“why you resign?” supervisor bertanya.
“ because i were pity to you.”
Jawapan yang mantap dan pasti. Entah kenapa saya boleh
menjawab seperti itu sedangkan sebelumnya saya bak seekor singa yang mengaum
akibat daripada das tembakan daripada pemburu, berleter lantaran sakit hati
atas tuduhan melulu daripada supervisor.
“ ya lah, saya kesian sama you. Saya tak boleh datang
bekerja pada ketika saya sedang masuk ke kelas. So, saya bagi peluang dekat you
cari orang yang mampu memberi sepenuh masa bekerja di Famous Amos ini,” saya
menambah.
Secara tidak sedar, saya sudah bermain dengan reverse
psicology dengan supervisor. Respon supervisor tidak menghampakan saya.
“ I tau you belajar lagi itu sekolah. I sebelum ini pun
ramai pekerja yang belajar lagi. Saya tau you susah nak mau datang kerja sebab
you ada kelas. I taulah. Tapi jangan berhentilah Fahmi. Ok lah, nanti saya bagitau
manager you tak nak berhenti.”
Hahaha, sekali lagi supervisor sudah mengambil keputusan
lagi untuk saya.
“ Tak nak. Nanti kalau I kerja, time sibuk mana boleh tolong
you full time dari pagi. I student, pagi-pagi ada kelas ma. Nanti you kerja sorang-sorang,
you complain sama manager saya ponteng kerja pulak. Aiyooo, tak nak saya. “
Saya membangkit kisah lama dengan nada tenang tanpa emosi
marah. Jawapan yang diterima, erm not
bad!
“ Aiyoo, you kerja lama-lama nanti banyak dapat wang. You
tak nak banyak wang ka fahmi. Nanti saya bagi you bayaran kerja overtime
banyak-banyak. Manager boleh lulus punya bayaran tu. Kesianla sama I, I tak
dapat rehat kalau tak ada you. Kesian la.”
Kalau diikutkan kebiasaan, saya akan cancel untuk berhenti
lantaran kesian dekat orang. Banyak peristiwa yang saya mengorbankan masa dan
wang semata-mata kesian kan orang tetapi
didalam kes ini, saya sudah nekad.
Perasaan saya tidak dapat gambarkan kepada pembaca dengan
baik. Saya sudah memberi yang terbaik untuk famous amos. Dan keputusan berhenti
kerja adalah keputusan yang paling besar yang pernah saya buat untuk diri
sendiri tanpa dorongan dari pihak luar. Inilah ibrah daripada berhenti kerja
daripada Famous Amos.
Hari itu, kerja saya berakhir dengan pemulangan apron Famous
Amos yang sudah saya basuh wangi-wangi dan topi yang saya pakai untuk bergaya
dimana-mana. Pemulangan barangan tersebut sebagai simbolik saya mengucapkan
selamat tinggal kepada Famous Amos dan Jaya One secara keseluruhannya. Mungkin suatu
hari nanti, saya akan spent time to visit them.
Walaupun tak kenal nama, dan ada nama yang saya lupa, tetapi
daripada kedai optik mata sehingga kedai DIY dihujung sekali, termasuk pekerja
The Gurdian dan Cold Storage, kami umpama kawan walaupun pelbagai syarikat
berkhidmat, tetapi tidak mematahkan semangat untuk berkenalan sesama sendiri. (
termasuklah kakak The Gurdian yang comel ).
Semoga pembaca dapat mengambil ibrah daripada perhentinya
seorang pekerja Famous Amos.
Abanglong.net
********* IKLAN ******************* ****************************************************
1 ulasan:
owh.. kakak Gurdian yang comel!!
hahah
Catat Ulasan