Assalamualaikum wbt.
Artikel hari ini sekadar peringatan untuk
diri sendiri. Semoga aku bertambah baik dari sudut sikap dan pemikiran.
Kata seorang mentor saya, dia tidak akan
bekerjasama dengan orang yang tidak menepati janjinya. Malah pernah juga dia
membuang beberapa pekerja yang penting disebabkan skandal seks yang dibukti
benar. Beliau berkata, bagaimana dia hendak bekerja bersama dengan orang
tersebut jika dengan isteri dan anak-anak dia tidak menjaga amanahnya.
Mungkin ramai yang menyanggah keputusan
tersebut kerana potensi pekerja tersebut kepada syarikat begitu besar. Mungkin ramai
orang akan menggunakan frasa, “ manusia boleh berubah, jangan hokum mereka.”
“ Terpulang, ini syarikat saya dan saya
mempunyai mempunyai prinsip untuk menjalankan syarikat saya sendiri.” Komennya lagi.
Bila muhasabah diri sendiri, saya banyak
melanggar janji dan banyak tidak menepati malah banyak juga berbohong. Agaknya jika
saya selalu berbohong, melanggar janji dan tidak menepati janji, akan ada tak orang
yang ingin bekerjasama dengan saya?
Saya rasa ramai yang tidak akan mengambil
saya bekerja. Itu pasti.
Saya teringat satu hadis nabi berkenaan
berbohong.
“seorang pemuda berjumpa dengan rasulullah.
“wahai rasulullah aku telah buat banyak maksiat. Aku ingin bertaubat. Bagaimana
untuk menghindarkan diri daripada membuat maksiat.” Jawab Rasulallah,” jangan
berbohong”. Maka setiap kali ingin membuat maksiat, dia selalu teringat pesan
rasulullah. Jika rasulullah bertanya, tak akan aku nak berbohong depan
rasulullah. Maka dia Berjaya untuk tidak melakukan maksiat.”
Hadis penuh anda dapatkan dalam shahih
Muslim. Tapi bukan dengan ayat seperti diatas. Ayat diatas sekadar point yang
dikeluarkan daripada hadis.
Diri sendiri dan kawan-kawan, tepatilah
janji dan berkata benarlah. Insya allah akan bahagia dunia akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan