Jumaat, Februari 10, 2012

Ibrah Berhenti Kerja


“why you resign?” supervisor bertanya.

“ because i were pity to you.”

Jawapan yang mantap dan pasti. Entah kenapa saya boleh menjawab seperti itu sedangkan sebelumnya saya bak seekor singa yang mengaum akibat daripada das tembakan daripada pemburu, berleter lantaran sakit hati atas tuduhan melulu daripada supervisor.

“ ya lah, saya kesian sama you. Saya tak boleh datang bekerja pada ketika saya sedang masuk ke kelas. So, saya bagi peluang dekat you cari orang yang mampu memberi sepenuh masa bekerja di Famous Amos ini,” saya menambah.


Secara tidak sedar, saya sudah bermain dengan reverse psicology dengan supervisor. Respon supervisor tidak menghampakan saya.

“ I tau you belajar lagi itu sekolah. I sebelum ini pun ramai pekerja yang belajar lagi. Saya tau you susah nak mau datang kerja sebab you ada kelas. I taulah. Tapi jangan berhentilah Fahmi. Ok lah, nanti saya bagitau manager you tak nak berhenti.”

Hahaha, sekali lagi supervisor sudah mengambil keputusan lagi untuk saya.

“ Tak nak. Nanti kalau I kerja, time sibuk mana boleh tolong you full time dari pagi. I student, pagi-pagi ada kelas ma. Nanti you kerja sorang-sorang, you complain sama manager saya ponteng kerja pulak. Aiyooo, tak nak saya. “

Saya membangkit kisah lama dengan nada tenang tanpa emosi marah.  Jawapan yang diterima, erm not bad!

“ Aiyoo, you kerja lama-lama nanti banyak dapat wang. You tak nak banyak wang ka fahmi. Nanti saya bagi you bayaran kerja overtime banyak-banyak. Manager boleh lulus punya bayaran tu. Kesianla sama I, I tak dapat rehat kalau tak ada you. Kesian la.”

Kalau diikutkan kebiasaan, saya akan cancel untuk berhenti lantaran kesian dekat orang. Banyak peristiwa yang saya mengorbankan masa dan wang semata-mata kesian kan orang  tetapi didalam kes ini, saya sudah nekad.

Perasaan saya tidak dapat gambarkan kepada pembaca dengan baik. Saya sudah memberi yang terbaik untuk famous amos. Dan keputusan berhenti kerja adalah keputusan yang paling besar yang pernah saya buat untuk diri sendiri tanpa dorongan dari pihak luar. Inilah ibrah daripada berhenti kerja daripada Famous Amos.

Hari itu, kerja saya berakhir dengan pemulangan apron Famous Amos yang sudah saya basuh wangi-wangi dan topi yang saya pakai untuk bergaya dimana-mana. Pemulangan barangan tersebut sebagai simbolik saya mengucapkan selamat tinggal kepada Famous Amos dan Jaya One secara keseluruhannya. Mungkin suatu hari nanti, saya akan spent time to visit them.

Walaupun tak kenal nama, dan ada nama yang saya lupa, tetapi daripada kedai optik mata sehingga kedai DIY dihujung sekali, termasuk pekerja The Gurdian dan Cold Storage, kami umpama kawan walaupun pelbagai syarikat berkhidmat, tetapi tidak mematahkan semangat untuk berkenalan sesama sendiri. ( termasuklah kakak The Gurdian yang comel ).

Semoga pembaca dapat mengambil ibrah daripada perhentinya seorang pekerja Famous Amos.

Abanglong.net
“ time tu, terfikir nak kerja apa pulak lepas ni”
********* IKLAN ******************* ****************************************************

1 ulasan:

moja mojako berkata...

owh.. kakak Gurdian yang comel!!

hahah