Rabu, Februari 08, 2012

Takut dan Malu


Kucing malu
Assalamualaikum wbt dan salam sejatera.

Pernah saya mengatakan “takut” tatkala ibu menyuruh membuang barang adik-adik.

“ Tak kan takut dengan adik?” Umi memulang buah paku. Terdiam.

Sepuluh tahun kemudian, peristiwa tersebut masih lagi terlekat diingatan. Pelbagai persoalan hinggap dibenak sehingga kadang-kadang menghilangkan fokus kepada kerja-kerja lain. “Adakah aku benar-benar takut kepada adik atau takut itu mempunyai definisi yang lain”.


Sungguh saya mengerti sekarang akan perasaan takut tersebut. Takut itu bukan berdasarkan perasaan takut kepada objek atau sesuatu tetapi takut ini berpunca takut kepada perasaan yang positif.

Perasaan yang positif yang dimaksudkan adalah perasaan sayang dan cinta sehingga takut untuk melukai perasaan orang yang disayang dan dicintai.

Sungguh tak disangka, sikap ketidakpedulian dan ketidakcaknaan itu adalah sifat luaran yang memayungi sifat dalaman yang sayang akan seseorang. Kadang-kadang sifat dalaman terselah jua untuk beberapa ketika dan beberapa keadaan. Ini sikapku dari kecil dan mungkin sehingga ke besar. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Malu adalah sifat semulajadi manusia. Kenapa saya berkata adalah sifat semulajadi manusia? Disebabkan ketika Adam dan Hawa mendekati sebuah pohon larangan di syurga, pakaian syurga mereka hilang dan secara automatiknya, mereka berdua mencapai apa sahaja yang boleh dicapai untuk menutup tubuh badan mereka. Itulah permulaan sifat malu. Jika saya tidak silap.

Malu yang lebih tinggi adalah malu terhadap perasaan(atau apa sahaja istilah yang boleh digantikan dengan perasaan) contohnya malu kerana kebaikan orang lain atau malu kerana sikap orang lain. Abdul Rahman b Auf malu menerima kebaikan daripada sahabat Ansar sehingga mendorongnya berniaga di pasar.

Malu dan takut boleh menjadi pendorong kepada kemajuan peribadi seseorang. Takut boleh membawa kepada keadaan negetif atau positif begitu juga malu.

Analisis malu dan takut mu para pembaca sekalian. Adakah takut dan malu itu mendorong kejayaan atau mencantas kejayaan? Persoalan ini bukan untuk tuan puan pembaca sahaja tetapi untuk anda dan saya juga. Moga artikel ini bermanfaat kepada semua. Saya hendak pergi kerja sekarang dan semoga bertemu lagi dalam artikel seterusnya. Insya Allah.

Abanglong.net
“ Moga bermanafaat”

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: