Assalamualaikum wbt.
Pada ketika dulu, saya beranggapan
universiti adalah tempat yang paling susah. Ternyata anggapan saya
ini silap.
Universiti kehidupan lagi mencabar dan
lagi menyakitkan. Di Univerisiti, ramai orang mendapat support
kewangan daripada biasiswa JPA, Mara, syarikat besar seperti TNB,
Telekom, Petronas dan sebagainya. Ada juga mendapat pinjaman daripada
PTPTN. Pendek kata, support kewangan itu ada.
Universiti Kehidupan, tidak. Kita perlu
mendapatkan sendiri support kewangan. Tiada biasiwa, tiada pinjaman.
Yang ada hanyalah bayaran balik dan kesetiaan kerja kepada syarikat
yang menawarkan kerja.
Ya, apabila saya menyelusuri Universiti
Kehidupan ini dengan tidak meminta kerja, saya merasakan kepayahan
disini. Payah untuk hidup di Kuala Lumpur. Semangat juang perlu ada
dan networking juga perlu ada. Kedua-dua ini diperlukan untuk
bertukar menjadi survival kehidupan.
Hari ini saya bekerja sendiri. Walaupun
saya dibayar seolah-olah makan gaji, tetapi saya menganggap saya ini
adalah bekerja sendiri. Sebab, saya tidak ada bos. Betul, saya tidak
ada bos dan saya adalah bosnya. Saya menguruskan downloadilmu.com
bermula dari pengambilalihan daripada MYIP.
Downloadilmu adalah case study saya
yang pertama tentang marketing. Bagaimana marketing downloadilmu.com
sekarang berjalan, saya perlu ambil tahu. Berapa pendapatan
downloadilmu.com pada masa ini, saya perlu ambil tahu dan jika
berlaku masalah kepada pelanggan yang melanggan dengan
downloadilmu.com, saya perlu ambil tahu. Pendek kata, saya perlu
ambil tahu semua sekali.
Hari ini, downloadilmu sudah mencapai
transaksi sebanyak 10K dalam masa 3 bulan beroperasi. Entah kenapa,
saya merasakan angka itu sedikit. Dan saya akan berusaha agar
pencapaian ini akan meningkat semakin baik.
Saya mengharap sokongan anda. Ya, saya
mengharap sokongan anda untuk downloadilmu berjaya. Tanpa pelanggan
yang membeli di buku, siapalah saya yang menguruskan downloadilmu
ini. Saya memegang kata-kata mentor, “ dalam hidup ini, perlu untuk
kita memberi dalam memandaikan bangsa, dan kita tidak mampu memberi
selamanya jika tidak ada sokongan dari sudut duit dan usaha kerja
yang terancang. Perlu ada duit, barulah hati ikhlas”
Weeeeee....... Post ke 260 sudah blog ini. Semoga Allah merahmati pembaca blog abanglong.net sekalian. terima kasih....