Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Lamanya tak update blog. Sewaktu saya sedang menulis, hujan
sedang turun menuruni bumi Allah swt sambil menginsafi bahawa rezeki Allah
berada di mana-mana sekarang.
Perjalanan hidup sekarang semakin selesa. Ya, masa sangat
available pada saat dan ketika ini. Sambil berfikir untuk menerima atau tidak
tawaran yang dikemukan oleh Tuan Fazrul untuk bekerja dengan beliau. Mungkin dalam
masa sekarang lebih cenderung kepada menerima disebabkan masa sedang kosong dan
perlu diisi dengan mendekati orang yang hebat. Mungkin ini adalah jalan yang
dilapangkan oleh Allah. Mana tau kan?
Sekarang sedang menghabiskan buku Unlimited Power. Saya doakan
penulis buku ini kembali kepada ajaran Islam. Tetapi kalau tiada orang yang
berdakwah kepadanya pun susah jugak kan?
Setelah satu bab membaca ( daripada berpuluh-puluh bab yang
panjang), saya mengerti tentang satu istilah iaitu ‘kepercayaan’. Kepercayaan pada
diri membentuk Succes yang berpanjangan. Kepercayaan kepada orang lain membina
keberjayaan bersama dengan masyarakat.
Seorang akak pernah bercerita kepada saya tentang suasana di
pejabat tempat dia bekerja. Suasana menerima prinsip kepercayaan menjadi kerja
semakin mudah. Pembangunan modal insan menjadi semakin lancar kearah kualiti
kerja yang semakin baik. Jiwa positif terbina dengan giatnya dan semakin
bertambah hari demi hari. Perhubungan antara pekerja dan juga majikan menjadi
bateri kepada kelancaran pekerjaan mereka. Inilah contoh ‘kepercayaan’ kepada
orang lain.
Contoh kepercayaan kepada diri sendiri? Hermmm. Pernah tak
anda semua terfikir bahawa anda tidak mampu untuk melakukan sesuatu pekerjaan,
tetapi setelah dipaksa oleh orang lain untuk melakukan, anda mampu melakukannya
dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Sehingga orang disekeliling anda akan
berkata, WOW!
Yang diatas bukan contoh kepercayaan diri tetapi contoh bagaimana kepercayaan diri terbentuk. Kepercayaan
diri saya serahkan kepada kamu untuk memaknakannya, bagaimana untuk membentuk
kepercayaan diri dan dalam keadaan apa yang anda akan menerima kehebatan diri
anda sendiri.
Tetapi kalau hendak mencari panduan, boleh membaca Unlimited
Power. Saya ada dan saya mungkin tidak meminjamkan kepada kamu buku saya ini. Hehehe.
Kalau tidak silap saya, terjemahannya sudah tidak dikeluarkan lagi dah. Bermakna
buku terjemahan sudah limited edition. Hohoho.
Oklah, saya nak berhenti menulis buat seketika. Kalau ada
masa, saya sambung lagi menulis. Caiyokkkk....
Abanglong.net
“ baru kehilangan kasut. Tengah sedih”
********* IKLAN ******************* ****************************************************
Tiada ulasan:
Catat Ulasan