Sambungan kepada artikel yang lepas....
A & S. Apa itu? Anda semua nak tahu ke A&S ni? Siapa nak tahu, sila angkat tangan macam saya.
A adalah attitude dan S adalah sikap. Apa? Sama je dua-dua ni? Memang sama pun (^_^).
Saya nak jadikan perkara ini adalah A2 ataupun S2 untuk melambangkan sikap-sikap. Tetapi macam tak best je. Sebab tu saya letak A&S. Senang nak ingat sikit kot.
Saya teruskan. Sikap adalah key of success. Setiap perkara yang ingin dilakukan mesti mempunyai sikap yang selaras dengan impian kita. Maknanya A&S mesti selari dengan Power of Y.
Bagaimana seorang yang bercita-cita menjadi jutawan mempunyai sikap yang malas tubuh dan malas otak? Berjaya atau tidak orang seperti ini? Jawapannya ada pada anda sendiri. Anda boleh teka dengan baik kan?
Orang yang hendak memulakan bisnes perlu mempunyai sikap yang power juga. Kita perlu untuk menanamkan azam untuk berjaya dalam bisnes yang kita ceburi. Walaupun apa yang belaku, jangan toleh ke belakang. Hanya boleh tengok cermin belakang je kalau perlu. Kita mestilah mempunyai sikap tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain dalam kita hendak menguruskan bisnes kita sendiri. Itulah prinsip pertama orang efektif. Bertanggungjawab kepada apa yang berlaku dalam hidup kita sendiri.
Sentiasa bersemangat untuk menghadapi hari esok dan tidak menghiraukan kata-kata negetif orang lain. Mentor saya cakap, selalunya ahli keluarga kita sendiri yang sering menjadi batu penghalang untuk kita berbisnes. Lebih-lebih lagi, jika datang daripada keluarga yang berlatarbelakangkan orang yang makan gaji yang bergaji besar.
Hakikatnya adalah sikap kita kena positif. Sikap yang positif datang daripada pemikiran yang positif. Orang yang paling mempunyai pemikiran paling positif adalah kita sendiri sewaktu kita kecil. Waktu kita kecil, kita sangat positif untuk mula berjalan sehingga kita berjaya. Pada waktu itu, mak ayah kita adalah orang paling gembira apabila kita mula berjalan.
So, apa A&S kita? Saya dan anda memulakan bisnes, apa sikap yang perlu kita ada untuk maju dalam perniagaan? tepuk dada Tanya selera. Tak nak lah kata-kata ini. Angkat tangan Tanya tuhan. Barulah islamik sikit. Huhuhu.
Lateral maksima...... dah ada dalam fikiran nak buat bisnes apa........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan