Dahulu, sewaktu kecil-kecil, saya
menganggap bahawa bersyukur itu adalah berterima kasih kepada orang yang
memberi nikmat. Contohnya, ketika saya kecil, saya menonton televisyen. Ketika
itu, seorang pemimpim masyarakat sedang berucap. Katanya,
“ Kita perlu bersyukur dan berterima kasih
kepada kerajaan diatas nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi hampir 50
tahun ini. Bersyukur dan berterima kasih atas kata lain, terus memberi mandate
dan kepercayaan kepada kerajaan sekarang untuk terus mentadbir Malaysia
sekarang.”
Maka tertanam dalam kepada saya tentang
bersyukur dan berterima kasih untuk kurniaan kemerdekaan perlu memberi sokongan
kepada kerajaan sekarang.
Tertanam dalam kepada saya juga, apabila
saya belajar pendidikan islam dalam tajuk bersyukur, ustazah berkata,
“ Bersyukurlah keatas kurniaan Allah dan
rezeki yang Allah berikan kepada kita semua. Ucapkanlah ‘alhamdulillah’ dan
kena sujud syukur atas nikmat Allah
tersebut.”
Tertanam dalam kepada saya, kalau nak
bersyukur kepada Allah atas nikmat tuhan, kena mengucap hamdalah dan sujud
syukur.
Ketika mengikut ayah ke masjid untuk
mendengar tazkirah maghrib, sang ustaz memberi ceramah.
“ tanda orang bersyukur adalah dia semakin
kuat beribadat kepada Allah. Selalu menangis kerana Allah dan sentiasa
melakukan solat malam. Kalau boleh tiap-tiap malam.”
Maka muncul erti syukur yang baru dalam
benakku. Nak bersyukur kena beribadah lebih kepada Allah. Selalu solat malam
dan selalu menangis kepada Allah dan beribadah lebih kepada Allah.
Maka membesarlah saya dengan erti syukur
sebegitu. Hati berkata, “ uih, susahnya nak bersyukur. Setiap kali dapat
nikmat, nak kena ucap hamdalah. Ucap hamdalah senang lagi, tapi kalau dah sujud
syukur setiap kali dapat nikmat, maknanya aku tak bersyukur lah. Tapikan,
maknanya kat sini, setiap kali sedut oksigen untuk terus hidup, maka setiap
kali sujud syukur. Mampus lah macam ni. Tak jadi kerja lah aku macam ni”
Lepas itu, saya mendengar sang ustaz yang
lain, selalu mengutuk segala tindakan kerajaan. Maka kat sini, ustaz ni tak
bersyukur dengan nikmat kemerdekaan. Asyik duk kutuk kerajaan je. Nama je
ustaz, tapi tak bersyukur dengan nikmat kemerdekaan. Dalam ceramah ustaz ni,
tak pernah pun puji kerajaan. Apa je yang kerajaan buat, mesti salah. Memang
ustaz ini tak bersyukur langsung.
Kemudian, result PMR keluar. Saya adalah
salah seorang yang cemerlang dalam PMR. Yeah. Tapi, nak kena bangun malam ke ni
untuk bersyukur kepada Allah. Nak kena buat solat malam ke ni. Aduss, malasnya
nak bangun malam. Tak ada yang lebih senang ke? Kalau aku tak buat ni, maknanya
aku tak bersyukurlah. Hurmmm, tak pelah, bangunlah kejap untuk ‘bersyukur’
kepada Allah malam ni.
Semakin saya membesar, semakin saya
mengetahui akan erti syukur. Sekarang , saya memahami bahawa, syukur itu adalah
menggunakan nikmat Allah yang diberikan untuk kebaikan bukan untuk diri sendiri
tetapi untuk orang lain juga. Yang paling penting, Do More!
Betul ke pandangan saya ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan