Rabu, November 05, 2008

LAKIUM OH LAKIUM


Apabila terlibat sendiri dengan Lakium, baru diketahui betapa teruknya untuk menjayakan LAKIUM ini. Dengan keadaan yang tidak menentu sekarang, dan bermacam-macam tohmahan dan halangan yang cuba dicipta oleh orang tertentu menjadikan LAKIUM ini sendiri menjadi sesuatu yang mencabar bagi ajk2 yang terlibat secara langsung dengan program seperti ini. Alhamdulillah, kerana Allah telah saya sebagai ajk secara langsung dengan program LAKIUM ini.

Apabila mensasarkan sejumlah 300 orang untuk mengikuti Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya ini, tugas ini menjadi sesuatu yang sangat sukar untuk mencapai dalam persediaan exam dan minggu cuti semesta ini. Saya nampak apbila peserta dalam dua minggu sahaja hanya dapat tak sampai 100 orang, saya nampak satu masalah yang begitu menekan kami di barisan ajk. Tidak dapat tidak, kami terpaksa berkorban apa sahaja dalam minggu exam ini, bagi mencapai target yang ingin dicapai.

Kepada sahabat2 yang sedang membaca blog saya sekarang, tolong dan bantu saya untuk mencapai target ini dengan cara mempromosi program LAKIUM ini dikalangan sahabat sekeliling bagi menjayakan program yang julung2 kali diadakan 5 thn kebelakangan ni.

Faktor exam sekarang mungkin menjadi penghalang saya bekerja sebagai ajk program ni dengan lebih efisien lagi. Kadang2 tekanan terjadi apabila kadar penambahan peserta dari hari ke hari sangat lambat dan kempen melalui sms tidak mendapat respon yang baik dari kalangan pelajar tahun pertama.

Sebenarnya tidak rugi pun apabila memasuki prog seumpama ini, kerana banyak perkara atau input yang boleh didapati dalam kem seumpama ini. Kuliah, team building, outdoor game dan sebagainya menjadikan kem ini sesuatu yang menarik untuk disertai. Penceramah jemputan terdiri dari kalangan orang yang pakar dalam bab2 yang akan dibincangkan. Dengan hanya 15 ringgit, kita semua mampu mengaplikasi segala ilmu yang ditimba dalam kehidupan kita bukan sekrang malah masa depan khasnya.

LATIHAN KEPIMPINAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
18 – 20 NOVEMBER
BERTEMPAT DI SUKIDA RESORT SEMENYIH.
ANJURAN PERSATUAN ULAMAK MALAYSIA DAN KERJASAMA PMIUM

Tiada ulasan: