Rabu, September 26, 2012

Membuat Video yang Diingati


Assalamualaikum wbt

Salam sayang semua. Rindu nak menulis di blog. Kali ini nak brbicara tentang 2 video yang saya kira menjadi kegilaan saya dan anda semua. Dua video yang saya maksudkan adalah Oppa Gangnam Style dan juga OhMyEnglish!

Kenapa saya berkata kegilaan ramai? Gangnam Style telah mencapai hits 150 juta views. Bayangkan dalam masa 2 bulan boleh mencecah 150 juta views. Kalau nak dibandingkan dengan video K-Pop yang lain, selepas seminggu kebiasaan akan mendapat 9 juta views setelah setahun barulah mendapat paling banyak 50 juta views. Fuh, memang kaw2 lah Gangnam Style. Blog ni nak dapat view 100 sehari tu pun payah sekali. Sama juga dengan OhMyEnglish! Semua orang tahu berkenaan  dengan OME tersebut. Malah, ada orang buat joke lagi berkenaan dengan OME. Hahahaha. Terbaik…..

Pernah tengok video Gangnam Style? Kalau tak pernah, boleh tengok dulu sini. Lepas tu tengok pulak OME di sini. Macam mana? Ok?

Saya akan berbicara tentang kenapa kedua-dua video ini mempunyai marketing yang tersendiri. Jom baca lagi.


Kebiasaannya, sebuah video mempunyai marketing yang tersendiri. Sebagai contoh, Kpop masih lagi mengekalkan lagu-lagu yang sentiasa berulang-ulang liriknya dan masih lagi memasarkan penyanyi yang mempunyai rupa dan kecantikan bak patung.

Tetapi kelainan dengan Gangnam Style adalah GS membawa latar belakang segar di luar yang sama sekali berlainan dengan Kpop lain, iaitu membuat rakaman di studio. Elemen menggunakan latar belakang di luar studio menampak kesegaran dan menimbulkan mood yang berlainan kepada penonton. Pemilihan tempat yang cantik dan selesa di mata memainkan peranan yang amat penting bagi menaikkan mood penonton.

Comman sense. Troll face edition dan banyak lagi yang biasa dipaparkan di laman media seperti Facebook sentiasa mendapat like yang paling tinggi. Malah ramai yang share gambar-gambar seumpamanya. Video Gs dan OME mendapat tempat dihati masyarakat kerana common sense yang dipaparkan. Reaksi terhadap perempuan cantik dan perkataan-perkataan ‘salah guna’ English membangkitkan common sense yang diungkit. Common sense akan diingati oleh pembaca atau audiens. Jika ada penceramah, speaker diluar sana yang dapat mengungkit common sense sehingga penonton atau pembaca berkata, “hurmm, betul juga”, tahniah anda penceramah, speaker & motivator yang akan diingati dalam jangka masa yang lama. Common sense yang biasa ditunjukkan adalah perasaan gembira. Ianya boleh ditunjukkan dalam bentuk keriangan kanak-kanak, kegembiraan ketika menari dan sebagainya.

Humor. Itulah persamaan kedua video GS dan OME. Humor dalam banyak version. Sangat jarang Kpop memaparkan unsur humor. Bukanlah humor tersebut yang penting, tetapi emosi yang terkesan kepada penonton yang dititipberatkan. Penonton ketawa terbahak-bahak dan penonton yang sedih adalah tanda aras emosi sudah disampaikan melalui video. Berapa banyak video iklan petronas mendapat tempat di hati para penonton youtube.? Malah 2 orang budak yang berlakon dalam iklan Bernas mendapat liputan yang agak meluas. Dan mereka agak terkenal.

Walaubagaimanapun, isi video mesti sangat berkuasa. Semoga ciri-ciri diatas dapat membantu pembuat video menjadikan video tersebut sangat menarik dan diingati. Reaksi penonton a.k.a masyarakat selalu berubah-ubah. PSY mungkin kena membaca buku purple cow selepas ini kot.

Selamat beristirehat.

Tiada ulasan: