Ahad, September 30, 2012

Gambar


Memang setiap gambar mempunyai ceritanya. Kerana gambar, ramai orang menyukai dan kerana gambar, ramai orang membencinya.

Gambar adalah alat visualis. Yang diterbalikkan oleh kanta mata dan dibetulkan oleh otak manusia. Visual ini boleh memandaikan bangsa dan boleh jadi memperdayakan bangsa.

Kerana cerita didalam gambarlah boleh mempengaruhi perasaan manusia. Jejaka jatuh cinta kerana sekeping gambar gadis. Gadis berangan menjadi ibu kerana sekeping gambar bayi yang sungguh comel. Si sentimental menangis melihat sekeping gambar kanak-kanak afrika yang kurus tidak kelaparan. Pejuang keamanan menjadi sangat marah kerana gambar seorang lelaki yang berlumuran darah.

Sang suami menjadi cemburu kerana sekeping gambar mesra sang isteri bersama lelaki lain. Orang ketawa hanya kerana sekeping gambar burger. Pembaca facebook terkejut dengan gambar seperti hantu ditepi sebuah tol.

Ya, gambar boleh mengubah persepsi. Kebaikan Pemimpin luntur hanya kerana sekeping gambarnya yang sedang tidur. Imej seorang ustaz jatuh kerana sekeping gambarnya sedang berkaraoke.

Konklusinya, gambar boleh menceritakan yang benar dan gambar juga boleh meceritakan perkara yang tidak benar. Sekeping gambar juga boleh membunuh orang dan sekeping gambar boleh meng’hidup’kan orang.

Tetapi, sejauh ini, apakah makna sekeping gambar untuk konvokesyen?

Tiada ulasan: