Khamis, Januari 06, 2011

Proaktif 1


Assalamualaikum..... and syolum alaikum......

Kali ini, kita membedah habit pertama dalam 7habit of highly effective people. Proactive atau dalam bahasa melayunya proaktif. Apa itu proaktif? Dan apa yang menyebabkan proaktif ini dijadikan satu daripada 7habit oleh pakcik covey?

Aku boleh simpulkan proaktif ini adalah kebiasaan untuk memilih keputusan dan tindakan yang lebih kehadapan. Definisi ini adalah hasil observasi atau pembacaanku. Sebenarnya, perkataan yang perlu untuk diberi perhatian adalah “memilih”. Perkataan memilih itulah yang menjadi kunci kepada pemahaman kita terhadapa proaktif.

Sifir mudah manusia. Kita biasa memilih yang mudah atau susah. Mesti yang mudah kan? Bagaimana pula dengan bahaya atau selamat, kelebihan atau kelemahan, dan sebagainya. Hakikatnya manusia memilh yang terbaik untuk diri sendiri. Tetapi bagaimana pula jikalau aku menambah tekanan kepada diri yang membuat keputusan. Adakah pemilihan itu masih lagi sama atau tidak?

Sebagai contoh, didalam exam kita diberi pilihan untuk meniru atau tidak. Semuanya mempunyai risiko yang tersendiri. Begitu juga ketika kita berada di dalam organisasi. Adakah kita mengharapkan orang luar atau diri sendiri menyelesaikan konflik dalam organisasi. Setiap pilihan ada risikonya dan ada baik buruknya. Maka kita yang akan membuat keptusan dan melaksanakan pilihan kita tersebut.

“ saya hidup susah kerana kerajaan tak nak membantu saya” “ saya bodoh kerana cikgu tidak pandai mengajar” dan sebagainya. Seringkali manusia menyalahkan takdir dan menyalahkan orang lain diatas musibah dan kesalahan yang berlaku. Hanya sedikit sahaja orang yangmemilih untuk berfikir dan bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Moga-moga aku tergolong dalam golongan yang sedikit.

Sebenarnya ini adalah sikap orang yang beriman dan tokoh-tokoh hebat dunia. Mereka memilih untuk tidak menyalahkan keadaan jika terdapat masalah atau keadaan yang tidak memihak kepada diri sendiri. Dari sikap tersebutlah maka lahir sifat-sifat kejayaan iaitu berinisiatif, rajin dan sebagainya......

Proaktif mengajar manusia untuk berjiwa besar. Orang yang berjiwa besar tidak berkesan terhadap sindiran pedas. Tidak mempedulikan unsur-unsur negative yang cuba untuk melemahkan diri sendiri. Mereka sentiasa bersifat positif dan jika tidak berjaya mereka berani untuk mengambil tindakan yang difikirkan betul pada ketika itu. Para sahabat sangat proaktif dengan mengembangkan dakwah keseluruh alam dunia. Maka pertanyaan aku. Apa itu reaktif?

Reaktif adalah keadaan kita bertindak disebabkan unsur luar yang mempengaruhi kita. Orang yang biasanya reaktif adalah orang yang terlibat dengan politik. Jika ada satu isu, maka dengan cepatnya mereka bertindak dengan isu-isu tersebut. Seumpama orang yang bermain bola sepak yang tidak bertaktikal. Bola ditendang ke kiri, semua orang berkejar ke kiri. Jik bola ditendang ke kanan, maka begitu juga orang ramai.

Pilihan ditangan anda, hendak menjadi proaktif atau reaktif?

Lateral maksima................... nak motor..........................

Tiada ulasan: