Selasa, Mei 31, 2011

Part time job yang Seronok


Assalamualaikum dan salam sejatera....

Alhamdulilah, hari ni adalah hari kedua saya bekerja di pusat perniagaan di shah alam ( saya dah lupa nama apa tempat tu. World???). Sangat best sebenarnya bekerja disitu. Kembali bertemu Dr Muhammad Jantan, pengasas RESQ. Soalannya yang selalu ditanya adalah : berapa umur anda hari ini? Apa lagi, saya dengan berlagaknya menjawab: umur saya baru bermula... hahaha. Nampak macam kelakar lak pulak. Tapi itulah salah seorang yang hebat yang mempunyai pejabat di situ.

Gaji? Sebenarnya gajinya cukup rendah bagi anda semua, tapi bagi aku mungkin inilah yang berharga mungkin. Gaji sekitar RM500++. Memang tak cukup sebenarnya, tetapi saya menerima juga tawaran tersebut atas satu sebab. Nak tahu tak sebab apa? Sebabnya adalah knowledge.

Ala knowledge je? Kat U bole dapatlah.
Mungkin setengah anda akan terdetik begitu kan? Kalau tak terdetik baguslah. maintain sikit bakul pahala anda. Hehehe. Sebenarnya knowledge ini adalah knowledge yang tak dapat dalam bilik kuliah. Knowledge ini datang daripada pengalaman orang lain yang saya akan belajar untuk perkembangan saya dimasa hadapan.

Apa yang menariknya adalah bulan pertama akan mendapat gaji penuh satu bulan dan bulan kedua akan mendapat gaji penuh juga tetapi cara kiraannya lain. Bagaimana yang lain itu? Wah makin seronok saya nak bercerita.

Gaji untuk bulan kedua adalah hasil daripada aplikasi knowledge yang saya akan belajar pada bulan pertama. Jika terkurang, boss akan tambah dan jika terlebih itulah rezeki saya untuk bulan kedua. Maknanya, bulan kedua kena usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan lebih daripada gaji bulan pertama. Ganbatte.. fight ohh.....

Tempat saya kerja juga sangat kondusif. Makan tengahari, satu meja dengan dato’. Memang sporting habislah dato’ tu. Banyak input berbeza yang saya dapat daripada boss dan dato’ tu. Yang paling bagus tempat itu adalah, solat zohor penuh surau yang muatannya boleh menampung sehingga 400 orang. Oleh sebab saya lewat, saya terpaksa tunggu untuk shift kedua. Masya allah, hebat sungguh orang-orang disini. Kerja professional dan solat jemaah penuh surau.

Hari ini boss saya benarkan saya pulang awal disebabkan saya akan bekerja balik pada sebelah malam nanti. Saya pun tak tahu kerja apa yang saya perlu buat malam ni, tetapi yang pastinya di akan membawa saya berjumpa dengan taukey restoran cina muslim yang sangat baik. Moga-moga dengan didikan orang disekeliling saya, saya menjadi orang yang berkualiti dari sudut dunia dan akhirat. Yeah move to OKB ( orang kaya bertakwa).

Lateral maksima........ sangat terpengaruh dengan orang disekeliling tempat kerja.......

2 ulasan:

Ayu Rashidah @ Cik Ayu berkata...

salam. bagusnya dapat peluang bekerja dalam suasana sebegitu. Persekitaran amat mempengaruhi kehidupan. Semoga semakin hari semakin banyak "keuntungan" yang fahmi dapat berbanding gaji fahmi tu. Allah mengambil yang lain, dan memberi yang lebih baik kepada hambaNYA....

AHMAD FAHMI berkata...

terima kasih ayushida.. itu juga antara sebab sy menerima tawaran kerja kat situ. suasana pembelajaran yg cukup baek.