Seringkas mungkin, saya cuba untuk declaire
apa yang ingin dibuat selepas grad ini. Sekadar coretan biasa. Sudah seminggu
menghabiskan masa merancang dan insya allah, sudah memulakan langkah-langkah
pertama dalam perancangan.
Insya allah, akan memulakan bisnes sendiri
selepas ini. Bisnes apa? Biarlah rahsia. Mentor saya cakap, permulaan ini,
bagitau hanya yang terdekat dan dipercayai sahaja. Insya allah, bila dah
stabil, saya akan isytihar nanti, insya allah.
Kemudian saya akan mencari part time untuk
menampung kehidupan saya.
“Hai, kata akan buat bisnes, tapi still
cari part time?”
Sebenarnya berbisnes bukan mendapat hasil.
Ketika pelaburan modal berlaku dan proses permulaan, penghasilan belum terjadi.
Jika penghasilan masih lagi belum, maka darimana duit untuk menampung kehidupan
saya dalam masa 2-3 bulan ini. Jawapannya adalah part time of course.
Nak keje kat mane belum tahu lagi. Saya dah
serik untuk bekerja di F&B indusri buat masa ini. Mungkin akan bekerja
dalam sector perkhidmatan mungkin. Anyway, doakan saya, insya allah, kalau dah
berkembang cantik nanti, saya akan belanja anda semua makan di majlis kahwin
saya nanti. :P
Sampai setakat ini dahulu. Insya allah,
saya akan membawa perkhabaran yang lebih baik pada masa hadapan insya Allah.
Tunggu.
p/s: memerlukan tekad untuk bekerja
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan