Assalamualaikum wbt…..
Saya ingin bercerita sedikit tentang apa
telah saya lalui sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Pertama sekali, saya
telah membina rancangan perniagaan yang ingin saya usahakan secara
kecil-kecilan. Pelan perniagaan ini lebih kepada pelan tindakan untuk memulakan
perniagaan. Setelah menelefon banyak pihak, dan menemuduga ramai orang
sepanjang 6 bulan, akhirnya pelan perniagaan aku siap akhirnya.
Pengiraan kos, segala tindakan operasi dan
cara tadbir syarikat telah saya perincikan dalam pelan perniagaan saya
tersebut. Alangkah berbunga hati dapat menyiapkannya. Fuh, lega bercampur
berdebar-debar kerana selepas ini pelan tindakan akan diambil olehku untuk
memulakan bisnes.
Perkara pertama yang ingin saya selesaikan
adalah persediaan bahan-bahan maksud disini, berhubung dengan supplier dan
tempat. Setelah melihat-lihat iklan di surat khabar, saya telah menelefon
beberapa orang tuan tanah untuk menyewa tanah mereka. Setelah mendengar angka
yang ditawarkan dan mereka menolak tawaran saya, maka saya berputus asa
sehinggalah pensyarah saya menyebut tentang tanahnya yang ingin dimajukan.
Maka terus menghantar emel untuk berjumpa
dengan beliau dan menjelaskan hasrat untuk menggunakan tanah tersebut bagi
projek saya ini kepada pensyarah tersebut. Alangkah gembiranya setelah beliau
setuju untuk melanjutkan perbincangan tersebut kepada hujung minggu.
Setelah perbincangan dihujung minggu, saya
telah bersetuju untuk melihat tanah tersebut di semenyih Selangor. Bertemu
janji pada pukul 7 pagi di Batu 9, Hulu Langat. Bermakna saya perlu bangun pada
pukul 5 pagi dan bertolak ke tempat yang dijanjikan pada pukul 6.30 pg. Tetapi,
Allah yang menentukan, paginya hujan dan ditunda pada pukul 8 pagi.
Perjalanan hampir 70KM ke tanah tersebut
tidaklah memenatkan kerana keterujaan saya untuk melihat tanah terbabit.
Setelah ditinjau, tanah tersebut memang sesuai untuk pertanian. Maka saya
meminta kepada tuan tanah agar memberi tempoh untuk membuat persediaan. Tetapi,
dia memberi amaran kepada saya agar tidak meminjam kepada mana-mana agensi buat
masa sekarang.
Sebenarnya, beberapa hari sebelum meninjau
tanah tersebut, saya telah menelefon kepada Umi memberitahu akan perancangan
penggunaan wang simpanan saya sendiri untuk membina syarikat saya sendiri. Tapi
besar kekecewaan disebabkan umi tidak memberi keizinan untuk menggunakan wang
simpanan tersebut. Hui. Kecewa kecewa. Slow-slow je bercakap dengan umi selepas
tu. Umi tak nak bagi, redha jelah. Bila dah diputuskan seperti itu, terhapus
plan A.
Selepas lawatan ke tanah terbabit, saya
telah membuat plan B dan C. Plan B adalah meminjam duit daripada mana-mana
agensi yang sah untuk membuat modal permulaan. Tapi setelah melihat,
syarat-syarat yang agak ketat dan maklumat-maklumat daripada sumber internet mengatakan
peluang untuk mendapat modal amat tipis, maka saya menangguhkan plan B saya.
Saya telah menelefon kepada pengusaha yang
telah berpengalaman, mereka menasihati saya agar memulakan secara kecil-kecilan
dahulu. maka plan C terbina. Iaitu mencari partner dan membukanya secara
bersama dan kecil-kecilan diatas tanah tersebut. Saya perlu mencari
sekurang-kurangnya 2 lagi partner untuk menampung modal.( uik, macam MLM lak.
Hahaaha)
Nampak macam susahkan. Tapi itulah hakikat yang perlu dihadapi
selepas beberapa plan diatas ditangguhkan. Kemudian saya terfikir plan D. tapi
saya tak isytiharkan lagi. Maka dengan ini sahabat-sahabat sekalian,
Saya ingin mencari partner. Kalau berminat
sila respon kepada emel saya fahmy0789(at)yahoo.com.my. Berikan Nama dan No
telefon sekali ok. Kalau tak ada orang respon, saya akan bergerak ke Plan D
selepas ini.
Segala kerjasama anda amat saya hargai.
P/s: Hopefully ada orang yang sanggup bersama dengan saya................
1 ulasan:
Catat Ulasan