Khamis, Julai 28, 2011

Idea Bisnes Pelajar

Salam sejahtera semua pembaca sekalian.

Hari ini, alhamdulilah, ada orang nak membuat header blog untuk saya. Wah sukenye.... Sebenarnya, saya tak puas hati sebenarnya dengan header diatas. Maklumlah, header buat sendiri guna perisian online. Huhuhu. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Nurafiera kerana design cardname yang cool ni. Nak tengok? Ha nah...


Bab design mendesign ni saya kurang sikit. Bagi idea boleh lah. Tapi nak design ni teruk lah sikit.

Ok. Saya nak bercerita sikit tentang memulakan sebuah perniagaan. Saya tak nak cerita tentang teknikal memulakan bisnes ( yang tu tuan-tuan boleh tanya pakcik Google), tetapi saya nak berikan beberapa idea untuk bisnes terutama sekali yang boleh dilakukan oleh pelajar.


MENJUAL BARANGAN

Contoh yang boleh anda jual adalah topup, menjual insuran dan sebagainya. Berjual beli! Anda beli dengan harga borong kemudian jual dengan harga market. Senior saya menjual baju muslimah dan tudung di internet. Serba sedikit dia boleh menjana pendapatan. Ada kawan saya, berjual beli emas dan perak. Dan of course lah antara jual barang juga adalah menjual Jus Vemma. Agak lumayan!!!

MENJUAL SERVIS

Semua servis boleh dijual beli. Antara biasa yang boleh student buat adalah home tusyen. Antara lain juga adalah service printing, menulis thesis untuk master dan PhD dan sebagainya. Ada juga yang menawarkan motivasi di sekolah-sekolah yang terdekat. Kawan saya ada juga yang menawarkan khidmat mengajar Al-Quran. Servis tu ikut suka hati nak letak berapa harga. Tetapi dalam dunia penuh persaingan ni, harga adalah medium untuk menarik pelanggan. Betulkan?

Bisnes dari internet

Tak tahu kenapa saya buat tajuk lain untuk internet sahaja. Dalam internet, ada pelbagai cabang membuat duit yang boleh dicuba oleh pelajar. Yang paling senang adalah affiliate.

Affiliate adalah mempromosi barang orang lain dan anda akan mendapat komisyen jika barangan tersebut terjual disebabkan promosi anda. Affiliate sangat mudah disebabkan tiada modal diperlukan dan masuk adalah percuma. Nak belajar affiliate boleh pergi ke sini...

Jual produk fizikal atau produk bukan fizikal di internet. Lebih kurang macam jual beli Konvensional, tetapi medium jual beli adalah internet. Jual beli di internet amat menguntungan jika anda tahu cara promosi dan pemasarannya disebabkan cara pemasaran perlulah kuat dan hebat. Anda juga boleh membuat ebook sendiri dan menjualnya diinternet. Ha, bagus tak? Layan kat sini kalau nak tahu..

Iklan. Iklan dapat juga menjana pendapatan sampingan kepada anda terutama pelajar. Iklan ni saya boleh katakan sebagai pasif income disebabkan anda tidak perlu berbuat apa-apa. Anda adalah penyewa kepada tempat iklan tersebut. Kebiasaan, jika anda mempunyai blog yang ramai traffic, bolehlah anda berkira untuk beriklan.

Dropship. Ini adalah cara untung atas angin. Anda mempromosikan sesuatu barang dan pelanggan akan mencari anda. Kemudian, selepas pelanggan membayar, barulah anda mencari pembekal yang berkenaan untuk membeli barangan tersebut. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang dropship, sila ke sini.

Sepertimana kata senior saya, student patut paling banyak wang. Kita mempunyai banyak masa untuk mencari duit. Tetapi masalahnya bagaimana. Tepuk dada tanya Iman.

Saya juga menawarkan kepada pembaca menjana pendapatan dengan menjual barang tanpa modal. Kalau anda berminat sila klik disini. Terima kasih kerana membaca. Adiyossss.....

Lateral maksima........ boleh katakan boleh...............................


********* IKLAN *******************