Isnin, Jun 13, 2011

The Power of Y


Assalamualaikum wbt......

Seperti yang dijanjikan, saya akan menceritakan kepada anda semua pembaca kesayangan saya tentang apa yang saya belajar ketika saya bekerja part time sambil belajar bisnes dengan bos saya sekarang.

The power of Y ( baca: why). Kenapa awak nak buat bisnes? Itulah soalan pertama yang diajukan oleh bos saya. Tercengang saya. Yelah, tidak pernah orang bertanya kepada saya soalan ini. Melihat saya tercengang dan terpinga-pinga, bos saya berkata,

“dah fahmi, hari ni kamu buat kerja ni. Lepas siap, saya benarkan kamu balik awal”

Dengan terpinga-pinga saya menyiapkan kerja pertama saya dan kemudian saya balik. Sepanjang saya pulang dengan menaiki tren ke rumah, saya masih memikirkan tentang apa Y saya. Kepala saya asyik dengan pemikiran Y saya. Maka barulah saya mengerti tentang perkara ini.

Ini adalah motivasi pertama. Power of Y. Dalam hidup ini, kita perlukan sebab. Tanpa sebab, perbuatan kita tidak bermakna apa-apa. Maka saya telah gariskan tentang Y saya.

 Pertama, saya hendak survive dalam dunia saya. Apa dunia saya? Dunia saya adalah dunia dakwah. Dakwah memerlukan wang untuk melancarkan lagi pergerakan. Jika saya sendiri tidak survive, bagaiamana saya boleh move forward kepada mengislamkan orang lain.

Kedua, saya mahu menawarkan pekerjaan kepada orang lain. Adakah mungkin indicator yang paling baik adalah memberikan pekerjaan kepada ahli kaum kerabat sendiri. Mungkinlah.

Ketiga, nak juga selesa. Ada kereta, ada rumah sendiri dan sebagainya dan cepat-cepat pergi haji. Kalau sebelum kahwin hehehe.....

So, apa power of Y anda untuk bisnes?

Lateral Maksima.... nak buat domain baru lah...............



Tiada ulasan: