Sabtu, Jun 25, 2011

Anda Perlu Mentor Bisnes Anda


Assalamualaikum semua......

Hari ini saya mempunyai mentor dalam bisnes. Walaupun dia bukanlah seorang yang berpangkat jutawan, tetapi itu sudah cukup untuk menjadikannya sebagai seorang mentor yang menjalankan bisnes secara langsung. Bagaimana dengan anda? Anda mempunyai seorang mentor?

Dalam dunia bisnes, seseorang memerlukan mentor yang boleh diambil ilmunya dan boleh diambil nasihat daripadanya. Ramai orang yang memulakan bisnes dengan tidak mendapatkan mentor. Mereka hanya melakukan perkara tersebut secara perseorangan. Maka peluang untuk dia gagal dalam bisnes sangat tinggi.

Berikut adalah kemungkinan yang berlaku jika tiada mentor:

  • Motivasi yang rendah
  • Tiada pedoman untuk meneruskan bisnes
  • Tidak mengetahui tentang kelemahan dan kelebihan yang berlaku pada kita
  • Bisnes tiada support daripada syarikat-syarikat lain
  • Tiada bentuk pelajaran dalam arena bisnes.
  • Akan selalu hilang focus
  • Sikap dan kelakuan tiada orang yang menegur
  • Tiada target yang terdekat untuk direalisasikan (kalau ada mentor boleh kejar status mentor)
  • Bercampur antara pemikiran positif dan negative
  • Mudah mendapatkan pelanggan yang dikehendaki ( incase kalau mentor tolong mencari bakal pelanggan)
  • Dan banyak lagi..... ( padahal tak nak fikir dah)


Hari ini, ditempat kerja saya, disekeliling saya bercakap tentang projek berjuta-juta. Ada juga yang bercakap berkenaan peluang bisnes yang besar-besar yang sepatutnya diceburi. Ada setengah-setengah bergaya dengan kereta mewah yang baru. Dan bermacam-macam lagi orang kaya punya style kat sini.

Tapi boss saya cakap, dalam kita hendak buat bisnes, matlamat kita kena suci.

Boss: fahmi, apa kata, time hari raya haji ni, kita korbankan seekor lembu. Aku tiap-tiap tahun target macam tu tau. Tak pe, ko target dulu sebahagian lembu dulu.
Fahmi: erkkk,,, macam mana boss, hasil pun belum Nampak lagi.
Boss: slow slow lah kamu buat. Slow-slow tapi kena berstrategi untuk naik lebih cepat. Pemikiran kena strategis.
Fahmi: baiklah. Next target, sebahagian lembu dihari raya. ^_^

Itulah mentor yang power. Dia juga mempunyai mentor yang power juga. Dicabar oleh mentor dia untuk sponsor ubah suai masjid ditempat dia tinggal. Wah lagi besar tu. Nak lihat macam mana strategi yang dia buat untuk dapatkan wang yang lebih banyak demi kepentingan orang ramai. Berfikir-berfikir... hehehe.. chow dulu...

Lateral maksima........... dah buat website baru. http://sihatceria.weebly.com...........................

Tiada ulasan: