Alhamdulilah. Selesai peperiksaan yang
terakhir insya allah. Bagaimana dengan exam? Hurmmm, oklah. Boleh lah kalau nak
lulus. Nak ‘A’ bagi saya jauh panggang dari api lah kot. Doakan sahaja.
Persoalan yang dihadapi sekarang adalah,
apa nak buat selepas ni. Dengan hutang UM masih lagi ada RM350 dan hutang PTPTN
21k. Apa yang akan dibuat oleh abanglong.net lepas ni. Selepas peperiksaan,
bermain dengan counter strike hampir 5 jam. Seolah-olah melepaskan geram
bermain selepas exam.
Semalam pun, setelah mendapat mesej
daripada Umi, saya telah melakukan beberapa perancangan hidup termasuklah
bekerja part time sebelum konvo dan memulakan bisnes kecil-kecilan. Insya
allah, akan berjumpa dengan seorang lecturer untuk berbincang. Tapi,kerja part
time, sedang mencari-cari.
Insya allah, saya mempunyai impian untuk
membuka foodcourt yang menawarkan harga yang murah kepada penduduk Bandar
terutama disekitar Bandar KL. Harga yang ditawarkan di foodcourt saya nanti
adalah sama dengan harga di dalam universiti-universiti di Malaysia. Hopefully,
akan berlaku insya allah.
Sekarang ini, cuba untuk menjaga
perbelanjaan dan meningkatkan cashflow diri sekarang. Inilah permulaannya dan
inilah langkah pertamanya. Semoga dengan pengisytiharaan di dalam blog ini dan
dibaca oleh pembaca sekalian, akan menjadi pemangkin untuk merealisasikan
impian saya ini, insya allah.
Umi, Abah, Ecah, sahabat-sahabat, mentor
yang tak jemu-jemu menasihati ku dan pensyarah-pensyarah sekalian, doakanku
yang terbaik di dunia dan akhirat. Insya allah…..
OPTIMIS
p/s: kalau ikut perancangan, kahwin umur 25
tahun. Kiranya lagi 2 tahun dari sekarang. Calonnya? Ada siapa ke nak ke saye?
:P
Tiada ulasan:
Catat Ulasan