Selasa, Julai 12, 2011

Rukun Iman dan Kekayaan


Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Sering kali rukun iman hanya dikaitkan dengan perkara ibadah khusus semata-semata. Nampaknya pendidikan barat telah berjaya menyempitkan rukun iman hanya untuk perkara yang berbentuk ibadah khusus sahaja. Jangan bimbang. Saya pun dulu seperti anda semua.

Akhirnya, pembacaan demi pembacaan telah membuka minda saya sedikit demi sedikit. Terima kasih kepada mentor saya disebabkan  buku-buku yang anda support.

Seperti mana yang kita semua maklum, rukun iman terbahagi kepada 6 iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat dan juga qada qadar. Persoalan yang cuba ditimbulkan disini adalah, apa kaitan kekayaan dengan rukun iman. Izinkan saya huraikan satu persatu.


BERIMAN KEPADA ALLAH

Ini adalah sebab utama kita mencari kekayaan dunia. Kekayaan adalah milik mutlak Allah. Tuhan boleh memberi, dan mengambil segala kekayaan yang kita miliki.

Malah dalam surah Assof ( kalau tak silap, sape yang tahu boleh betulkan), Allah telah menawarkan jual beli dengan manusia dengan membeli harta dan jiwa raga dengan syurga Allah sebagai nilai tukaran. Sesiapa yang menyahut seruan akan beruntung dan sesiapa yang melepaskan peluang ini adalah seorang yang rugi.

Beriman bererti yakin dan percaya tentang Allah lah pemilik segala kekayaan. Yakinlah Allah sahaja yang mampu untuk memberi kita kekayaan jiwa dan harta.

Dengan keyakinan itu, kita akan bahagia untuk mengejar kekayaan. Kita akan senang hati untuk membantu orang lain yang susah sama ada susah duniawi iaitu harta dan kesihatan ataupun akhirat iaitu kebahagiaan. Kita lebih rela mengorbankan harta ke jalan dakwah dan sanggup untuk menaja lebih ramai para daie untuk perkembangan dakwah yang lebih pesat.

Maka tuhan sepatut menjadi power of Y pada kita yang ingin bergelar orang kaya.


Beriman kepada Malaikat

Malaikat tugasnya adalah mengerjakan tugas-tugas khas yang Allah telah tetapkan. Kita kena percaya dan yakin malaikat mendoakan kita dan mereka lah yang menjadi saksi segala apa yang telah diputuskan oleh Allah kepada hamba-NYA.

Tugas malaikat pelbagai. Tetapi tugas yang rapat dengan manusia adalah 10 sahaja. Disinilah halangan dicipta untuk meng’adil’ kan segala perbuatan kita dalam objektif kita mencari kekayaan.

Ketika berlaku zalim dengan menipu kuantiti kepada pelanggan, ingatlah 2 malaikat raqid atiq yang menulis segala perbuatan mu

Ketika kedekut untuk membayar zakat, maka ingatlah malaikat maut akan menjemputmu bila-bila masa.

Ketika memulakan kerja pada pagi hari, ingatlah malaikat Jibrail telah menurunkan wahyu tuhannya kepada umat manusia untuk panduan kita mencari kekayaan yang halal lagi baik

Ketika berlaku zalim dengan tidak membayar upah orang, ingatlah malaikat bengis penjaga neraka, dan malaikat penyambut tetamu syurga yang lembut kata aluannya.

Maka percayalah, bahawa malaikat NYA tidak melupai mu dalam pembahagian rezeki kepada seluruh makhluk.

Beriman kepada KITAB

Rahsia kekayaan berada di dalam Al-Quran. Tuntutlah ilmu Al-Quran agar segala rahsia kekayaan yang tersimpan didalam al-quran terungkai dengan kesungguhan kita menjadikan Al-Quran sebagai kitab pedoman mencari kekayaan kita.

Pelajarilah, dan hayatilah segala kandungan dalam ayat-ayat Allah yang tidak akan meninggalkan manusia sedikit pun daripada memandu manusia kearah kejayaan dan kebahagiaan. Alangkah sedihnya, jikalau manusia tidak menjadikan Al-Quran sebagai asas pedoman mencari kekayaan.

Beriman kepada Rasul

Rahsia usahawan berjaya berada di dalam diri Nabi Muhammad saw. Dalam kesibukan baginda berdakwah, baginda masih lagi mampu berniaga, dan berpolitik demi kelangsungan agama yang kita cintai iaitu ISLAM.

Kajilah dan hayatilah segala biodata nabi Muhammad saw. Bagaimana nabi Muhammad saw menyedekahkan segala hartanya, tetapi baginda tidak miskin dan tidak sesekali mengambil zakat dan sedekah.

Apa rahsia kekayaan baginda nabi? Anda perlu terokai sendiri

Beriman kepada Hari Akhirat

Ramai orang sesat didalam kejahilan dek karana silap melihat dunia adalah kekal selama-lamanya. Mereka lupa terhadap tanggungjawab kepada orang miskin dan orang yang memerlukan.

Hari akhirat adalah hari penentu segala-galanya. Hari bersoal jawab akan harta yang telah diberikan oleh Allah digunakan pada jalan yang mana. Kepercayaan kepada hari akhirat memandu manusia mencapai segala harta kekayaan yang ditawarkan oleh Allah dengan penuh ketanggungjawaban kepada orang yang memerlukan.

Beriman kepada akhirat inilah mampu mengawal akan keangkuhan sang manusia disebabkan harta kekayaannya yang melimpah. Inilah juga sumber utama kepada orang kaya yang bertakwa kerana dengan harta yang diamanahkan kepadanya, dia dapat membida saham-saham akhirat yang kekal abadi.

Beriman kepada Qada dan Qadar

Jangan tangisi masa yang telah berlalu. Terimalah ia sebagai suratan takdir. Jika baik, maka ambil lah sebagai sejarah yang indah untuk dikenang. Tetapi jika pahit, jadikanlah ia sebagai subjek sejarah diri yang wajib untuk diterokai akan sumber kekuatannya dan kelemahannya.

Jangan disalahtafsirkan sejarah yang lalu. Jadikan ia sebagai batu lonjatan yang terbaik ke masa hadapan.

Kisah orang yang berjaya adalah kisah happy ending kepada segala kisah kesengsaraan yang dilalui. Kisah-kisah sedih yang berakhir dengan kejayaan. Itulah kisah orang yang berjaya. Tidak pernah dalam sejarah manusia, manusia membuat cerita berkenaan dengan kisah ceria dan gembira sehingga ke akhirnya.

Jika ada kisah seperti itu, inilah dialog yang mungkin. “ bapak, cerita bosaaannnn ggillllerrrrr”

Setiap kisah ada konflik dan ada masalahnya yang tersendiri. Cukup istimewa setiap masalah tersebut. Sehingga boleh menitis air mata kesedihan kerana menghayati kisah piano tersebut. Ada nada turun dan ada nada naik. Ada nada ceria dan ada nada sedih. Itulah kisah piano.

Orang yang kaya itulah orang mempunyai happy ending dalam kisah sukar hidupnya. Anda ingin berjaya? Jangan sombong pada takdir..................

Lateral maksima........... ada kisah menarik dalam hidup =)..........................

********* IKLAN *******************
 Saya ingin membantu anda dan ahli keluarga anda daripada beban penyakit. Tolong saya berikan maklumat tentang anda dan mereka yang memerlukan di alamat ini. http://sihatceria.weebly.com

Tiada ulasan: