Sabtu, November 20, 2010

PENGORBANAN = KEMERIAHAN

Lawa juga gigi lembu ni...... hahaha

Assalamualaikum.....

“ No pain, No Gain”. Itulah kata-kata pepaatah inggeris yang aku kutip dari filem Transformers. Aku percaya semua sekali mesti pernah tengok cerita Transformers kan? Seperti mana kebiasaan, aku akan menulis untuk setiap hari perayaan untuk umat islam terutama hari raya puasa dan hari raya korban.

Aku pada hari raya pertama, telah mengikuti satu ibadah korban di surau Al-Ikhlas di Pantai Dalam. Kerja terbaru aku disitu adalah menangkap gambar dan memegang lembu ketika hendak disembelih. Sedikit sebanyak terubat rindu kepada kampong halaman melihat begitu mesra sekali orang kampong dan kemeriahan mereka yang mengikuti ibadah korban. Kebetulan pulak, ramai pakcik-pakcik yang berasal dari Terengganu. Wah makin seronok aku untuk berbual dalam dialek aku sendiri. Lebih selesa bercakap loghat sendiri berbanding loghat KL.. (^_^)

Aku mula berfikir. Suasana kemesraan berhasil daripada lembu yang dikorbankan. Andaikata hari raya kali ini tidak ada lembu untuk dikorbankan, agak-agak kemeriahan seperti ini masih boleh dapat atau tidak. Atau adakah seumpama hari raya puasa ‘ditanah air’ yang hanya berhimpun dimasjid kemudian membuat hal sendiri bersama keluarga masng-masing.

Aku membuat hipotesis awal ( perlu dibuktikan dengan eksperimen), bahawa kemeriahan ini berlaku kerana ada lembu untuk dikorbankan. Habis tu, lembu ni pulak datang daripada mana? Mestilah daripada duit orang ramai. Mereka melaburkan duit untuk membeli sebahagian daripada 7 bahagian lembu untuk dikorbankan dan dagingnya dibuat kenduri dan juga diberikan secara fresh kepada orang lain. Maka hipotesisnya adalah, “tiada pengorbanan tiada kemeriahan hari raya korban”.

Untuk menjadi gembira, kita perlu berkorban. Hari raya korban membuktikan pengorbanan harta, masa dan tenaga diperlukan untuk membuatkan orang lain gembira dan kita pun gembira sama. Kanak-kanak riang berlari kesana kemari malah bertempiaran lari apabila lembu tiba-tiba mengamuk jugak sebahagian daripada kemeriahan yang aku rasa disini. Usik-mengusik sesama sendiri menjadi lumrah kehidupan manusia. Maka dari mana kemeriahan ini. Hasil daripada pengorbanan harta, masa dan tenaga.

Kemesraan dan kemeriahan ini adalah resipi terbaik dalam mengikat ukhuwah sesama muslim. Kehadiran ramai foreigner juga menambah ceria lagi dengan gelagat mereka yang cukup ‘terrer’ mengikat lembu-lembu tersebut.

Walaubagaimanapun, hikmah hari raya korban adalah pengorbanan. Allah swt mengingatkan kembali bahawa perjuangan tanpa pengorbanan itu adalah sia-sia umpama hari raya korban tanpa lembu dan kambing. Maka untuk berjaya, kita perlu berkorban termasuklah tak balik Malaysia kerana menuntut ilmu. (^_^)

Lateral maksima..... menghayati ‘pengorbanan harta’ dan pengorbanan lain..........................

Tiada ulasan: