Khamis, November 11, 2010

SAID IT.....


Assalamualaikum....

Aku melihat dimana-mana, orang semakin kuat bercakap. Bercakap-bercakap dan bercakap. Sentiasa bercakap. Setiap pertemuan mesti ada orang yang bercakap. Tak ada orang yang tidak bercakap. Mesti ada orang yang bercakap. Orang melihat kepada orang yang bercakap. Tetapi tidak pula melihat kepada orang yang tidak bercakap. Penentuan orang pula pada percakapan. Semakin hebat dia bercakap, semakin hebat dia. Dari segi apa tak tahu. Tetapi itu reality yang tidak dapat disangkal lagi. Orang hebat mesti pandai bercakap.

Aku memang kurang bercakap. Semakin aku dewasa, semakin aku kurang bercakap. Semakin ramai kategori orang aku temui, semakin kurang untuk aku bercakap. Tidak sedikit yang mengatakan aku sombong disebabkan aku tidak bercakap. Tidak sedikit yang memaksa aku bercakap di dalam setiap pertemuan atau meting. Sampai ada orang melenting kemarahan apabila aku tidak bercakap.

Salahkah kalau aku tidak bercakap didalam meting? Adakah aku akan didakwa diseksyen jenayah disebabkan aku tidak bercakap dalam meting? Adakah aku akan sampai ditali gantung disebabkan aku tidak bercakap di dalam mesyuarat? Kenapa semua orang hendak aku bercakap?

“ tidak fahmi. Kamu perlu bercakap. Sebagai ketua kamu perlu bercakap. Ahli jawatankuasa hendak kamu bercakap” timbalan aku meminta aku bercakap pada next meting.

“ fahmi, untuk permulaan ni, saya akan memberikan kamu bercakap didalam meting. Tidak kisahlah kamu nak bagi apa-apa pun, tazkirah ke atau peringatan kepada ajk nanti. Yang penting kamu bercakap” kata setiusaha yang aku lantik mengendalikan meting.

“ ok fahmi. Untuk terakhir, saya serahkan kepada fahmi untuk memberi sepatah duakata. Silakan” tercengang-cengang aku dengan tindakan pengerusi mesyuarat.

“ saya nak, fahmi kamu bercakap selepas ini. Kalau tak, saya akan guna kuasa yang ada untuk memaksa kamu bercakap.” Kata pimpinan lain sewaktu induksi kepimpinan suatu tidak lama dahulu.

Itulah serba sedikit usaha yang dilakukan oleh orang sekeliling aku untuk memaksa aku bercakap. Ketawa dan senyum pun ada ketika blurr apabila diminta untuk bercakap. Kenapa lah orang kat sekeliling aku ni suka sangat nak suruh aku bercakap. Hish....

Walau apapun, itulah medan latihan untuk aku bercakap. Sentiasa bertanya soalan dan berani mengajukan soalan di khalayak ramai. Walaupun masih lagi tidak dapat menjadi sehebat orang lain dalam bercakap, tetapi aku merasai aku semakin meningkat dalam bab bercakap. Bukan lagi fahmi dahulu yang agak kurang bercakap dalam meting dan khalayak ramai.

Aku masih lagi ingat ketika baru masuk tingkatan empat di KOSPINT. Aku dipanggil oleh seorang ustazah untuk berjumpa dengan nya pada waktu rehat. Tidak disangka ustazah tersebut menawarkan kepada aku untuk menyertai sekolah dalam pertandingan pidato. Katanya, ada orang yang mencadangkan namaku untuk masuk bertanding acara ini. Dalam hati tertanya-tanya siapakah gerangan yang mencadangkan namaku sedangkan aku baru sahaja seminggu berada di sekolah ini.

Dengan berat hati, aku menerima tawaran terbabit. Maka berlatihlah aku siang dan malam bagi menghasilkan pidato yang terbaik sewaktu hari pertandingan. Manakan tidak, tidak pernah-pernah masuk pertandingan semacam ini, tiba-tiba masuk. Tak gabra aku berhadapan dengan situasi seperti ini. Walaupun kalah, aku tetap gembira disebabkan kalau menang kena berpidato depan sultan mizan. Wah kalau menang tu lagi gabra... hahahahaha...

Habis sahaja pertandingan, aku diserap masuk secara automatic dalam debat sekolah. Lagi lah tak boleh blah. Walaupun tak dapat menerima hakikat, tapi aku pasrah jelah. Nak buat macam mana. Dah dipacak. Tetapi memang tak pernah performlah sewaktu berbahas. Ada sahaja yang pelik-pelik berlaku terhadap aku. Hahaha..

Sejak hari itu, aku banyak diberi peluang untuk bercakap. Sewaktu perhimpunan dan sekali-sekala aku diberi peluang untuk menggantikan ustaz yang tidak dapat hadir untuk tazkirah sebelum jumaat. Malah aku dulu diberi jolokan ‘pemusnah’ majlis disebabkan oleh kesilapan-kesilapan besar yang aku buat ketika mengendalikan majlis. Komen seorang kawan “bagus jugak bila fahmi jadi pengerusi majlis. Sepanjang aku berada di sekolah ini, tidak pernah aku melihat cikgu-cikgu seceria itu melainkan ketika fahmi menjadi pengerusi majlis.” Selepas dikenang-kenang, terima kasih kawanku atas komen positif tersebut.

Orang lain bila bercakap akan membayangkan idea yang hendak dikemukan, aku membayangkan perkataan yang hendak aku sampaikan. jika terganggu ayat tersebut, maka kesan blurr akan ditunjukkan oleh mukaku. Orang lain bimbang tidak mendapat tepukan gemuruh jika berucap, aku bimbang jika ayat aku disalahertikan oleh pendengar. Kadang-kadang, lain yang hendak disampaikan, lain yang disebut.

Tetapi ada nasihat yang baik untuk aku. Fahmi, ketika bercakap mudahkan jangan menyukarkan. Kepada orang yang memberi nasihat itu kepadaku, insya allah aku akan mudahkan segala bahasa pertuturanku. Dan aku semakin maju dalam ucapanku. Daie is great muslim....

Lateral maksima........... one word bukan one Malaysia...................

Tiada ulasan: