Jumaat, Jun 17, 2011

100 kawan


Tiada orang yang berjaya tanpa pasukan yang kuat. Begitu juga dengan anda dan saya. Anda tidak akan berjaya jika tidak berseorangan. Ikuti dialog dengan kawan saya dibawah:

M: Ko pernah terfikir tak, kalau ko kerja nanti, boleh tak ko berdakwah dan berjumpa orang macam ko buat sekarang. Lebih-lebih lagi bila ko dah kerja dengan orang lain. Terikat dengan tempat kerja dan juga masa yang terhad. Ada ko terfikir tak?

F: Entah lah. Ko terfikir ke?

M: wei aku bimbang dow, kalau-kalau aku tak dapat focus dengan perkara yang aku tengah buat sekarang. Terkejar kesana-sini. Tapi aku takut juga dengan bisnes sebab takut terlampau focus kepada bisnes sehingga tak ada masa untuk mende-mende alah ni semua.

F: ( dengan tersenyum). Haaaa, tak nama bisnes jikalau buat kerja sorang-sorang. Tak nama bisnes jikalau semua perkara dan masalah ko terpaksa selesaikan sendiri. Itu namanya KERJA SENDIRI bukan bisnes. Understand!!!!

Ramai orang tersilap faham antara bisnes dan kerja sendiri. Pada mereka bisnes tak berjalan kalau tanpa kehadiran mereka. Dan masalah tidak akan selesai jika mereka tidak mengambil perhatian melampau kepada masalah tersebut.

Boss: fahmi, kalau nak mulakan bisnes, wajib ada partner. Tak dua, tiga pun ok. Siapa kawan kamu fahmi. Adakah mereka ni berminat dengan bisnes jika kamu tawarkan kepada mereka untuk buat bisnes? Atau adakah mereka ni hanya berminat untuk menjadi share holder semata-semata? Fahmi: Erm tak sure lah bang. Saya tak pasti pulak tentang bab ni. Kalau saya buat sorang-sorang tak boleh ek? Boss: huh? Buat sorang? Cuba fikir, jika ada masalah, kamu nak tanggung sorang-sorang ke masalah tu? Jika kamu tiba-tiba ada emergency leave, adakah kamu akan tinggalkan bisnes kamu tidak berjalan. Jika kamu buat kedai runcit tepi jalan tak apa, tapi kalau ko buat pasal perkhidmatan? Adakah ko nak jawab, ko bercuti?

Teringat ketika aku masih dibangku sekolah. Ketika itu, seorang cikgu berjalan dengan selamber ke dalam bilik darjah untuk memulakan pelajaran.

Cikgu: Kamu besar nanti nak kerja apa? Cikgu, engineer, doctor, arkitek? Apa pun kerja kamu, kamu kene ada bisnes ditangan. Barulah ada lebihan income. Apa? Bisnes susah? Siapa cakap bisnes susah?

Hampir separuh kelas mengangat tangan. Sambung cikgu saya lagi.

Cikgu: ok, kalau kamu rasa bisnes susah, cuba tengok saya ni. Ha, ni henset. Saya bayar bil telefon 1000 sebulan. Kalau tak guna apa kejadahnya henset ni. Tengok sume. ( sambil mendail no didalam telefon tersebut) hello, macam mana dengan bisnes............ , ok? Berapa income bulan ni? Ok rekodkan, saya nak pergi tengok esok atau lusa.

Kemudian dia mendail lagi dan bercakap dengan person in charge ( pic). Begitulah yang dibuat untuk bisnes yang lain. Itulah contoh live yang ditunjukkan oleh cikgu saya sendiri. Sejak hari saya ingin buat bisnes saya sendiri. Itu menjadi inspirasi untuk saya bergiat dalam bisnes.

Maka saya perlukan bisnes partner saya sendiri. Siapa yang berminat untuk membuat bisnes akan datang, sila hubungi saya? Atau tinggalkan komen anda dipost ini.

Lateral maksima........ kumpul modal dahulu............................... 


Tiada ulasan: