Khamis, Jun 21, 2012

Krisis Identiti


Krisis identity?



Bercakap dan bertutur kadang-kadang menggunakan otak sedar dan juga otak bawah sedar.  Kadang-kadang berjaya untuk bercakap fluently dalam KL speaking dan kadang-kadang fluent dlm Terengganu speaking. Hahaha…..

Yang paling menghairankan ialah masuk saje sempadan Terengganu, terus loghat Terengganu menjadi fluent. Kadang-kadang tersasul terkeluar KLnye. Bila berada di KL, kadang-kadang terkeluar Trengganunya. Hahahaha….


Yang paling pelik adalah apabila saya bangun memperkenalkan diri kepada kelompok rakan-rakan yang baru, mereka terkejut ketika saya memperkenalkan saya berasal dari Terengganu. “What?” terkejut mereka dan saya pun terkejut pada awalnya.

[espresi muka seperti ini. Comelkan?]
 Apabila ada sesi perkenalan baru, saya sudah bersedia dengan ‘kejutan’ mereka tersebut. Apabila mereka terkejut, saya akan berkata, “ anda sangka saya bukan dari Terengganu kan?”. Mereka mengangguk mengiyakan saja. Kemudian saya pulak tergelak dan tersenyum dengan gelagak mereka.

“ why you do not smell keropok lekor’s people?” menggaru kepala saya mendengar pertanyaan makcik ini. “ Kenapa ada bau keropok lekor ke kat badan aku ni?” bisik hati kecilku.

“ Jika awak bagi tahu awak orang Terengganu, mati-mati saya ingatkan awak orang Selangor.” Tergelak saya mendengar kata-kata awek ini.

“ Yelah, tak ada pulak dengar pelat Terengganu dalam percakapan awak.”

“ Pelat Terengganu? Apa maksud awak” saya kehairanan.

“ Ya. Macam orang putih cakap bahasa Melayu. Kita akan tahu orang yang bercakap itu orang putih. Tapi awak, tak Nampak awak orang Terengganu.”

Selepas mendengar banyak komen sebegini, saya cuba untuk mencampurkan sedikit sebanyak bahasa Terengganu dalam percakapan harian saya agar orang mengenali diriku sebagai orang Terengganu. Malahan, saya mencampur adukkan juga loghat Terengganu saya ketika mengendali majlis rasmi ketika berpersatuan dahulu. Pertama untuk menambahkan suasana keceriaan dan kedua, untuk menggambarkan saya ini adalah orang Terengganu.

Semoga saya tidak mudah lupa diri dan semoga saya menjadi diri saya ketika menghadapi cabaran yang akan datang. Moga-moga dan doakan saja agar saya tidak mengamalkan budaya bangsa lain dalam diriku yang bernama Ahmad Fahmi Bin Latif ini.

p/s: apa identity itu?

1 ulasan:

dunia kalang-kalang cat.. berkata...

sama lah kot~..'g' janganng tingggal... :)