Selasa, Julai 17, 2012

Plan C&D


Assalamualaikum wbt…..

Saya ingin bercerita sedikit tentang apa telah saya lalui sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Pertama sekali, saya telah membina rancangan perniagaan yang ingin saya usahakan secara kecil-kecilan. Pelan perniagaan ini lebih kepada pelan tindakan untuk memulakan perniagaan. Setelah menelefon banyak pihak, dan menemuduga ramai orang sepanjang 6 bulan, akhirnya pelan perniagaan aku siap akhirnya.


Pengiraan kos, segala tindakan operasi dan cara tadbir syarikat telah saya perincikan dalam pelan perniagaan saya tersebut. Alangkah berbunga hati dapat menyiapkannya. Fuh, lega bercampur berdebar-debar kerana selepas ini pelan tindakan akan diambil olehku untuk memulakan bisnes.

Perkara pertama yang ingin saya selesaikan adalah persediaan bahan-bahan maksud disini, berhubung dengan supplier dan tempat. Setelah melihat-lihat iklan di surat khabar, saya telah menelefon beberapa orang tuan tanah untuk menyewa tanah mereka. Setelah mendengar angka yang ditawarkan dan mereka menolak tawaran saya, maka saya berputus asa sehinggalah pensyarah saya menyebut tentang tanahnya yang ingin dimajukan.

Maka terus menghantar emel untuk berjumpa dengan beliau dan menjelaskan hasrat untuk menggunakan tanah tersebut bagi projek saya ini kepada pensyarah tersebut. Alangkah gembiranya setelah beliau setuju untuk melanjutkan perbincangan tersebut kepada hujung minggu.

Setelah perbincangan dihujung minggu, saya telah bersetuju untuk melihat tanah tersebut di semenyih Selangor. Bertemu janji pada pukul 7 pagi di Batu 9, Hulu Langat. Bermakna saya perlu bangun pada pukul 5 pagi dan bertolak ke tempat yang dijanjikan pada pukul 6.30 pg. Tetapi, Allah yang menentukan, paginya hujan dan ditunda pada pukul 8 pagi.

Perjalanan hampir 70KM ke tanah tersebut tidaklah memenatkan kerana keterujaan saya untuk melihat tanah terbabit. Setelah ditinjau, tanah tersebut memang sesuai untuk pertanian. Maka saya meminta kepada tuan tanah agar memberi tempoh untuk membuat persediaan. Tetapi, dia memberi amaran kepada saya agar tidak meminjam kepada mana-mana agensi buat masa sekarang.

Sebenarnya, beberapa hari sebelum meninjau tanah tersebut, saya telah menelefon kepada Umi memberitahu akan perancangan penggunaan wang simpanan saya sendiri untuk membina syarikat saya sendiri. Tapi besar kekecewaan disebabkan umi tidak memberi keizinan untuk menggunakan wang simpanan tersebut. Hui. Kecewa kecewa. Slow-slow je bercakap dengan umi selepas tu. Umi tak nak bagi, redha jelah. Bila dah diputuskan seperti itu, terhapus plan A.

Selepas lawatan ke tanah terbabit, saya telah membuat plan B dan C. Plan B adalah meminjam duit daripada mana-mana agensi yang sah untuk membuat modal permulaan. Tapi setelah melihat, syarat-syarat yang agak ketat dan maklumat-maklumat daripada sumber internet mengatakan peluang untuk mendapat modal amat tipis, maka saya menangguhkan plan B saya.

Saya telah menelefon kepada pengusaha yang telah berpengalaman, mereka menasihati saya agar memulakan secara kecil-kecilan dahulu. maka plan C terbina. Iaitu mencari partner dan membukanya secara bersama dan kecil-kecilan diatas tanah tersebut. Saya perlu mencari sekurang-kurangnya 2 lagi partner untuk menampung modal.( uik, macam MLM lak. Hahaaha)

Nampak macam susahkan.  Tapi itulah hakikat yang perlu dihadapi selepas beberapa plan diatas ditangguhkan. Kemudian saya terfikir plan D. tapi saya tak isytiharkan lagi. Maka dengan ini sahabat-sahabat sekalian,

Saya ingin mencari partner. Kalau berminat sila respon kepada emel saya fahmy0789(at)yahoo.com.my. Berikan Nama dan No telefon sekali ok. Kalau tak ada orang respon, saya akan bergerak ke Plan D selepas ini.

Segala kerjasama anda amat saya hargai.


P/s: Hopefully ada orang yang sanggup bersama dengan saya................

1 ulasan:

~ MutiaRa IshraQ ~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.