“ Dia sepatutnya mendapat perempuan yang
lebih baik”. Terkejut aku mendengar lontaran pendapat oleh senior aku berkenaan
perkahwinan abang Halim (bukan nama sebenar) yang lebih senior.
“ Kenapa begitu?” soalku.
“ kami mengenali bakal isteri abang Halim itu.
Sekali sekolah dengan abang dulu” jawab seniorku dengan bersahaja.
Aku merenung kata-kata tersebut. Pada
anggapanku, itu adalah pandangannya. Pandangannya yang berbentuk masa hadapan
yang belum kita tahu.
Beberapa persoalan timbul dalam benak fikiranku.
Siapa tahu perempuan tersebut adalah tidak
terbaik untuknya?
Bagaimana untuk tahu ‘dia’ adalah yang
terbaik untuk aku?
Apa position aku untuk mengatakan bahawa
dia bukan yang terbaik untukku?
Persoalan ini menjengah ruang kotak
pemikiranku. Halus tetapi memberikan impak yang besar terhadap tindakanku
selepas itu. Lantas, tulisan ini menjadi
satu wadah kejernihan fikiran tentang apa yang ku fikirkan.
Satu kisah percintaan yang saya merasakan
hampir kesemua anda mengetahuinya. Kisah pasangan suami isteri artis iaitu Ajai
dan Nurul. Ramai orang mengatakan bahawa mereka adalah pasangan yang secocok.
Bagai pinang dibelah dua.
“ seronok aku tengok Ajai dan Nurul berduet
menyanyikan lagu ‘seiring sejalan’. So sweeettt couple.” Peminat menyatakan
pendapat mereka terhadap pasangan ini dalam siaran rancangan berita hiburan.
“ saya merasakan bahawa Ajai dan Nurul akan
menjadi pasangan ideal sehingga anak cucu. Suka tengok mereka.” Seorang peminat
lain memberi pendapat.
Dan banyak lagi pendapat yang senada. Tapi
bagaimana dengan mereka hari ini. Bercerai! Pasangan yang romantic, Nampak
ideal dan berduet lagu bersama akhirnya bercerai. Lah, kata pasangan terbaik, tetapi begitu
juga pengakhirannya.
Manusia bukan tuhan yang boleh menentukan.
Manusia hanya boleh menilai pada kaca mata biasa seorang manusia. Manusia hanya
boleh berkata tentang suatu perkara itu baik atau buruk untuk diri dia. Tetapi
berkenaan soal jodoh dan rezeki, siapa tahu apa yang terbaik untuk seseorang.
Manusia hanya tahu berfikir, berusaha dan
berdoa agar jodohnya adalah terbaik. Istikharah dan perbincangan adalah jalan
yang diberikan oleh Allah untuk mencari jodoh yang terbaik.
Walaubagaimanapun, masih lagi
terngiang-ngiang satu nasihat kepadaku. “ Mencari pasangan yang menjadi pasukan
kita adalah penting. Mencari teammate yang sempurna pada permulaan adalah yang
terbaik. Jika tidak dapat mencari, pupuklah ia menjadi teammate yang terbaik.”
p/s: tercuit, siapakah yang akan menjadi
jodohku suatu hari nanti………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan