Rabu, November 26, 2008

IM PROUD TO BE MUSLIM LEADER


Alhamdulilah.

I`m proud to be a muslim leader. Begitulah kalimah laungan peserta generasi pertama LAKIUM 08. pada mata mereka tergambar akan kesedaran untuk berpijak pada jalan Allah dlm hal yg berkaitan dengan hidupan mereka didunia.

Memang kita ketandusan program seperti ini sekarang. Dalam dunia ini, hanya sekerat manusia yg berkeinginan untuk melahirkan pemimpin brjiwa muslim dlm menempuh era globalisasi ini. Malah juga, setengah orang membezakan antara agama dengan soal kepimpinan sedangkan soal kepimpinan dlm islam amat ditekankan dlam islam seperti yg Rasulullah lakukan.

Hari ini mereka mengaku untuk sama memulakan gerakan mengislahkan orang lain adlah perkara yg penting dlm kehidupan mereka. Sebelum ini, mereka hanya memikirkan tentang mengislahkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang peranan mereka dlm membetulkan masyarakt disekeliling mereka. Ketahuilah membetulkan diri sendiri lebih susah berbanding membetulkan orang lain.

Kenapa saya berpendapat begitu. Disebabkan kita lebih memandang keburukan dan ketidakbaikan orang lain berbanding keburukan dan ketidak baikan diri sendiri. Kita menunding jari menyalahkan orang lain itu dan ini, sedangkan empat jari lagi sedang mensasarkan kepada kita dan menyalahkan kita sendiri. Kita memikirakan orang lain tidak sempurna akan kerja yg dilakukan tetapi sedarkah kita bahwa kerja yg kita lakukan juga tidaklah begitu sempurna.

Tetapi kenapa tidak ramai orang yg mampu turun padang dakwah menyebarkan risalah kebenaran tentang Allah yg maha kuasa dan kekal selama-lamanya ini. Aku selit sedikit kisah Rasulullah saw dalam melakukan misi dakwah beliau. Malah rasulullah sanggup melakukan perkara seumpama itu sedangkan ketika itu tanggungjawab dan bebanan kerja yg rasulullah hadapi ketika itu lebih daripada yg kita hadapi pada masa kini. Insyaallah kita sama-sama mengambil pelajaran daripada kisah ini.

RASULULLAH S.A.W. MENDATANGI KAFILAH DAGANG
Dari kejauhan gumpalan debu padang pasir membumbung ke langit. Debu-debu yang berterbangan itu dapat terlihat dari kejauhan bertanda ada satu rombongan kafilahÏ akan datang mendekati kota Mekkah. Rasulullah s.a.w. melihat gumpalan debu dari kejauhan itu segera pulang ke rumah. Nabi Muhammad s.a.w. langsung menyiapkan perbekalan dan membungkusnya. Setelah itu Rasulullah s.a.w. menunggu di pintu gerbang kota Mekkah. Kafilah itu rupanya tidak memasuki kota Mekkah mereka hendak menuju tempat lain. Rasulullah s.a.w. mendekati kafilah itu dan mencari pimpinan rombongan kafilah tersebut. Setelah berjumpa dengan pemimpin kafilah itu Rasulullah s.a.w. meminta izin untuk dapat ikut serta di dalam rombongan tersebut. Beliau, Rasulullah s.a.w. telah diizinkan. Rasulullah s.a.w. mulailah berdakwah kepada mereka, kepada setiap orang dalam rombongan itu Rasulullah s.a.w. telah sampaikan kebesaran Allah s.w.t. dan mengajak mereka untuk menerima Islam. Setelah semua orang mendapat penjelasan dari Rasulullah s.a.w. , Rasulullah s.a.w. pun meminta izin kepada pimpinan rombongan untuk pulang kembali ke Mekkah. Rasulullah s.a.w. kembali ke kota Mekkah dengan berjalan kaki sedangkan kafilah tersebut telah melalui kota Mekkah sejauh satu hari satu malam perjalanan. Rasulullah s.a.w. hanya inginkan setiap orang memiliki kalimah Laalilaahaillallaah dan selamat dari adzab yang pedih kelak di akhirat.
Percaya atau tidak, inilah yg rasulullah lakukan dlm keinginan setiap orang menerima cahaya hidayah Allah swt dan mengucap syahadah. Marilah kita berselwat keatas baginda dan berterima kasih yg tidak terhingga kepada Rasulullah saw kerana menyampai islam kepada kita semua pada akhir zaman ini.

Tiada ulasan: