Selasa, Jun 21, 2011

Peluang bisnes



Assalamualaikum.....

Bagaimana dengan tips bisnes saya yang lepas-lepas. Adakah berbaloi ataupun anda tidak faham tentang tips tersebut. Jika anda tidak faham, sila komen dibawah artikel tersebut atau terus hantar persoalan anda di box dekat hubungi saya.  Anda tidak rugi jika bertanya. ^_^

Oklah. Kali ini saya ingin bercerita tentang tips kelima. Anda sudah bersedia untuk membacanya. Let do it.

Tips kelima adalah berkenaan dengan opportunity a.k.a peluang. Adakah anda tahu tentang peluang anda berbisnes? Apa anda rasa anda tidak berpeluang untuk berbisnes? Jangan bimbang saya pun berfikir seperti itu juga dulu.

Saya dulu berfikir yang bisnes ni hanya  untuk orang yang ada banyak duit. Ya, mereka ada modal untuk memulakan bisnes yang besar dan buat banyak duit dengan peluang yang ada dipasaran. Pada waktu tu, semangat saya untuk berbisnes juga pudar dan semakin luntur. Semangat berkobar-kobar menjadi hilang.

Kemudian saya berjumpa dengan buku silent millionaire a.k.a jutawan senyap. Cara Chef Li memotivasikan melalui bukunya cukup untuk saya pergi lebih jauh dalam bisnes dan membuka mata saya untuk melihat peluang dalam bisnes.

Buku itu juga bercerita tentang bagaimana untuk mencari peluang dan juga mencipta peluang. Alangkah bagusnya buku itu dan anda patut membaca buku itu. Pasti anda akan berterima kasih kepada penulis buku tersebut  kerana memberi peluang kepada kita untuk melihat peluang sekali lagi. Faham tak ayat ni? ^_^

Walaubagaimana pun, anda patut cari peluang dan bersedia untuk mengambil peluang. Anda tidak patut membazir peluang anda dengan membazir peluang anda tersebut dengan begitu sahaja. Alangkah ruginya peluang tesebut.

Setiap orang mempunyai peluang yang sama disebabkan setiap orang mempunyai market yang tersendiri. Contoh, anda ingin menjual produk yang berunsur kesihatan, pasaran adalah untuk orang sakit dan orang ingin menjaga kesihatan. Begitu juga anda ingin menjual buku masakan. Mestilah kepada golongan suri rumah ataupun orang ingin membuka restoran yang ingin mempelajari resepi yang sedap untuk dihidangkan kepada pelanggan. Betulkan?

Dalam hati anda, anda tahu apa peluang anda. Betul saya cakap. Cuma kita sendiri yang menutup peluang tersebut dengan membutakan hati. Saya pernah baca seorang yang ingin membuat perniagaan tetapi ditipu berkali-kali. Sekarang dia adalah jutawan yang menghasilkan pendapatan pasif sebanyak 5 angka sebulan. Ok tak?

Daripada ditipu, anda tahu bagaaimana anda boleh ditipu. Disitu anda akan letak satu tapisan yang baik untuk diri anda. Saya pun banyak kali ditipu dan setiap kali saya ditipu, saya akan memuhasabah diri saya sendiri. Tapi saya akan belajar sesuatu yang penting dalam hidup saya kelak. Saya pernah membeli satu ebook yang sebenarnya tidak sesuai untuk saya. Tetapi saya belajar something daripada ebook tersebut.

Anda beruntung jika anda mencari peluang. Dan anda akan rugi jika anda melepaskan peluang. Tetapi jika anda terlepas peluang, peluang akan kembali kepada anda jika anda meminta kepada Allah. Itulah pelajaran yang terbaik daripada boss saya. Sebelum anda ingin membuat sesuatu, anda kena mintak dengan tuhan. Anda ingin pergi ke tempat yang parkingnya penuh, mintak dengan tuhan untuk sediakan satu parking untuk anda. Itulah diajar oleh boss saya. ^_^

Saya nak ambik kawan saya yang datang KL. Moga-moga anda faham apa yang saya tulis disini. Boleh emelkan kepada saya, jika anda mempunyai pelbagai soalan. Emel saya: fahmy0789{at}yahoo.com.my.... jumpa anda disana.

Lateral maksima........... sedih sebab ada orang kutuk ikut box hubungi saya.............................

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i don't have any comment to reply but i know you have a big talent to do your own successful business, But, you have to diminish your "panas baran" behaviour. because business have many challenges to make it succeed..jgn marah (^_^)
(Dr. Aisyah)

Tanpa Nama berkata...

One more thing, don't be sad when someone annoying and condemning you. be a strong businessman-to-be. INsyaAllah..I always pray Allah will make your way easier to you. (Dr. Aisyah)
Let's make our parents proud to have sons and a cute daughter like us.Ameen~