Jumaat, Mei 25, 2012

Anda Guru Malaysia



“ Selamat hari guru buat guru-guruku di SKDM1, SMKD’MAS, KOSPINT, PASUM dan UM”  tulisanku didalam FB sempena kedatangan hari guru yang jatuh pada 16 Mei.

Sejurus aku menekan button ‘post’ di FB, otakku memancar wayang memori. Aku sendiri yang menonton wayang ini. Muncul beberapa orang cikgu yang sememangnya kukenali, menabur bakti memandaikan aku ketika bersekolah dan ber ‘pasum’ dahulu. Satu persatu ditunjukkan seperti lagu pembukaan telenovela melayu. Bergilir-gilir watak diperkenalkan beserta nama sebenar. Tersenyum ceria. Kadang-kadang ketawa sendiri apabila kadang-kadang keluar nama jolokan a.k.a nickname menggantikan nama sebenar. Daripada sebaik-baik nama panggilan seperti cikgu zul PEN, cikgu Mat JU sehinggalah nama panggilan yang buruk yang tidak sanggup untukku nukilkan disini.


Kalau nak diingat balik memang banyak kenangan. Kenangan indah dan kenangan yang tak berapa nak best. Daripada kes-kes pujian cikgu sehingga kes-kes kena rotan, denda jalan itik dan macam-macam lagilah. Semuanya mendewasakan seorang pelajar. Sama ada seorang pelajar itu positif atau negetif, dia kena belajar untuk menerima pujian dan dendaan dengan maksud yang baik.

Bercerita tentang sekolah, bila difikir-fikir balik, saya terkejut bahawa saya tidak dapat score dalam subjek bahasa. Bahasa Inggeris dan bahasa Arab adalah subjek yang sering mengecewakan aku. Adus, memang kecewa. Ditambah dengan EST, menambah parahku dalam SPM.

Aku mempunyai tabiat yang pelik ketika belajar dahulu iaitu membaca buku teks. Daripada buku teks kajian tempatan, buku teks agama, buku teks subjek sains, geografi, sejarah, fizik, kimia, biologi, Kemahiran Hidup dan Syariah Islamiyah dan QuranSunnah. Bila dapat sahaja buku teks, terus dibalut dan dibaca sehingga habis. Sebab itu kot, dapat hafal banyak benda dalam buku teks. Lebih-lebih buku teks dalam Bahasa Melayu. Selepas itu, setiap kali masuk ke kelas, umpama revision bagiku. Maka setiap kali, pasti akan masuk ke dalam ingatan. That why, I had good result in primary and secondary school.

Tapi yang peliknya adalah saya memang kurang mengulangkaji pelajaran. Ummi dan abah selalu memarahiku kerana jarang mengulangkaji pelajaran. Kadang-kadang kena pulas telinga baru belajar. Tu pun sekejap je. Hehehehehehe

Tetapi berada di asrama di Kospint, lain pula. Sifat mala situ memang masih ada lagi. Kadang-kadang tak study pun, susun kerusi dan tidur di belakang kelas. Sehingga habis masa prep. Hahaha. Terbaik…..

Saya tidak seperti orang lain yang mempunyai jadual ulangkaji sendiri. Setiap kali saya melalui meja best student, saya dapat melihat jadual ulangkajinya. Kagum dengan usaha dia untuk belajar. Tetapi, saya tidak. Saya hanya mengulangkaji jika mempunyai kerja sekolah yang ditinggalkan oleh guru. Guru yang memberi kerja yang banyak itulah subjek yang paling saya akan ulangkaji.

Tetapi, kalau mempunyai kerja lain selain daripada pelajaran. Saya akan tumpukan kepada kerja tersebut. Kerana saya tidak suka belajar sebenarnya. Saya akan tertumpu kepada kerja membuat laporan tugasan, kerja mengemas dewan sempena event, kerja-kerja yang lain yang tidak melibatkan akademik. Malah saya lebih suka mengikuti projek robotic sekolah kerana saya mampu melihat sekolah lain dan saya belajar untuk memahami fungsi robotic tersebut. Memang best.

Sebenarnya saya Berjaya disekolah kerana usaha cikgu-cikgu. Memang saya sangat berterima kasih kepada guru-guruku. Mengajar tidak pernah putus-putus sehingga saya mengecapi 9A1 dalam SPM. Kerja keras cikgu-cikgu tidak akan saya lupakan. Itu kenangan seorang anak murid.

Tetapi berlainan dengan Asasi dan Ijazah. Saya belajar sendiri, dan saya ulangkaji sendiri. Peperiksaan hanya sekali sahaja. Tidak dapat tahu apa kesilapan saya ketika menjawab. Tidak tahu apa kesalahan saya. Saya tidak belajar begini. Kerana apa? Kerana saya bukanlah orang yang Berjaya pada kali pertama.

Apabila saya bukan orang Berjaya, maka kekecewaan selalu melanda. Pedih, marah dan ketawa palsu menghiasi diriku. Pada tahun pertama dan kedua, saya masih lagi tidak mampu menerima hakikat tersebut.

Tetapi apabila berfikir semula, saya berfikir, “let it go. You do what you can do and you do what you like to do.”

Kemudian, saya belajar apa yang saya suka belajar. Saya enjoy mengutip khazanah ilmu tanpa memikirkan tentang peperiksaan. Setiap kelas, saya mengambil partisipasi atas kemampuan saya. Saya lebih menghargai apa yang saya mampu buat. Dan saya menghargai apa yang saya tidak mampu buat. Saya cuba untuk memahami setiap pensyarah dan cuba untuk memahami apa kehendak setiap daripada mereka. Kehendak dan expectation mereka berlainan antara satu sama lain.

Saya bukanlah pengingat yang hebat, lebih-lebih lagi jika saya tidak mampu untuk memahami buku teks bahasa inggeris dengan baik. Untuk faham buku setebal 200 muka surat, saya mengambil masa sehingga 6 bulan untuk memahaminya, maka apa yang boleh saya buat untuk memahami buku teks setebal 600 hingga 700 muka surat.

Tapi alhamdulilah, keputusan pada tahun ketiga dan keempat, bukanlah cemerlang sangat berbanding orang lain, tetapi still mampu menggembirakanku.

Apa pun, terima kasih guru-guruku. Anda adalah penunjuk jalan ketikaku berlari dalam kehidupan ini. Kehidupan ini memang pelik. Sekejap cepat sehingga mampu mencipta rekod baru larian, kadang-kadang perlahan. Track larian juga kadang-kadang biasa-biasa sahaja, kadang-kadang bengkang bengkok dan berliku. Kadang-kadang berbatu kerikil dan berduri, kadang-kadang bersemen.

Apapun, teacher, guru, cikgu, ustaz/ah, pensyarah, thank you…..
p/s: post ini sepatutnya pada 16 mei yang lalu. Tetapi tidak sempat untuk menyiapkannya tepat pada masanya. Apapun, diatas ada poster yang saya buat. Poster pertama…….

Tiada ulasan: