Isnin, Jun 27, 2011

Tingkatkan Bisnes Anda


Assalamualaikum dan salam sejatera!

Bagaimana hari ini? Berapa pendapatan untuk saat ini? Alhamdulilah, fahmi dah buat satu website baru dengan menggunakan platform percuma ( sebab itu ada iklan kat bawah website tu). Website tu adalah untuk membantu untuk cuba-cuba menaikkan rating fahmi dalam pemasaran internet. Tengok kat gambar kat bawah.........


Ok, sekarang. Saya akan memberikan tips lagi satu untuk pelan tindakan bisnes anda dan saya ^_^

Tingkatkan bisnes anda ketahap baru.

Sebelum ini saya menceritakan kepada anda tentang buku JUTAWAN SENYAP. Ok sekarang cuba anda bayangkan dalam fikiran anda. Anda memiliki sebuah gerai menjual burger. Ok, andai kata lah, anda kebiasaan menjual sebijik burger RM 2.50. untung yang anda dapat adalah RM1 sebijik. Baik, kalau seratus biji yang terjual pada malam itu, maka RM100.

Bagaimana nak meningkatkan bisnes kita ke tahap yang baru. Dengan tambahkan branch kita sendiri. Dapat satu cawangan, mungkin dapat RM50 tambahan (mungkin tolak kos pekerja). RM150 sehari.

Kalau 10 cawangan yang kita bukak? Kalau upgradekan bisnes kita menjadi satu kedai makan berasaskan western food ( termasuk burger yang kita jual tadi)? Berapa agak-agak yang bakal diperolehi dalam sehari? Mungkin RM1000, RM3000 atau RM5000 boleh dapat sehari. Itu satu kedai makan yang “professional”. Kalau 5 cawangan berjaya diupgradekan? Anda boleh kira sendiri.

Itulah maknanya menaiktarafkan bisnes kita. Bila kita hendak menaiktarafkan perniagaan kita, kita perlukan menitikberatkan perkara dibawah:
  • Target untuk taraf baru ini.

Target bukan lagi macam kita bukak gerai kecil burger tadi. Tapi target kita mesti besar untuk seiring dengan taraf perniagaan kita. Target mesti lebih tinggi daripada gerai kecil kita tadi. Target inilah penting untuk melihat sejauhmana kita memiliki kelebihan berbanding gerai burger kecil kita tadi.

  • Pelan pemasaran yang baik

Kedai makan perlukan pelan pemasaran yang kemas dan baik. Sekurang-kurangnya kita tahu dimana kita hendak letak kedai makan kita dimana. Disamping promosi berkala yang kita bakal buat untuk menarik perhatian pelanggan. Secara semulajadi, western food memang mempunyai market yang tersendiri. Tetapi promosi akan mendapatkan kelebihan dalam kita bersaing di market western food.

  • Pengiraan kos yang teliti

Kos perlu dikira, oh silap. Sebenarnya bukan kos, tetapi akaun yang saya maksudkan. Kenapa akaun perlu diteliti? Sebab kita sudah ada kos yang lebih banyak seperti tambahan kerja, sewa tapak, beli barangan yang lebih banyak dan sebagainya. Ramai orang yang tersalah kira akaun bagi bisnes mereka sendiri. Walaupun mempunyai ramai pelanggan, akibat tersalah kira kos, boleh menyebabkan rugi. Jangan hairan kalau ada orang yang buat bisnes, Nampak maju tetapi akhirnya terpaksa ditutup.

  • Tahap performance perniagaan kita

Performance a.k.a pencapaian kita perlu dijaga. Seorang senior saya, dia telah melakukan satu bisnes. Dia telah mengeluarkan satu promosi selama sehari dan pencapaian perniagaannya melambung tinggi. Jualannya berkali ganda bertambah. Tetapi selepas promosi, jualannya merosot mendadak. Tetapi dia masih lagi tersenyum disebabkan pencapaiannya melepasi target. Itulah namanya sasaran stabil. Dia berkata, sewaktu promosi, dia mempunyai sasaran promosi dan sasaran stabil.  Apabila promosi berakhir, promosinya telah membantu meningkat sasaran stabilnya. Oleh sebab itulah dia boleh tersenyum.

Perniagaan anda adalah milik anda. Diatas hanya tips untuk anda daripada apa yang saya belajar selama hampir 2 bulan ini. Saya berkongsi kepada anda apa sahaja yang saya tahu. Yang saya tidak tahu, saya tidak akan tulis sehinggalah satu tahu akan perkara tersebut. Saya gembira jika anda ingin mengamalkan tips yang saya sampaikan.


Lateral maksima........ berjumpa irfan khairi semalam ^_^.......................

Tiada ulasan: