Selasa, Disember 21, 2010

Kataku Tentang Masyarakat

Antara aktiviti masyarakat.......

Assalamualaikum......


Alhamdulilah. Allah masih lagi memanjangkan umurku untuk aku menukilkan something dalam blog yang sudah seminggu aku tidak jenguk ini. Terima kasih buat tuhan kerana memberikan ilham kepadaku untuk menulis dalam menghiasi blog ini.


Dan aku bersyukur kerana Allah memberkati perjalananku untuk pulang ke kampus perdana Universiti Malaya ini bagi meneruskan baki projek akhir tahun yang masih lagi belum dapat disiapkan lagi.


Disini dan didalam blog ini, aku ingin menukilkan satu perkara yang selalu diingatkan kepada kita, tetapi selalu tidak diendahkan oleh kita. Persoalan yang paling tepat adalah sejauh manakah erti bersyukur kepada Allah dalam hidup kita?


Persoalan yang menjengah pemikiranku lewat santapan minda pembacaanku tentang erti berterima kasih kepada tuhan atau Kuasa Pemikiran Kekal Abadi yang dinukilkan oleh pakar-pakar motivasi dari barat. Anthony Robbin dalam bukunya unlimited power, menjelaskan erti bersyukur boleh membangkitkan satu kuasa dalam minda kita yang dinamakan kuasa bawah sedar dan dia menjelaskan tentang kuasa minda jika dipraktikkan dan diamalkan dengan erti syukur yang sebenar, mampu mengembangkan potensi yang ada dalam diri manusia.


Tidak dilupakan juga, penulis barat Napoleon Hill yang terkenal dengan buku 17 prinsip kejayaan hidup menukilkan tentang kejayaan mendapatkan harta yang banyak boleh dipercepatkan dengan erti bersyukur yang sebenar. Dengan mengambil beberapa ayat dalam kitab bible, dia cukup mengagumi orang yang banyak bersyukur kepada tuhan dan berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh beliau, beliau mendapati bahawa orang sentiasa berterima kasih kepada tuhan, akan lebih cepat kaya dan hatinya lebih menjadi tenang.


Hari ini, ramai orang bunuh diri kerana wang. Ramai orang cuba untuk membunuh diri kerana kesempitan hidup. Caranya? Banyak sekali yang tuan-tuan boleh fikirkan dengan membaca surat khabar dan melihat orang disekeliling tuan-tuan. Begitu lemah sekali erti bersyukur dalam masyarakat kita.


Pakcik R. Covey dalam bukunya 8Habit cuba untuk menunjukkan sikap berterima kasih itu boleh memangkinkan keberkesanan seseorang dalam gerak kerja sehariannya. Agaknyakan kalaulah semua orang membaca buku karangan mereka, tentu dunia ini tidak gila. Dan jika mereka menemui islam sebagai cara hidup, of course masyarakat akan aman damai dan harmoni.


Hari ini, masyarakat kurang mengenal erti Allah sebagai pencipta, dan pentadbir alam ini termasuk diri kita. Malah masyarakat kita tidak lagi merasakan kita ini adalah hamba Allah yang sepatutnya menjadikan Allah sebagai sembahan bukan wang ringgit dan harta kekayaan. Malah kita tidak malu untuk menggunakan sifat-sifat Allah dalam membuat kerosakan diatas muka bumi ini seperti sombong, angkuh, kedekut, zalim dan sebagainya. Jika kita menyedari bahawa sifat melihat Allah boleh menembusi hati mereka, sudah tentu mereka malu kepada Allah untuk melakukan kezaliman kepada makhluk Allah yang lain.


Masyarakat masih lagi belum sedar tentang ini. Kita menutup aurat tetapi tidak menyedari kenapa kita perlu untuk menutup aurat. Kita berpuasa dan bersolat. Itupun disebabkan kita mematuhi kebiasaan yang kita buat. Bukan kerana Allah atau perintah Allah.



Tidak berniat pun untuk menulis panjang. Sekadar nukilan hasil pemerhatian selepas membaca banyak buku motivasi. Semoga memberi peringatan kepada tuan-tuan sekalian.



Lateral maksima............. berpesanlah kamu dengan kebenaran...............................

Tiada ulasan: