Assalamualaikum wbt…….
Adakah ini kebiasaan wanita? Saya belajar
dengan Umi dan adik perempuan yang meningkat dewasa. Kadang-kadang
berborak dengan housemate tentang beberapa perkara tentang wanita. Artikel ini
bukan mendedahkan sisi keburukan wanita, tetapi lebih kepada respon kepada
kefahaman saya terhadap beberapa peristiwa yang berlaku disekeliling saya. Saya
juga ingin jadikan artikel ini sebagai medan memahami bakal isteri dan bakal
Ibu kepada anak-anak saya kelak. Boleh kata, projek untuk masa hadapan saya
lah. Dialog by dialog, saya cuba untuk memahami mereka ini.
Peristiwa pertama:
A: Hello,
D: Hello. Saya D daripada Syarikat S. Awak
pengarah untuk projek “GEMPAK” kan?
A: Ya saya. Ada yang boleh saya bantu?
D: Sebelum ini ada tak surat makluman balik
tajaan yang telah diterima dihantar kepada pihak kami?
A: Hurm. Seingat saya, saya pernah
menghantar surat tersebut melalui AJK saya. Kenapa?
D: Surat tersebut tidak sampai kepada pihak
kami. Boleh tak kamu bukak fail kewangan balik dan hantar bukti penerimaan
tersebut kepada kami balik. Kami akan diaudit ni.
A: Nampak macam sukar sebab saya dah tak
bersama dengan pihak K dan segala belanjawan telah dihantar kepada bendahari.
Lagipun perkara tersebut dah berlalu setahun yang lalu, maka………(tak sempat menghabiskan ayat)
D: Awak ni kan #$%^&*(*&^%%$#@^%$#
( membebel sehingga saya menjauhkan sedikit handset saya dari telinga).
A: ( Saya menyampuk) Maafkan saya. Bukan
bermaksud begitu. Saya bimbang birokrasi UM susah untuk membuka balik fail yg
lepas. Ada tak alternative lain yang boleh saya buat.
D: Hurm. Boleh tak buat satu resit dengan bercop pihak K dan surat untuk buktian penerimaan?
A: Kalau macam tu, saya boleh buat. Beri
saya tempoh 3 hari ke 5hari untuk saya poskan kepada pihak cik. Boleh?
D: baiklah.
Terima kasih ya.
**Rupanya surat tersebut tidak diambil oleh
Ajk saya dan masih lagi berada dalam fail pendua projek di Bilik Gerakan.
Mungkin saya bersalah kerana tidak Alert dengan perkara tersebut atau AJK saya
tersilap tidak mengambil surat tersebut. Dengan segera saya menghantar surat
bukti tersebut beserta surat permohonan maaf diatas kelewatan dan kelalaian
pihak penganjur.
Peristiwa 2:
A: Nak balik? Seronoknye. Untunglah orang
tu nak balik. Hehehehe…..
E: Suke je die. Ade ape-ape ke?
A: Takde ape-ape lah. Saje orang nak rasa
seronok. Tak boleh ke. Hehehehe….
E: Hehehehe tu menyebabkan suspicious je.
Ade apa-apa ke?
A: (offline)
Peristiwa 3
M: maafkan mama. Mama bukan bermaksud untuk
memarahimu, tetapi sebenarnya mama memarahi papa.
A: Sebab ape?
M: Entah lah sebab ape, tapi mama rasa papa
ada main kayu tiga?
A: Erm? Tapi mama, ade ke papa balik lewat.
Jauh-jauh malam? Ade ke papa tak bagi mama duit. Ade ke papa tak bagi mama dan
anak-anak mama ni makanan?
M: Tak ade, cumanya mama rasa papa ada
orang lain selain mama.
A: Ala, mama ni, papa tak ada pape lah.
Rilek sudah mama.
(Pada ketika itu, pasangan suami isteri sedang bergaduh antara satu sama lain, tetapi sudah semakin tenang perhubungan mereka)
(Pada ketika itu, pasangan suami isteri sedang bergaduh antara satu sama lain, tetapi sudah semakin tenang perhubungan mereka)
Daripada dialog diatas, saya cuma boleh
simpulkan beberapa perkara.
Pertama, perempuan memang sensitive terhadap
beberapa perkataan seperti contoh, perkataan “ dah setahun”. Kemudian, dia terus
melenting. Melenting sikit-sikit tak apa, tapi kalau dah marah kaw-kaw,
maknanya sensitive sangatlah dia pada perkataan tersebut. Jika berjumpa dengan
gadis seperti ini, mungkin perlu banyak minta maaf diatas kesalahan dia
mentafsir sesuatu gaya pertuturan kita dan kesalahfahaman terhadap pemilihan
perkataan. Fuh fuh……
Yang kedua, wanita mudah terasa hati apabila berjauhan dengan orang yang tersayang. Teori berjauhan ni
ada, tapi saya baru menyedari contohnya di alam reality. Dia(wanita) merasakan, orang yang
disayangi ini telah membuat sesuatu tanpa pengetahuannya. Kejauhan ini bukan
bermaksud jarak antara dua insan ini jauh, tetapi hati antara dua insan ini
jauh. Bermaksud, tiada lagi perkongsian data atau information secara terus antara dua insan.
Keadaan ini menimbulkan tawar hati dan
kemasinan hati. Ketergangguan emosi akan berlaku kelak. Mungkin akan menjadi
cerai berai jika hati tidak dimaniskan dan dilemakkan semula. Contoh yang terbaru apabila wanita merasakan semakin jauh dengan orang yang tersayang saya dapat lihat dalam diri adik saya.
Kadang-kadang, adik ada menyerang dalam
facebook saya semata-mata ada seorang perempuan secara tetap like status abang dia.
Selepas ditegur, ketegangan boleh dilenturkan kembali. Alhamdulilah.
Secara peribadi, saya memahami adik saya ini. Kerana sayang, dia melakukan perkara diatas.
Secara peribadi, saya memahami adik saya ini. Kerana sayang, dia melakukan perkara diatas.
Kepada saya dan lelaki diluar sana,
kadang-kadang sukar untuk memahami emosi seorang wanita. Kadang-kadang kita
perlu jangan percaya pada emosi sang wanita. Perlu dilawan dengan rasional.
Perlu ditangani dengan terapi emosional. Elakkan fizikal “training” a.k.a
punching bag dan banyakkan spiritual terapi kita. Seolah-olah
emosinal wanita teruk kan? Tetapi,
Kerana emosional lebih, anak-anak terasa
selamat berada di sisi Ibu. Kerisauan si Ibu dan sayang rindu si ibu
menyebabkan si anak tenteram dalam fizikal ibunya. Emosional si ibu menyebabkan
makanan menjadi sedap dan segala perit ketika mengandung dan melahirkan si anak
menyebabkan setiap kelahiran tersebut menjadi istimewa. Kerana Emosinal si Ibu,
Si Ibu senang mengesat air mata esakan si anak. Dan kerana emosinal Si Ibu
juga, Si Ibu menjadi dakapan pertama Si anak ketika gembira.
Kerana wanita ini adalah ibu dan Ibu ini
adalah wanita, maka ucapan terima kasih kepada para ibu yang mendidik
anak-anakmu dengan emosional daripada si Anak yang menjadi penerus generasi.
SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI LAHIR
KEPADA IBUKU ( NORAIZAN OMAR). Nanti study week, abanglong balik. Hehehe……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan