Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Hari ini saya hendak memberitahu bahawa
saya gembira. Saya gembira kerana saya sudah mencapai satu daripada 2 target
saya tahun ini. Target saya tahun ini adalah, saya mahu mendapat RM2000 sebulan
sehingga hujung tahun ini dan kedua adalah saya ingin mendapatkan partner saya
untuk membuat sesuatu yang suka iaitu bisnes.
Saya focus kepada target kedua. Saya berjumpa
dengan ramai orang dan ketika permulaannya, saya mengatakan “ dialah partner
saya untuk membuat bisnes kelak”. Pada permulaan, saya gembira kerana seolah
saya serasi dengan mereka. Selepas sekian lama, hati saya kuat mengatakan saya
tidak serasi dengan mereka. Cuba untuk menafikan, dan akhirnya bercerai berai
juga.
Daripada situ saya belajar sesuatu. Saya
belajar bahawa kalau saya tak berpuas hati saya selalu akan berdiam diri dan
selalu memencilkan diri. Begitu juga jika saya tak bersetuju dengan pendapat
mereka, saya akan mengelak diri daripada bercakap dengan mereka. Saya mengharapkan
mereka berubah. Dengan kesenyapan saya, mereka tidak berubah. Saya perlu
belajar untuk luahkan. Saya perlu belajar untuk menyatakan pendapat saya ketika
beremosi. Dan saya perlu belajar untuk mengubah diri saya sendiri. Pokok pangkalnya
adalah saya.
Saya takut untuk berhujah kerana saya tidak
pandai berhujah. Saya takut untuk tenggelam dalam emosi dan penghujahan bukan
lagi menggunakan fakta dan akal intelektual kalau dalam emosi yang bergolak. Maka
berdiam diri itu adalah jalan saya dan memencilkan diri itu satu protes.
Kadang-kadang saya terbuka dengan
sesetengah orang dan saya tertutup dengan sesetengah orang yang lain. Saya terbuka
dengan sesetengah topic yang saya fahami tetapi tertutup dengan sesetengah yang
lain.
Saya mengharapkan saya kekal dengan tim
sekarang. Tim yang terdiri daripada naqib saya dan seorang yang berpangkat ayah
kepada saya. Walaupun kami masih lagi belum berbincang dengan halatuju tim ini
secara tetap, tetapi saya merasakan saya mampu pergi jauh dengan tim saya
sekarang. Saya ahli termuda dan saya mahu belajar daripada university kehidupan.
Doakan semoga saya tetap bersama Tim The Marketing Chefs. ^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan