Rabu, April 25, 2012

Belajar Agama vs Belajar Sains


Belajar agama vs belajar sains

“ Abah nak hantar kamu ke sekolah pondok.”
“ Tak nak.” Wah ape class mengaji kat pondok. Dulu, anggapanku, belajar agama tidak seseronok belajar sains. Apa yang saya nampak pada pengajian pondok adalah pengajian agama tanpa pengajian sains. Pengajian agama lebih kepada menghafal nota-nota dan kitab-kitab.


Ya, belajar agama tidak seseronok belajar sains dan matematik. Selama saya berada di sekolah rendah hingga PMR, agama adalah satu subjek yang perlu menghafal, ikut skema dan wajib dapat A. Malah dengan cara pendekatan yang dibawa oleh ustaz/ah dalam pendidikan islam, tidak memecut (baca: trigger) rasa ingin tahu saya terhadap agama sendiri.

Tidak dengan subjek sains dan matematik. Setiap kali saya belajar, saya akan belajar sesuatu yang memerlukan saya membaca lebih banyak untuk mengetahuinya. Dalam sains dan matematik, saya perlu untuk belajar lebih disebabkan saya ingin memuaskan nafsu WHY, WHAT & HOW saya terhadap teori dan formula-formula yang diberikan. Ini semua tidak ada pada pendidikan islam.

Sebagai contoh, teori Inertia dalam fizik. Saya ingin mengetahui bagaimana mekanisma pergerakan sehingga berlaku inertia. Kenapa inertia penting? Apa kegunaannya dalam kehidupan manusia? Apakah kegunaan lain lagi yang terbit daripada teori ini? Apa yang berlaku jika teori ini bergabung dengan momentum dan sebagainya. Persoalan ini menambah rasa ingin tahu saya.

Ketika SPM, saya berkesempatan untuk mengambil subjek Syariah dan Pengajian Alquran & Sunnah. Pada ketika SPM, PSI & PQS itu sendiri telah menaikkan nafsu 2W&H saya. Mula saya mengagumi kehebatan formula-formula yang berada di dalam  pengajian agama. Begitu juga dengan pendedahan terhadap bagaiamana ulamak menafsir AQ& sunnah dan bagaimana hukum ditetapkan. Ini membuatkan saya ingin tahu lebih dan lebih lagi.

Keadaan  ini juga bertambah setelah saya mengikuti pengajian perbandingan agama, iaitu di forum-forum dan kelas-kelas perbandingan agama. Malah studi berkenaan kelakuan nabi terhadap masyarakat yang diungkap daripada hadis nabi sendiri sungguh menimbulkan segala rasa ingin tahu saya.

Pesanan kepada bakal ustaz/ah yang berada diluar sana, masih ada lagi kekurangan dalam pengajian islam. Menimbulkan minat untuk belajar untuk pengajian agama ini bukanlah sesuatu yang senang. Tetapi akan jadi senang jika seseorang guru mengetahui bagaimana menimbulkan minat tersebut.

Remaja zaman sekarang kehausan perkara untuk belajar. Jika masyarakat tidak dapat menyalurkan perasaan kehausan ingin tahu remaja ke jalan yang betul, maka remaja terbabit akan mencari jalannya sendiri yang mungkin merosakkan diri sendiri. Atas nama mencuba, maka rokok dan dadah menjadi ketagihan. Begitu juga dengan facebook dan video game. Jika perasaan ingin tahu mereka tidak dipuaskan, jangan hairan jika remaja mencari jalan kiri untuk memuaskan perasaan ingin tahu.

Sekian........

1 ulasan:

ajax85 berkata...

skrg kena bljr dua2 sekali..hehe