Krisis identity?
Bercakap dan bertutur kadang-kadang
menggunakan otak sedar dan juga otak bawah sedar. Kadang-kadang berjaya untuk bercakap fluently
dalam KL speaking dan kadang-kadang fluent dlm Terengganu speaking. Hahaha…..
Yang paling menghairankan ialah masuk saje
sempadan Terengganu, terus loghat Terengganu menjadi fluent. Kadang-kadang
tersasul terkeluar KLnye. Bila berada di KL, kadang-kadang terkeluar
Trengganunya. Hahahaha….
Yang paling pelik adalah apabila saya
bangun memperkenalkan diri kepada kelompok rakan-rakan yang baru, mereka
terkejut ketika saya memperkenalkan saya berasal dari Terengganu. “What?”
terkejut mereka dan saya pun terkejut pada awalnya.
[espresi muka seperti ini. Comelkan?]
Apabila ada sesi perkenalan baru, saya sudah
bersedia dengan ‘kejutan’ mereka tersebut. Apabila mereka terkejut, saya akan
berkata, “ anda sangka saya bukan dari Terengganu kan?”. Mereka mengangguk
mengiyakan saja. Kemudian saya pulak tergelak dan tersenyum dengan gelagak
mereka.
“ why you do not smell keropok lekor’s
people?” menggaru kepala saya mendengar pertanyaan makcik ini. “ Kenapa ada bau
keropok lekor ke kat badan aku ni?” bisik hati kecilku.
“ Jika awak bagi tahu awak orang Terengganu,
mati-mati saya ingatkan awak orang Selangor.” Tergelak saya mendengar kata-kata
awek ini.
“ Yelah, tak ada pulak dengar pelat Terengganu
dalam percakapan awak.”
“ Pelat Terengganu? Apa maksud awak” saya
kehairanan.
“ Ya. Macam orang putih cakap bahasa
Melayu. Kita akan tahu orang yang bercakap itu orang putih. Tapi awak, tak Nampak
awak orang Terengganu.”
Selepas mendengar banyak komen sebegini,
saya cuba untuk mencampurkan sedikit sebanyak bahasa Terengganu dalam
percakapan harian saya agar orang mengenali diriku sebagai orang Terengganu. Malahan,
saya mencampur adukkan juga loghat Terengganu saya ketika mengendali majlis
rasmi ketika berpersatuan dahulu. Pertama untuk menambahkan suasana keceriaan
dan kedua, untuk menggambarkan saya ini adalah orang Terengganu.
Semoga saya tidak mudah lupa diri dan
semoga saya menjadi diri saya ketika menghadapi cabaran yang akan datang. Moga-moga
dan doakan saja agar saya tidak mengamalkan budaya bangsa lain dalam diriku
yang bernama Ahmad Fahmi Bin Latif ini.
p/s: apa identity itu?
1 ulasan:
sama lah kot~..'g' janganng tingggal... :)
Catat Ulasan