Ahad, Mei 23, 2010

PERINGATAN KITA BERSAMA......

Polis tahan dua pelajar disyaki tanam bayi
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
2010/05/18

 PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat   bayi ditanam di tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam,   semalam.
PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat bayi ditanam di tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, semalam.
Remaja tunjuk lokasi budak dikebumi hidup-hidup

MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, kedua-dua remaja itu ditahan sejurus selepas ibu pelajar perempuan berkenaan membuat aduan mengenai anaknya yang bersalin tanpa pengetahuan beliau, pada awal pagi Rabu lalu. Katanya, sejurus penahanan itu, pelajar lelaki dipercayai pasangan remaja yang bersalin itu membawa polis ke sebuah lokasi berhampiran sungai di taman berkenaan, bagi menunjukkan tempat bayi berkenaan ditanam.

“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, kejadian pelajar perempuan itu melahirkan anak hanya disedari ibunya selepas menemui pelajar itu dalam keadaan berlumuran darah, sejurus pulang dari tempat kerja pada hari berkenaan.
Katanya, tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan anaknya, ibu pelajar itu membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

"Doktor yang merawat beliau memaklumkan kepada wanita terbabit, anaknya itu baru bersalin. Ini menyebabkan beliau terkejut dan kemudian bertindak membuat aduan polis pada hari sama. Susulan itu, seorang lelaki dipercayai pasangan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Mohd Adnan berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.... berita harian.,,,

Agak-agak salah siapa sebenarnya. Ibu bapa? sebab tak mengajar anak-anak untuk berbuat baik? Masyarakat? sebab tidak menegur semua perkara ini dan membiarkan semua perkara ini berlaku? guru? sebab tidak mengajar hubungan kelamin yang selamat? Kerajaan? sebab sering mewartakan hukum islam secara keseluruhan?

Semua persoalan tidak perlu untuk saya jawab. Anda semua boleh menjawab dengan tenang seumpama menjawab soalan peperiksaan dengan yakin. Jika tidak pun, hanya sekejap sahaja keresahan menjawab persoalan diatas disebabkan sifat manusia yang tidak dapat menerima perkara ini berlaku dalam masyarakat kita, kemudian sekadar perasaan sahaja. Tidak ada apa yang berlaku susulan daripada itu.

Berkumpullah! Berbincanglah! Fikirkan penyelesaian! Tentukan tindakan! Moga Allah berkati mu wahai pendokong agama Allah....

sekadar renungan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat.........

Isnin, Mei 10, 2010

SEPETANG BERSAMA FACEBOOK


Dato' F

aurat plezz..
xtakut dose ke?

Nur F

hurmm...dosa msing2 kn...kbur pn msg2...so??xyah la cbuk jge tpi ken org k...xskeee...

Dato' F

bkn ape, nasihat kite same2 org islam..
lgpun awk org kg sy..
xpe la, lps dh bahagian sy..

Nur F

dammm shittt

FC

nk nasihat xbertempat..bongok tul

Dato' F

lu la bongok..
kwn ape xleh nasihat kwn sendiri..
nk tngk tempat cmne lg??
nk buke aurat br la kene bertempat..
ape daa..

Nur F

bkn nk mrh tp tibe2 nk tgur org pasai apa...mcm la kenai... cek plg xsuko org duk jga tpi ken nih...lau dri tu betuih xpo la..aduish...p cri org yg alim la...cek taw cek xsmprna...cek wak hal cek xggu hidop hang pa pn kn..so xyah cbok cre hal cek noo...

Kacang

bab kate ustaz nchat la org d skeliling kte,,,,
t'lepas da tnggujwap c2

Nur F

mmg la tp ni la dri org bile org tensen...org akn wak ape yg xmsuk akAl...

Kacang

nonsen reason!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Nur F

mmg nonsen tp itu lah sy...nsb bek xwak lbh lg jewk...ade kwn2 yg mrh....

Dato' F

hidup akan tenang kalu dekatkan diri dgn Allah..
sori la kalu bt awk kecik ati..
wlaupn awk xkenal sy tp sy pernah nmpk awk kg..
Allah datangkan ujian untuk hamba2nye..
itu ade adalah tanda kite semakin jauh dgn-NYA.....
so, dekat2kan lah..
skali lg, sori bnyk2..

Nur F

tgk je sy gni...sy smyg eh..dok jibab labuh smyg...sy tgk jibab la hok byk mslh...sy ni tgk je gile2 tp sy smyg...sy ttp igt allah s.w.t...

Dato' F

jd la lebih baik..
awk pn th kan seurat rambut berape lame seksaan kt akhirat..
kite pn th kan yg mane btl n yg mane slh..
amal makruf nahi mungkar..

Nur F

awk tu bkn tuhan nk judge sy...

Dato' F

huhuhu..
mmg la sy bkn tuhan..
sy hamba mcm awk jgk..
ape yg sy bgtau tu sume ade dlm al-quran n hadis..
caye la....
Allah dh bg peringatan..

Nur F

sy thu la sy pn sklh..jge fmly awk n ncht kt fmly awk sudaaaa
ade adik ppuan jge molek...xyah la ncht sy,sy ati batu...xdngo pape daa..

Dato' F

it's ok..
mybe blh slow2..
cube la..
sy doakan Allah bukekan hati awk..
amin.....
gud luck..

Nur F

xpo lps ni sy ltk pict pkai jubah je ok...u like that kn..

Dato' F

huhu..
bt ikhlas untuk diri awk..
xpyh tunjuk kt sy xpe..

Nur F

iklas dri sy kn kne cramoh free plok...i dont like that

Dialog diatas saya ambil dalam facebook. Apa pendapat sahabat tentang dialog diatas. Agak-agak, kalau kita berada ditempat dato F tu, apa yang kita hendak buat kepada orang yg telah membuka tudung seperti nur F. apa proses pertama yang perlu kita lakukan untuk mengembalikan nur F kepada fitrah.

Lateral maksima………….. tidak sempat nak fikir tentang ini….tolong bantu………