Rabu, November 26, 2008

IM PROUD TO BE MUSLIM LEADER


Alhamdulilah.

I`m proud to be a muslim leader. Begitulah kalimah laungan peserta generasi pertama LAKIUM 08. pada mata mereka tergambar akan kesedaran untuk berpijak pada jalan Allah dlm hal yg berkaitan dengan hidupan mereka didunia.

Memang kita ketandusan program seperti ini sekarang. Dalam dunia ini, hanya sekerat manusia yg berkeinginan untuk melahirkan pemimpin brjiwa muslim dlm menempuh era globalisasi ini. Malah juga, setengah orang membezakan antara agama dengan soal kepimpinan sedangkan soal kepimpinan dlm islam amat ditekankan dlam islam seperti yg Rasulullah lakukan.

Hari ini mereka mengaku untuk sama memulakan gerakan mengislahkan orang lain adlah perkara yg penting dlm kehidupan mereka. Sebelum ini, mereka hanya memikirkan tentang mengislahkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang peranan mereka dlm membetulkan masyarakt disekeliling mereka. Ketahuilah membetulkan diri sendiri lebih susah berbanding membetulkan orang lain.

Kenapa saya berpendapat begitu. Disebabkan kita lebih memandang keburukan dan ketidakbaikan orang lain berbanding keburukan dan ketidak baikan diri sendiri. Kita menunding jari menyalahkan orang lain itu dan ini, sedangkan empat jari lagi sedang mensasarkan kepada kita dan menyalahkan kita sendiri. Kita memikirakan orang lain tidak sempurna akan kerja yg dilakukan tetapi sedarkah kita bahwa kerja yg kita lakukan juga tidaklah begitu sempurna.

Tetapi kenapa tidak ramai orang yg mampu turun padang dakwah menyebarkan risalah kebenaran tentang Allah yg maha kuasa dan kekal selama-lamanya ini. Aku selit sedikit kisah Rasulullah saw dalam melakukan misi dakwah beliau. Malah rasulullah sanggup melakukan perkara seumpama itu sedangkan ketika itu tanggungjawab dan bebanan kerja yg rasulullah hadapi ketika itu lebih daripada yg kita hadapi pada masa kini. Insyaallah kita sama-sama mengambil pelajaran daripada kisah ini.

RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG
Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilahÏ akan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah s.a.w. melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Nabi Muhammad s.a.w. langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah s.a.w. menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain. Rasulullah s.a.w. mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau, Rasulullah s.a.w. telah diizinkan. Rasulullah s.a.w. mulailah berdakwah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah s.a.w. telah sampaikan kebesaran Allah s.w.t. dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah s.a.w. , Rasulullah s.a.w. pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah. Rasulullah s.a.w. kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan. Rasulullah s.a.w. hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.
Percaya atau tidak, inilah yg rasulullah lakukan dlm keinginan setiap orang menerima cahaya hidayah Allah swt dan mengucap syahadah. Marilah kita berselwat keatas baginda dan berterima kasih yg tidak terhingga kepada Rasulullah saw kerana menyampai islam kepada kita semua pada akhir zaman ini.

Sabtu, November 15, 2008

HIKMAH TAKDIR


Seringkali kita akan menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu yg buruk berlaku. “kalaulah aku balik cepat”, “kalaulah aku belajar lebih tekun lagi”, “kalaulah aku tak menyahut ajakn kawan tadi, tak berlaku seperti ini” dan sebagainya seringkali diucapkan oleh kebanyakan kita di dunia yg penuh pancaroba ini.

Seringkali kita tdk pernah berfikir tentang hikmah setiap kejadian yg berlaku keatas diri kita. Dan seringkali kita lupa bahawa Allah swt maha pemurah lagi maha penyayang keatas hamba2nya yg sering berfikir tentang hikmah kejadian ciptaannya.

Seringkali kita lupa bahawa, takdir telah dibentang dan ditetapkan diatas perjalanan hidup kita dalam mencari bekaln didunia ini untuk kita menuju destinasi syurga Allah swt. Dan seringkali kita(ditunjukkan dalam tv) menyalahkan tuhan atas perkara yg buruk berlaku seperti kematian insan tersayang dan sebagainya. Seringkali kita lupa bahawa perasaan menyesal dan menyalahkan takdir ini akan berlaku sampai diakhirat seperti dirakamkan dalam al quran dimana manusia meminta kepada Allah untuk turun balik kedunia ini agar terlepas dari seksaan api neraka.

Setiap kejadian yg melanda kita setiap hari mempunyai hikmah yg perlu kita fikirkan. Aku dulu seringkali menyesal tak sudah pabila ujian peperiksaan yg besar asyik kecundang. Tapi walhal Allah telah set untuk aku ke fakulti sains Universiti perdana Universiti Malaya. Walhal Allah telah menetapkan aku akan menjadi orang yg hebat pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Tapi kini aku boleh berfikir tentang hikmah setiap kejadian yg berlaku keatas diri aku. Seperti yg aku dengar dari mulut seorang ustaz di kampung aku bahawa apbila kita berdoa untuk meminta sesuatu seperti lulus cemerlang dalam peperiksaan, yakinlah Allah akan memakbulkan setiap doa orang islam. Dan jika kita tidak mencapai apa impian kita pada waktu itu, ketahuilah bahawa Allah akan memberi kapda mu perkara yg lebih baik daripada yg kamu impikan pada mase sekarang ini. Dan bergembira wahai sahbat ku sekalian bahawa Allah akn memakbulkan doa dan permintaan setiap hamba yg taat kepada suruhanNYA dan sering meninggalkan setiap laranganNYA.

Perkara yg lebih baik datang dalam keadaan kita tidak menyedari akan perkara itu sehingga lah kita sendiri kita memuhasabah diri kita sendiri. Oh barulah kita menyedari akan hikmah kejadian yg brlaku. Aku bercita2 untuk melanjutkan pengajian di bidang bioperubatan dibawah fakulti perubatan, tapi dengan result yg seberapa ini, alhamdulillah aku dapat msuk ke fakulti sains UM. Dalam masa yg sama, aku mendengar kisah seorang senior yg kebetulan mengambil kos yg aku cita2 kan selama ini. Selepas mendengar kisah dirinya, aku terfikir syukur alhamdulillah akn tidak dpt kos tersebut kerana kelayakan dan sistem diri aku tidak mungkin untuk aku mengambil jurusan tersebut. Dengan subjek yg begitu padat dan note yg banyak untuk dibaca dan dihafal menyebabkan aku berfikir tentang diri aku tidak mungkin sampai ketahap mcam tu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui akan keupayaan setiap makhluk yg diciptakanNYA.

Sesuatu yg kita minta tapi tidak dapat itu mungkin Allah ingin mengajar kita erti bersedia untuk menerima apa yang kita minta. Mungkin sudah sampai masa kita bersedia dan mampu menghadapinya dengan tabah, maka sudah tentu Allah akn kurniakan juga apa yg kita hajati itu. Jika kita hendakkan kemenangan, tapi kita masih belum bersedia dari segi sistem kita sendiri, tidak mustahil suatu hajat tidak termakbul oleh Allah swt.

Ayuhlah wahai sahabt2 kita muhasabah diri kita dalam menghadapi perjuangan kita. Tidak slah untuk kita pandang kebelakang sekejap kerana sejarah mungkin berulang. Tapi masa dan ketikanya dalam perancangan Allah swt yg maha kuasa. Kepada NYA kita menyembah dan kepada NYA kita memohon pertolongan.

Ayuhlah kita sentiasa berfikir dengan lebih panjang kehadapan dan hadapan lagi dalam mencari hikmah kejadian kita yg kita sendiri yg mencarinya. Moga sahabat jelas dengan apa yang aku cuba bawa dalam post kali ini, dan kata tegasan terakhir adalh MUHASABAH AKAN SEGALANYA.

Wassalam.

Jumaat, November 14, 2008

RAMADHAN DAN 'TARBIYAH SEGERA'


Assalamualaikum.

Hari ini aku dah habis exam. Paper paling last hari ini lah. Hari jumaat. Macam mane sahabat2. mesti korang dengki dgn gue kan. Tapi walau macam mane sekalipun, exam tuk sem ni dh hbs. Aku takut gile ni. Tapi buat muke cool sudah. Aku takut nk tgk result sat nanti. Takut wooooo. Tapi doa2 jelah. Moga2 lepas 3.5. mane lah tau. Hehehe.

Hari ini nak mengemukakan satu soalan cepu emas bernilai 50 ribu p******k. Hehehe. Tapi korang kene jgk jwb sebab aku yg tanye. Adakah Ramadhan adalh bulan untuk tarbiyah segera. Ala, mcm AF melahirkan artis mee segera. Itulah persoalannye. Sape dpt jwb, angkat rambut.

Sebab ape aku tanye mcm tu. Sebabnye adlah:
1. pada bulan ramadhan, satu AQ sebulan. Tiap2 malam ade tadarus. Tapi bulan2 yg lain sehelai seminggu pun payah.
2. pada bulan ramadhan, surau penuh smpai belakang time isyak, tapi bulan lain satu saff pun susah nk penuh.
3. bila melibatkan percakapan dlam bulan ramadhan, mesti ade org ucapkan “jgn menipu, menipu dlm bulan puasa tak baik tau.” Tapi tika tipu bulan lain takde pulak org sebut mcm tu.
4. bila masuk bulan ramadhan, byk nye jemputan berbuka sahur utk rumah ank2 yatim dan kebajikan. Siap panggil artis utk menyambut sama hari berbuka puasa. Artis pun ramai yg turun tuk memberi sumbgan kepada anak yatim, org tua dan sebgainya. Pak menteri dgn bini pak menteri termasuk YB-YB berduyung2 turun padang. Msk paper, artis ni berbuka puasa dgn rumah ank yatim ini. Pak menteri berbuka puasa dgn rumah anak yatim tu. Tapi bulan lain, takde pulak artis pergi kerumah ank yatim itu dan ini termasuk pak menteri dan sebagainya.
5. sebelum berbuka puasa, sume org menadah tangan mengaminkan doa waktu berbuka. Tapi, bulan lain, nmpak je makann terus tibai, terlupa nk bace doa.
6. dan byk lgi lah. Tak mampulah aku nk sebut kat sini.

Persoalan ini, aku tak mau jawab, sebab persoalan ini bukan aku yg kene jwb. Ni ditujukan khas kepada sahabat2 dan juga diri aku sendiri jugk. Adakah perkataan “tarbiyah segera” boleh digunakan disini dan dimana. Minta sahabat2 fikirkan lebih mendalam tentang perkara ini. Semoga sahabat semua adlah dlm golongan berfikir dan sentiasa berfikir. Pemikiran yg tajam dalam sesuatu perkara. Wassalam.

Khamis, November 13, 2008

REMAJA DAN PEMIKIRAN

Remaja dan pemikiran. Adakah disekalikan atau boleh diasingkan kepada dua bhgn yg berlainan.
Remaja dan personaliti. Adakah personaliti menjadi agenda utama remaja dalam kearah kedewasaan dan kematangan.
Remaja dan akhlak. Adakah masyarakat sekarang begitu ketandusan anak muda yg berakhlak terpuji dan bermentaliti baik.
Remaja dan darah panas. Adakah sering menjadi kesalahtafsiran dalam masyarakat kepada sikap remaja.

Inilah beberapa masalah pokok yg sering dibincangkan dalam kes remaja. Kalau kita lihat, jenayah juvana pun makin lama makin meningkat saban tahun. Dimana jua pasti remaja dikaitkan dengan persoalan diatas malah menghantui masyarakat zaman sekarang yg mencabar ini.

Remaja yg merokok adalah remaja yg rosak. Tapi golongan dewasa yg merokok dikatakan baik pulak sedangkan dua golongan ini melakukan perkara yg sama.
Remaja yg keluar malam seringkali dianggap serong dan sebagainya.
Mungkinlah apa yg dilakukan oleh remaja zaman sekarang menyebabkan pandangan negetif sering dilontarkan oleh sesetengah masyarakat yg tidak prihatin terhadap kebajikan ilmu golongan ini.
Sedar atau tidak sedar, golongan remaja sering dilanda tsunami pemikiran pada waktu ini. Mereka mudah menerima apa jua jenis pemikiran yg berada disekeliling mereka.
Andai kata pemikiran yg bermain disekeliling remaja terbabit adlah pemikiran yg berlndaskan hiburan, maka terikutlah remaja ni kearah hiburan. Jika keadaan pemikiran berteraskan ilmuwan islam, maka remaja terbabit akan menjurus kepada pemikiran berlandaskan islam itu sendiri.

Ini bermakna pemikiran yg diterima oleh remaja ini akan bergantung kepada pemikiran masyarakat sekeliling mereka. Jika sering bergaul dengan orang selalu pergi demonstrasi, maka mereka sendiri akan terikut dengan budaya demonstrasi itu sendiri. Jika sering bergaul dengan YB-YB yg selalu memikirkan tentang masalah negara maka mereka dengan sendirinya akan menjadi diri mereka seorang yg sentiasa berfikir tentang masalah negara.

Itulah beberapa contoh apa yg aku lihat disekeliling aku. Kalau betul terimalah, jika salah betulkanlah. Ini yg aku tengok, ikut koranglah nak percaya atau tak.

Persoalan yg ingin dilontarkan olehku dalam post kali ini adalah persoalan pembinaan suasana dan keadaan masyarakat. Kalau kita tengok, 75 peratus adalah berkaitan dengan hiburan tak kiralah telemovie, cerita pendek, konsert dan sebagainya. Apabila melibatkan television yg sangat menitik beratkan jumlah penonton yg menonton rancangan mereka, pasti keadaan masyarakat akan lebih parah dan lebih kritikal.

Suasana di rumah juga mempengaruhi pemikiran remaja ini selain rakan sebaya dan sebgainya. Ibubapa lah yg sepatutnya membina basic yg kukuh tentang jati diri sbelum menghantar anak2 mereka kesekolah. Disebabkan mereka tidak mengajar basic kuat terhadap agama dan jatidiri itu sendiri menyebabkan anak2 mereka akan terlalu mudah terpengaruh dengan suasana disekeliling mereka. Tidak hairan murid2 sekolah rendah mampu membuat perkara yg pelik yg kita sendiri tidak lakukan kerana mereka terdedah dengan perkara yg pelik dahulu barulah didikan agama. Bukanlah aku nak menyalahkan pembelajaran disekolah teruk, tapi suasana rakan disekolah yg teruk juga sangat memainkan peranan kearah ini kerana setiap murid atau pelajar mempunyai latar belakang yg berbeza dan mereka saling mempengaruhi antara satu sama lain. Jika suasana yg berlaku adalah baik, maka baiklah mereka dan jika suasana yg dibentuk adalah tidak baik maka tidak baiklah merka.

Itulah sahabat2 sekalian, aku bukanlah ahli psikologi dalam membicarakan tentang perkara ini. Ini hanya luahan hati dan perasaan kepada sahabat sekalian, kerana remaja yg rosak akhlak adalah orang yg perlu kita dakwah dan perjelaskan tentang keindahan islam. Dan aku pun sedih diatas bantahan orang bukan islam terhadap agama islam itu sendiri. Dan aku pun sedih kerana orang islam sendiri terlibat sama dengan bantahan tersebut. Perarakan mereka juga mempunyai pro dan kontra disini. Tapi aku tidak mahu berbicara lebih lanjut tentang pro dan kontranya disini. Tapi pokoknya disini, Mereka tidak mengatahui sebenarnya akan agama kita dan mereka sendiri pun sebenarnya tidak memahami dengan jelas apa yg islam hendak bina.

Jadi sahabat sekalian, cubalah dekati golongan2 seperti ini, kerana mereka bukanlah membantah berdasarkan ilmu, tetapi merka membantah kerana mereka merasa islam itu mengongkong kehidupan mereka. Itu yg kita perlu jelaskan dan bukan terus menghentam mereka seratus peratus. Aku rase ini jalan yg terbaik dalam mencari penyelesaian terhadap isu ini. Berbaiklah dengan semua orang dan berusahalah agar kemenangan islam akan dicapai dengan takbir dan tahmid kepda Allah swt.

Aku rase sampai setakat itu dulu. Penulisan diatas hanya pandangan makhluk Allah yg lemah dan itu hanya pandangan peribadi aku saje. Aku mengharapkan pandangan ini dibicarakan dan dicerna dengan baik oleh sahabat2. dengan ilmu yg sedikit, ini saje yg aku sampaikan dalam post kali ini. Sesunguhnya orang sentiasa berfikir itu adalah lebih mulia daripada seorang abid. Insyaallah. Wassalam.

Selasa, November 11, 2008

MENCARI HIKMAH


Seringkali kita akan menyalahkan takdir jika berlaku sesuatu yg buruk berlaku. “kalaulah aku balik cepat”, “kalaulah aku belajar lebih tekun lagi”, “kalaulah aku tak menyahut ajakn kawan tadi, tak berlaku seperti ini” dan sebagainya seringkali diucapkan oleh kebanyakan kita di dunia yg penuh pancaroba ini.

Seringkali kita tdk pernah berfikir tentang hikmah setiap kejadian yg berlaku keatas diri kita. Dan seringkali kita lupa bahawa Allah swt maha pemurah lagi maha penyayang keatas hamba2nya yg sering berfikir tentang hikmah kejadian ciptaannya.

Seringkali kita lupa bahawa, takdir telah dibentang dan ditetapkan diatas perjalanan hidup kita dalam mencari bekaln didunia ini untuk kita menuju destinasi syurga Allah swt. Dan seringkali kita(ditunjukkan dalam tv) menyalahkan tuhan atas perkara yg buruk berlaku seperti kematian insan tersayang dan sebagainya. Seringkali kita lupa bahawa perasaan menyesal dan menyalahkan takdir ini akan berlaku sampai diakhirat seperti dirakamkan dalam al quran dimana manusia meminta kepada Allah untuk turun balik kedunia ini agar terlepas dari seksaan api neraka.

Setiap kejadian yg melanda kita setiap hari mempunyai hikmah yg perlu kita fikirkan. Aku dulu seringkali menyesal tak sudah pabila ujian peperiksaan yg besar asyik kecundang. Tapi walhal Allah telah set untuk aku ke fakulti sains Universiti perdana Universiti Malaya. Walhal Allah telah menetapkan aku akan menjadi orang yg hebat pada suatu hari nanti. Insyaallah.

Tapi kini aku boleh berfikir tentang hikmah setiap kejadian yg berlaku keatas diri aku. Seperti yg aku dengar dari mulut seorang ustaz di kampung aku bahawa apbila kita berdoa untuk meminta sesuatu seperti lulus cemerlang dalam peperiksaan, yakinlah Allah akan memakbulkan setiap doa orang islam. Dan jika kita tidak mencapai apa impian kita pada waktu itu, ketahuilah bahawa Allah akan memberi kapda mu perkara yg lebih baik daripada yg kamu impikan pada mase sekarang ini. Dan bergembira wahai sahbat ku sekalian bahawa Allah akn memakbulkan doa dan permintaan setiap hamba yg taat kepada suruhanNYA dan sering meninggalkan setiap laranganNYA.

Perkara yg lebih baik datang dalam keadaan kita tidak menyedari akan perkara itu sehingga lah kita sendiri kita memuhasabah diri kita sendiri. Oh barulah kita menyedari akan hikmah kejadian yg brlaku. Aku bercita2 untuk melanjutkan pengajian di bidang bioperubatan dibawah fakulti perubatan, tapi dengan result yg seberapa ini, alhamdulillah aku dapat msuk ke fakulti sains UM. Dalam masa yg sama, aku mendengar kisah seorang senior yg kebetulan mengambil kos yg aku cita2 kan selama ini. Selepas mendengar kisah dirinya, aku terfikir syukur alhamdulillah akn tidak dpt kos tersebut kerana kelayakan dan sistem diri aku tidak mungkin untuk aku mengambil jurusan tersebut. Dengan subjek yg begitu padat dan note yg banyak untuk dibaca dan dihafal menyebabkan aku berfikir tentang diri aku tidak mungkin sampai ketahap mcam tu. Sesungguhnya Allah amat mengetahui akan keupayaan setiap makhluk yg diciptakanNYA.

Sesuatu yg kita minta tapi tidak dapat itu mungkin Allah ingin mengajar kita erti bersedia untuk menerima apa yang kita minta. Mungkin sudah sampai masa kita bersedia dan mampu menghadapinya dengan tabah, maka sudah tentu Allah akn kurniakan juga apa yg kita hajati itu. Jika kita hendakkan kemenangan, tapi kita masih belum bersedia dari segi sistem kita sendiri, tidak mustahil suatu hajat tidak termakbul oleh Allah swt.

Ayuhlah wahai sahabt2 kita muhasabah diri kita dalam menghadapi perjuangan kita. Tidak slah untuk kita pandang kebelakang sekejap kerana sejarah mungkin berulang. Tapi masa dan ketikanya dalam perancangan Allah swt yg maha kuasa. Kepada NYA kita menyembah dan kepada NYA kita memohon pertolongan.

Ayuhlah kita sentiasa berfikir dengan lebih panjang kehadapan dan hadapan lagi dalam mencari hikmah kejadian kita yg kita sendiri yg mencarinya. Moga sahabat jelas dengan apa yang aku cuba bawa dalam post kali ini, dan kata tegasan terakhir adalh MUHASABAH AKAN SEGALANYA.

Wassalam.

Ahad, November 09, 2008

HANYALAH SATU

“Betul atau tidak?” Jerit Mat Sabu kpd penyokongnye
“beeeeettttttuuuuuullllllll”jawab penyokong beberapa ramai.

Maka bermulalah perjalanan hidupku

Pasal ape tulis dialog diatas ye. Biar jelah. Dah tulis nk buat mcm mane.
Post kali ini nk bicara tntg “hanyalah satu”. Ini bkn bicara tentang Allah yg esa ataupun politik zaman skrang, tapi pilihan jalan hidup yg ade hikmah disebaliknya.

Entah knp, sejak menjejakkan kaki ke universiti Malaya yg tercinta ini, aku slalu memikirkan tntang hikmah kejadian diatas diri ku. Dalam aku berfikir itu juga, kadang2 aku terjumpa sifat2 baik buruk aku dulu dan skrang. Rupanye ya Allah, byk hikmah kegembiraan dan tangisan spanjang hidup aku ini yg aku tak tau. Jadi sahabat2, kdg2 kita perlu menjeling kebelkang utk mengkaji hikmah peristiwa yg kita alami. Blh sume fikir skrang dalam masa 10 minit lbh kurang sblum tidur. Selaras dgn tema blog aku yg menganjurkan manusia berfikir.

Dalam masa antum brfikir, aku cerita sikit hikmah yg Allah swt berikan kpd ku. Pertama, ketika aku dlm lingkungan UPSR, waktu itu, akulah org yg slalu bgn ketika mnjawab soalan test andainye pandangn guru itu kurasa slah. Malah ada ketikanye aku slah juga. Tapi waktu itu, aku org yg slalu berdiri bertanye mcm soalan. Kiranye akulah org yg plg bijok time tu.


Sukarnye perjalanan hidup; bagaimanapun FIKIR itulah ubat nye. Betulkan

Tapi pabila aku mndpat 4A1B, aku menangis bila mlihat shbt aku sume dh pergi ke SBP, MRSM, dan skolah lain lebih baik. Tapi aku hanya ade satu pilihan iaitu skolah mengah kat kg aku. Tapi itulah hikmahnye. Disitu aku merasa perkataan sibuk seawal aku form 1. juga merasa situasi brgaduh dan merasa kene penumbuk dan terajang org sbb tak puas hati. Tapi itulah hakikat apabila memegang byk jwtan tika berskolah dulu.

PMR aku hanya 7A 1B 1C. tika itu aku tak mengis sbb aku solah2 menjgka keadaan seumpama ini. Aku sibuk untuk mengisi borg kemasukan keskolah yg lbh baik lagi. Minta itu ini, hntar borang itu ini, tapi sume tak dpt kecuali satu iaitu KOSPINT. Borg ke kospint bkn aku yg isi tapi bapak aku, die syp mengisi borg ini utk aku. Waktu tu sdih takdpt pergi MRSM dan tika itu, tak mau ke kospint sbb skolah agama time tu. Kiranye dulu aku secular jugk lah dulu. Hehehe. Tapi lepas mak bapak aku pujuk, aku pergi jgk. Rupanye baik jugk aku ye. Itulah “hanyalah satu” skolah bg aku time tu.

Sampai di kospint, itulah tempat mula2 aku belajr mcm2 perkara. Disitulah pd awalnye aku brgaduh dgn batch sndiri sbb dorang tak puas hati dgn prkara yg bagi aku remeh temeh iaitu baik dgn cikgu dan suka dtg awal ke kelas. Aku pelik gila time tu, psl ni pon nk gaduh dgn aku ke. Tak faham betullah budak2 ni. Tapi begitu, akhir skali brdamai jgk. Tak tau mcm mane. Tapi disitulah aku bertatih mnjadi boss (walaupun lower form dh jadi mcm boss. Ketua pengawas) iaitu memegang portfolio musabaqah dan badan beruniform. Jadi exco aku. Naib exco aku pulok, comel dan rajin pulok. Bgs nye. Mcm tulah aku berfikir tntg naib exco aku time tu. Hehehe

Disitulah aku mula pgg byk jawatan; 9 jwtn. Aku mula belajr tntag bahagi mase walupon tak berape baik, dgn jadual kelas sehingga 1 pagi (waktu tu, jdual kelas hanye smpai pkl dua ptg je, kelas tambahan yg sampai mlm) hingga time tu aku dh memonteng( walaupun lower form dh start dh ponteng kelas tp secara sah) dan tak siap kerja sekolah. Ada ketika kene denda dgn cikgu dan sebgai nye. Kesian kat aku. Tapi mcm tulah aku ditarbiyah mjadi org yg paling sibuk. Tapi dlm 9 jwtn, mampu betul2 pgg hanye 7 saje yg lain naib pengerusi yg buat. Hehehehe.

Time tu aku kene cover yg bahagian kerohanian sbb exco time tu mcm bingung je. Aku dgn baik hati dan sopan santun sudi menolonglah utk pengurusan mereka. Hebat juga aku time tu ye. Tapi ad satu nk cite. Ini perkara buruk yg aku buat dululah. Buat peringatan buat sume. Aku pernah tgk sekejap video ‘blue’ tapi 10 saat je drpd video tu tapi effect die cukup kuat shingga tak dapat jawab paper PQS keesokannye!!!!!! Bila fikir balik, menyesal jugak aku terima ajakn kwn aku ni. kate ade video nk tnjk kat aku dlm hp die. Aku pergi tgk, 10 saat sdh membuatkan aku terseksa menjwb PQS. Nk kluar hds @ ayat Quran, kluar gambaran itu. Mcm nak nangis je time tu. Sbb tulah bila org tanye A2 ape, aku jwb PQS org kutuk aku. Kurang asam betullah budak2 ni.

Tiba nk msk pra universiti, minta matriks tak dpt, tanye form 6 takde name sehingga lah dpt PASUM. Itulah “hanyalah satu” pilihan yg aku ade time tu hingga aku menjejak kaki ke universiti Malaya. Itulah serba sedikit sejarah hidup aku, dan serba sedikit yg korang blh ambik pengajaran drpd cite aku diatas. Mintalah shabat2 komen pe2 je tntg cite diatas. Ok? Kalu cite kat pasum, aku cite laen kali lah pulak ye. Sampai stkt ni dulu lah perkongsian kita. Mugkin post yg lain aku post personaliti bulan julai. Eh same dgn bln aku lahir.

Jumaat, November 07, 2008

KENALI DIRIKU

Sape2 nk kenal diri aku yg sbnr, cubalah baca perkara2 yg dibawah ni. Lepas baca buat penelian sendiri pulak. Kalu nk bulan lain pakai internet cari. Ini sume kajian 25 tahun Dato` Fadzillah Kamsah. Blh kate hampir 90% tepat, ada stengah kene sebijik atas kepala, ade tu kene sipi2 je dan lain samada kurang tepat atau tak tepat langsung. Insyaallah akan dpt maklumat yg terperinci tntg ana. Baca jangan tak baca.

JULAI
Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja


Percaya tak?
LAKIUM 08
18-20 NOVEMBER 2008
SUKIDA RESORT, SEMENYIH
BAYARAN RM15
NAK JOIN? 0139988876

Rabu, November 05, 2008

LAKIUM OH LAKIUM


Apabila terlibat sendiri dengan Lakium, baru diketahui betapa teruknya untuk menjayakan LAKIUM ini. Dengan keadaan yang tidak menentu sekarang, dan bermacam-macam tohmahan dan halangan yang cuba dicipta oleh orang tertentu menjadikan LAKIUM ini sendiri menjadi sesuatu yang mencabar bagi ajk2 yang terlibat secara langsung dengan program seperti ini. Alhamdulillah, kerana Allah telah saya sebagai ajk secara langsung dengan program LAKIUM ini.

Apabila mensasarkan sejumlah 300 orang untuk mengikuti Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya ini, tugas ini menjadi sesuatu yang sangat sukar untuk mencapai dalam persediaan exam dan minggu cuti semesta ini. Saya nampak apbila peserta dalam dua minggu sahaja hanya dapat tak sampai 100 orang, saya nampak satu masalah yang begitu menekan kami di barisan ajk. Tidak dapat tidak, kami terpaksa berkorban apa sahaja dalam minggu exam ini, bagi mencapai target yang ingin dicapai.

Kepada sahabat2 yang sedang membaca blog saya sekarang, tolong dan bantu saya untuk mencapai target ini dengan cara mempromosi program LAKIUM ini dikalangan sahabat sekeliling bagi menjayakan program yang julung2 kali diadakan 5 thn kebelakangan ni.

Faktor exam sekarang mungkin menjadi penghalang saya bekerja sebagai ajk program ni dengan lebih efisien lagi. Kadang2 tekanan terjadi apabila kadar penambahan peserta dari hari ke hari sangat lambat dan kempen melalui sms tidak mendapat respon yang baik dari kalangan pelajar tahun pertama.

Sebenarnya tidak rugi pun apabila memasuki prog seumpama ini, kerana banyak perkara atau input yang boleh didapati dalam kem seumpama ini. Kuliah, team building, outdoor game dan sebagainya menjadikan kem ini sesuatu yang menarik untuk disertai. Penceramah jemputan terdiri dari kalangan orang yang pakar dalam bab2 yang akan dibincangkan. Dengan hanya 15 ringgit, kita semua mampu mengaplikasi segala ilmu yang ditimba dalam kehidupan kita bukan sekrang malah masa depan khasnya.

LATIHAN KEPIMPINAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
18 – 20 NOVEMBER
BERTEMPAT DI SUKIDA RESORT SEMENYIH.
ANJURAN PERSATUAN ULAMAK MALAYSIA DAN KERJASAMA PMIUM

fenomena kelesuan

Baru2 ini, aku menghadiri jamuan union batch kami dari kolej sains pendidikan islam negeri terengganu bagi batch spm06. Pabila saya menerima mesej tentang perkara ni, hati berbunga gembira sbb dpat berjumpa balik rakan2 yg entah dh terbang kemana masing2.

Mulalah saya berkira2 untuk merancang ke tempat perjumpaan iaitu di kampong serada kuala terengganu. Tempat itu agak jauh dari tempat saya tinggal sekarang, so saya perlu bertolak lebih awal bg sampai ketempat tersebut kemudian hendak menghadiri kenduri sepupu yang berkahwin.

Sampai ke tempat union, aku bersalam dengan semua yg hadir. Sambil memanggang ayam, kami bertanya khabar masing2. Ada yg hbs DQ dan skrang berada di kampus Asasi Uia PJ. Ada yang mengambil diploma di UITM, UTM di seluruh Malaysia. Kiranya batch kami sekarng berada diseluruh Malaysia. Alhamdulillah. Ada sekarg berhempas pulas untuk menghabis foundation ke luar Negara. Wah seronoknya belajar ditempat orang. Tapi bagi aku, belajar di UM, sudah lebih dari cukup dan aku lebih prefer belajar di dalm negeri kerana memandang penguasaan BI aku bukan berada ditahp untuk layak berada diluar Negara. Tapi dapat bergaul dgn foreigner di UM ni sudah memenuhi impian ke luar negeri. Senyum.

Dipendekkan cerita, aku melihat mereka ni, masih berperangai lama, tidak matang dan sentiasa berfikiran negetif. Ada tanpa segan silu bercakap lucah dan ada menyimpan benda benda yang pelik-pelik yang aku sendiri tak sanggup nak tengokdan lihat. Perkembangan teknologi juga menyenangkan penyebarkan tentang budaya ni.

Aku geleng je kepala tengok seronok bercakap tentang perkara tersebut. Mane tak nye, aku sndiri pun malu. Mcm mane melayu nk maju macam ni? Nampaknye agenda penghapusan yg dirancang musuh islam sekarng semakin berjaya dengan penyebaran dengan sebegitu byk bahan melemah iman di media massa.

Malah satu artikel menyebut, terdapat beribu ribu laman web yg menyediakan bahan seumpama ini secara sah dari segi undang2. laman web ni sudah dilawati beribu pengunjung sehari. Kesannya dirasai oleh remaja sekarang dengan bertambah jenayah seksual saban hari.

Berbalik kepada sahabat aku td, mreka bkn sahaja hebat dlm study malah hebat dlm memikat lawan gender. Aku merasa perkara ini tidak melanda sahabat aku saje, tapi melanda sume remaja dan kmungkinan akan berlaku keatas diri aku. Mintak dijauhi Allah.

Kemudian, aku diperkenalkan dengan kelesuan mahasiswa. Mungkin ini menjadi faktor kelesuan mahasiswa di Negara ni. Mahasiswa tidak mengambil kisah tentang perkara yang nasional dan setempat tetapi menyibukkan diri dengan perkara yang tidak berfaedah yang sangt merugikan diri sndiri malah Negara dan bangsa serta Agama khususnya.

Oh tidak. Aku mahu melihat sahabat siswa aku sekalian kembali kepada pemikiran islam itu sendiri. Bgaimana budaya sentiasa mengkaji menyebabkan islam berjaya menjadi tamadun yang hebat pada ketika dulu. Bila islam mampu bangkit sehebat itu sekarang.

Wahai mahasiswa mahasiswi sekalian, aku mahu korang mengamalkan budaya fikir dan memikir serta membudayakan membaca. Kerana mahasiswa sekarang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan, maka aku mengesyorkan korang mendalami apa yang korang belajar sekarang dan amalkan ilmu itu pada masa hadapan. Jadi kan korang siswa yang sentiasa merancang dan mempunyai system yang baik terhadap apa jua keadaan terutama dari segi masa. Orang yang berjaya menguruskan masa dengan baik adalah orang yg akan menempah tiket kejayaan pada masa hadapan. insyaallah

SYAITAN PUN BERPALING


Assalaamualaikum warahmatullah...wabarakaatuh.

Tazkirah buat semua....

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah
bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali
persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak
mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang
ini memang boleh menjadi sahabatku..!" Begitu juga ketika waktu Zuhur
orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar sambil
membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga
asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam...... Kemudian ketika
datang waktunya mahgrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka
syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut.
Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat
sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga
mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang
manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku
terpaksa memutuskan persahabatan kita !" Dengan kehairanan manusia ini
bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita
berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab syaitan
dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali
membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada
"Adam", telah dilaknat-Nya apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan
telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah).
Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !",
kata syaitan sambil beredar pergi.

Sabtu, November 01, 2008

adab pakaian



Sepatutnya macam ni kat universiti. Amacam???!!

Geram betul lah aku bila melihat orang yang memakai selipar jepun kekelas. Macam takde adab untuk menuntut ilmu terutamanya orang melayu yang beragama islam. Aku tengok orang bukan islam ke kelas pun memakai kasut walaupun berpakaian tak senonoh. Tapi sebahagian orang islam ada juga memakai baju tak senonoh ke kelas.

Kalu hendak ke kelas tu kenelah memakai pakaian baju kemas, berwangi-wangian seperti ditunjukkan oleh malaikat Jibril dalam satu hadis daripada 40 hadis imam nawawi yang menceritakan bahawa seorang pemuda amat cantik pakaian, rambut dirapi sehingga orang senang untuk melihatnya. Seterusnya malaikat Jibril menghadap Rasulullah saw sehingga melagakan lututnya dengan lutut rasulullah saw.

Tengok betapa tertib dan santunnya contoh untuk kita ikuti. Sepatutnya kita sebagai mahasiswa terutama sekali beragama islam sepatutnya berpakaian lebih cantik untuk menuntut ilmu. Barulah ilmu senang nak masuk, kata sorang motivator yang sangat aku kagumi ni.

Ayuhlah wahai mahasiswa mahasiswi sekalian, ayuhlah kita merubah cara kita menghadap ilmu kerana kitalah yang sepatutnya menjadi ikon kepada agama islam yang kita cintai lagi dikasihi ini.