Selasa, Julai 03, 2012

Beza Pemimpin dan Pengurus


Assalamualaikum wbt.

Sudah lama tidak menulis tentang topik ini. Kali terakhir adalah ketika menghabiskan buku John C. Maxwell, 360 degree leader. Dan sudah lama tidak membaca buku-buku berkenaan leadership dan management. Sudah banyak point-point yang penting yang terlupa. Tetapi, hari ini terjentik untuk melakarkan kembali hasil pembacaan atas kanvas penulisan blog berkenaan leadership selepas menjawab soalan daripada rakan FB. Mungkin boleh tengok disini. Saya tidak dapat print screen gambar perbualan tersebut, tapi saya copy paste perbualan tersebut. Saya padam namanya atas sebab2 tertentu.

Status: Apa beza antara pemimpin dan Pengurus?

Komen A: PENGURUS TU sememangnya PEMIMPIN...tp, BKN semua PEMIMPIN tu boleh jd PENGURUS...sebab pemimpin ni just salah satu drpd tugas seorang pengurus...P.O.L.C = Planning, Organizing, LEADING n Controlling.

Komen saya: pemimpin urus manusia. pengurus urus bukan manusia. pemimpin yg membuat misi dan objektif serta mendorong manusia. tp pgurus mengurus masa dan kerja agar objektif dan misi dilaksanakan. harap membantu....

A: saudara ahmad fahmi, klu mcm tu, kenapa ada pengurus sumber manusia???pndapat sy,tugas pengurus adalah lebih makro berbanding pemimpin...pengurus lebih menyeluruh..mguruskn perihal kemanusian dan bkn kemusiaan..mcm sya ckp sblm ni, seseorang pengurus itu semestinya boleh jd pemimpin..sebab memimpin merupakan antara tugas seorang pengurus,,,namun, bukan semua pemimpin boleh jd seorang pengurus..sbb seorang pemimpin lebih kpd perihal kmnusiaan..sekadar pendapat..=)

Saya: Tuan A yg dhormati. Dulu sy pun confuse jgk antara pemimpin dan pengurus sehinggalah saya diperkenalkan dengan buku-buku pengurusan dan kepimpinan. cuba cari perkataan manage dan lead dalam internet. tuan akan tahu perbezaannya. kebiasaan pun, bila sebut pimpin yang slalu disebut adlh pimpin tangan. kalau urus, yang keluar adalah urus masa, urus study, urus kerja dan sebagainya. tapi tak pernah jumpa pun urus orang. memang ada pengurus sumber manusia, tp tugasnya adlh mgrskan penempatan orang atau dipanggil position bukan 'pimpin tangan' orang tersebut.Pemimpin lebih kepada characteristic berbanding mengurus lebih kepada kemahiran. harap tuan faham.

Perbualan terhenti disini sahaja. Saya tidak tahu, dia faham atau tak, apa yang ingin disampaikan oleh saya. Walaubagaimana pun, saya akan kupas disini.

Apa Beza antara pemimpin dan Pengurus?

Saya pernah bertanya soalan diatas kepada Amin Idris ketika menemaninya disebuah program. Jawapannya adalah seperti yang ungkapkan diatas.

“ Pemimpin adalah berkenaan dengan manusia, Pengurus berkenaan dengan bukan manusia.”

Maka disini, pemimpin lebih makro berbanding pengurus. Kalau ikut kebiasaan penggunaan perkataan pun, pimpin hanya boleh digunakan untuk org sahaja, contohnya, pimpin tangan. Tapi untuk perkataan urus pulak, digunakan untuk bukan manusia. Contohnya urus masa, urus kerja, urus sumber manusia dan sebagainya.

Secara dasarnya, saya menganggap bahawa kepimpinan adalah characteristic dan juga sikap. Kalau nak fikirkan pemimpin mendorong orang lain untuk mencapai target yang kita tetapkan. Pengurus tidak mendorong manusia, tetapi menguruskan kerja, masa dan tempat dengan cara yang tepat agar target dicapai.

 ‘Arahan’ seorang pemimpin akan mendorong orang lain melakukan lebih daripada apa yang disuruh demi mencapai objektif berbanding ‘arahan’ seorang pengurus yang mendorong orang lain melakukan sekadar apa yang disuruh.

Bermakna disini, pemimpin adalah orang yang berkongsi matlamat mereka dengan orang lain yang akan bekerja dibawah/dengan mereka. Mereka mempunyai kebolehan untuk memahamkan orang lain tentang apa yang mereka ingin capai. Berbanding dengan pengurus, matlamat hanya pada diri mereka, tidak dikongsi kepada orang lain. Mereka hanya memberikan kerja tanpa memahamkan orang lain apa yang cuba mereka capai.

Untuk memahami lebih lanjut, baca buku . Antara yang menjadi bacaan saya adalah 360 degree leader. Fahamkan apa yang cuba disampaikan dan kita akan tahu beza antara pengurus dengan pemimpin insya allah…….


p/s: rupanya, dah 250 artikel sudah dalam abanglong.net. alhamdulilah......

Tiada ulasan: