Khamis, Jun 23, 2011

Ingat Target Kecil kita


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....

Tahniah kepada anda kerana setia membaca tips saya yang seterusnya. Bagaimana dengan tips-tips sebelum ini? Adakah anda berpuas hati? Sila pastikan anda berpuas hati dengan tips-tips sebelum ini.

Cipta target anda sendiri. Apa maksud cipta target sendiri? Cipta target bermaksud anda menetapkan matlamat kecil yang ingin dicapai seterusnya. Contohnya, anda menyertai satu MLM, maka target anda adalah untuk mendapatkan 2 orang pelanggan pada minggu ini. Itu target yang anda perlu capai pada minggu tersebut.

Kemudian, setelah tercapai, maka tetapkan pula target yang seterusnya. Contohnya, target mencari 3 orang pelanggan untuk minggu ini. Capai, tetap, capai, tetap sehinggalah power of Y anda tercapai.

Penting tak target-target kecil ini? Jawapannya, PENTING

Penting disebabkan anda akan sentiasa bermotivasi untuk mencipta kejayaan demi kejayaan untuk kepuasan diri iaitu power of Y. Itulah lambang kepuasan diri. Dalam bisnes, kejayaan-kejayaan kecil amat berharga untuk dinilai. Malah ada sesetengah orang, menganjurkan parti untuk meraikan pembukaan perniagaan yang baru dilancarkan. Pentingkan.

Bagaimana pula jika target tidak dicapai?

Jika target dicapai, rendahkan sikit target sebab kemungkinan target itu terlampau tinggi untuk dicapai dalam masa singkat. Cuba realistic untuk kita membina target kita sendiri. Tetapi jika target sudah cukup rendah, masalah berpunca kepada sikap kita atau A&S prinsip yang tidak sempurna.

Saya ingin membuat target-target kecil saya sendiri. Setakat ini saya boleh menjual satu produk seminggu. Mungkin target seterusnya adalah menjual 5 produk sebulan.  Insya allah.

Itu sahaja tips kali ini daripada saya. Ingat target kecil anda dalam bisnes dan berusaha untuk mencapainya walaubagaimana pun.

Lateral maksima................... target seterusnya adalah beli perfume .....................

Tiada ulasan: