul ke wujud tuhan dalam buku-buku ilmiah karangan saintis moden?".
"apa bukti tuhan itu wujud menurut kajian sains?"
"betulkah semua teori datang dari tuhan?"


Mungkin Brother Shahkirit akan memberikan jawapan kepada anda. So, jangan lepaskan peluang ini. Tidak kira siapa anda yang membaca blog ini Student UM atau bukan, anda dijemput hadir ke program ini.

Ingat tarikh 28 januari 2010.
Letak dalam diari siap-siap agar anda tidak terlupa akan kewujudan program seperti ini. ok?

Lateral Maksima..........Jumpa anda disana.......................

Khamis, Januari 21, 2010

GAMBAR DALAM HP SAYA......


Buku yang ingin saya beli tapi time tu tak cukup duit...adoiiii...


Ni adik saya yang bongsu


Ni kucing yang saya jumpa hari tu dekat kolej. cara duduk yang pelik tapi cute lah...


Tak tahu apa yang dia cari sebenarnya kucing ni..huhu...


Ini booth yang paling cantik pada waktu promosi badan persatuan. Tempat pertama beb... TAHNIAH





Yang ni banjir waktu pulang hari tu. Bekas rumah datuk saya dah tenggelam waktu ni. Rumah jiran pun dah tinggal atap saja. Kepada adikku yang duk mesir, ini abang abadikan gambar banjir. Ada banyak lagi, tapi entah lah kenapa tiba-tiba gambar yang lain boleh hilang. Tapi ini sudah cukupkan kan kan kan???

Sekian saja, ada banyak lagi, tapi biasalah HP dah nak rosak. maaf jika gambar makin kabur, tapi itulah hakikat gambar yang ditangkap oleh kamera berkuasa tinggi HP saya.

Lateral Maksima...........satu gambar menceritakan banyak perkataan.......selamat bercerita.........

Isnin, Januari 18, 2010

JAWATAN OH JAWATAN.....



Assalamualaikum....

Sudah lama tak update blog. Banyak perkara yang bermain-main didalam kepala ini. banyak persoalan yang ingin diluahkan tidak dapat diletupkan.

Saya baru je YM dengan adik kesayangan saya yg berada di Mesir sekarang. Dia sekarang bertanggungjawab dengan unit pembangunan insan dibawah perubatan disana. Nasihat abang, cuba belajar berkata NO jika tidak mampu.

Saya bukannya abang yang baik untuk menyuruh adik-adik saya mengikut nasihat yang saya beri. Disebalik nasihat terselit rasa rendah hati sebab adik-adik saya semuanya hebat-hebat.

Saya bukanlah diktator untuk menunding jari kearah jalan yang perlu dilalui oleh sang adik. “tak payah buat macam tu, tapi buat macam ni” saya bukannya jenis yang seperti itu. “tidak boleh, adik xboleh buat macam tu.” Oh bukan maksud saya untuk menjadi diktator, tetapi disebaliknya terdapat pilihan.


How to manage your work?


Ada satu petua yang menarik untuk berkongsi dengan sahabat2 semua.

Dulu saya juga banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Sering ketinggalan dalam apa2 maklumat disetiap post. Oleh sebab terlampau banyak tugasan yang perlu dibuat, menyebabkan moral down dan semangat semakin kurang. Saya menjadi semakin not effective people. Bukannya saya yang follow up ajk dibawahan tapi, ajk yang sering follow up saya. OH tidak!! Satu semester berada dilautan aneh.

Multiple Hat Think. Ya. Ini jawapannya...

Saya kongsi dengan anda semacam mana fungsi Multiple Hat Think ini. Anda pernah tengok topi yang berwarna warni? Ada macam-macam jenis topi kini. Ada jenis seperti cap mempunyai pelindung dihadapan. Ada yang penuh seperti biasa dan ada yang separuh seperti yang saya sering tengok di dalam pertandingan golf profesional.

Ada yang seperti topi parajurit tanah melayu, bulat. Ada yang seperti ahli silap mata. Sederhana tinggi dan hitam. Ada topi chef yang tinggi. Topi keledar pun macam-macam. Ada yang penuh dan separuh. Diatas muka bumi ini, penuh dengan topi!!!!

Itu baru bentuk. Cuba fikirkan pulak dengan warna. Ada yang merah, putih, biru, hitam dan berbagai warna lagi. Ada yang macam pelangi. Ada yang kosong tapi ada sulaman logo dan sebagainya. Pendek kata, penatlah kalau nak cerita pasal topi saja.

Cuba bayangkan anda memakai topi itu sewaktu terik matahari memancar tegak diatas kepala. Walaupun sedikit panas, tapi at least menghalang cahaya matahari yang menyengat. Saya selalu melihat ditelevisyen, orang memakai topi sewaktu bersantai dipantai. Nyaman sedikit kan??

Multiple Hat Think mengajar erti check list. Cuba bayangkan, satu jawatan diwakili satu topi. Ikut kreativiti anda untuk jenis dan warna topi tersebut. Bayangkan dan ingat. Sebagai contoh, saya sebagai pengarah projek Diskusi Ilmiah, DISMI. Saya mewakilkan topi berwarna putih dan biru berserta ada lambang logo fifth college tersulam diatasnya. Bayangkan, saya menyulam (walau tak reti, bayang jelah menyulam tu) organisasi yang terbentuk didalam topi tersebut dan tersulam juga catatan kerja yang perlu saya cover dan juga saya follow up.

Selain daripada jawatan pengarah, ada beberapa topi lain lagi yang mewakili setiap jawatan saya. Seeloknya, tulis dalam satu planner tentang topi dan tugasan tersebut. Kalau ingatan kuat tak payah tak apa....

Seterusnya, saya mula mendisiplinkan diri saya untuk menetapkan jadual pemakaian topi sesuai dengan keadaan saya. Sesuai disini adalah authority. Ikut authority anda ketika menjadualkan topi anda. Ingat, manusia boleh memakai satu topi dalam satu waktu.

Ikut jadual tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai 3 jawatan yang anda perlu pegang dan laksanakan. So, set kan waktu. Pukul 8 hingga10 saya akan memakai topi merah, kemudian pukul 11 hingga 1 tengahari, saya memakai topi biru. Kemudian saya pakai topi hijau untuk keseluruhan petang. Bermakna saya telah menyemak 3 jawatan penting saya. Pastikan setiap tugasan yang diselesaikan tidak dibuang sehingga beberapa ketika agar kenangan bersama topi tersebut ada.

Juga, cuba pastika agar topi itu tidak dicampak ke merata tempat. Maksudnya, setelah bertukar memakai topi yang lain, jangan tidak ambik peduli langsung tentang topi tersebut. Sentiasa ingat dimana anda menyimpannya agar senang untuk anda mencapai topi tersebut jika terdapat emergency ataupun tindakan segera daripada anda.

Itulah serba sedikit yang saya ingin kongsi dengan anda. Sebenarnya saya cuba untuk bertindak menguasai skill ini agar saya tidak terperangkap dengan “tiada masa”. Anda boleh cuba dan jika anda ada perkara yang ingin diceritakan dengan saya boleh kongsi dengan saya dan pembaca yang lain dalam blog ini ataupun emel saya.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda. Anda adalah anda dan anda bukan lah saya. So apa-apa perkara yang anda lakukan hendaklah memberi kesan yang positif kepada anda dan orang lain disekeliling anda.


Lateral Maksima............................saya kongsi ilmu, anda kongsi cerita dengan saya.....