Selasa, Januari 04, 2011

Kisah seekor Semut


Assalamualaikum…..

Satu kisah yang ingin saya tulis. Berlaku pada zaman nabi sulaiman as. Kisah antara nabi sulaiman dan juga seekor semut. Tuan-tuan mesti sudah maklum cerita ini kan?

Pada suatu hari, dalam satu perjalanan, nabi Sulaiman as telah terserempak dengan seekor semut yang sedang mencari makanan diatas sebuah batu di padang pasir. Lantaran kasihan kepada semut tersebut kerana kehulu-kehilir mencari makanan, dia telah menawarkan kepada semut tersebut,

“ wahai hamba allah semut, berapakah jumlah makanan mu sebulan?”

“ wahai nabi allah sulaiman, cukuplah bagiku seekor sebiji gandum sebulan” jawab semut.

“ baiklah, pulanglah bersamaku dan aku akan berikan kepada sebiji gandum tiap-tiap bulan.”

Lalu nabi sulaiman telah membawa pulang semut tersebut dan diletakkan dalam sebuah tempayan yang cukup besar serta sebiji gandum untuk makanan. Maka hiduplah semut tersebut dalam tempayan tersebut.

Setelah sebulan, nabi sulaiman as telah kembali membuka penutup tempayan tempat tinggal si semut. Apabila melihat gandum hanya dimakan separuh sahaja, lantas nabi sulaiman bercakap dengan nada tinggi,

“wahai semut, engkau pembohong. Bukankah engkau mengatakan engkau memerlukan sebiji gandum sebulan. Kenapa engkau hanya memakan setengah daripada itu.?”

“ wahai nabi allah sulaiman. Aku tidak berbohong sama kamu. Memang benar aku memerlukan sebiji gandum sebulan. Tetapi itu disebabkan aku bergantung kepada allah yang telah menentukan rezeki ku. Sekarang ini, aku bergantung kepada mu atas rezeki ku. Aku bimbang jika engkau terlupa untuk memberikanku makanan untuk bulan-bulan seterusnya. Maka aku hanya makan separuh sahaja sebagai langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya, Allah tidak lupakan akan rezeki makhluk NYA sedangkan kamu adalah hamba yang pelupa, maka bagaimana aku hendak bergantung kepadamu untuk rezeki ku”

Jawapan si semut telah menyedarkan nabi sulaiman as. Tahap kebergantungan si semut terhadap Allah sangat tinggi melebihi apa yang ingin baginda fikirkan.

Sahabat-sahabat, bagaimana pandangan anda terhadap kisah ini. Kisah ini aku petik dari sebuah buku yang baik. Bagaimana tahap kebergantungan kita kepada Allah? Adakah kita bergantung kepada hambanya untuk mencari rezeki? Alangkah ceteknya pemikiran kita berbanding si semut jika masih lagi bergantung rezeki kepada makhluk tuhan? Dia yang mustahil lupa berbanding makhluk yang pelupa?

Terserah untuk anda fikirkan. Fikirkan tentang diri sendiri sempena tahun baru ini. Muhasabah diri kita untuk kecemerlangan dunia dan akhirat. Aku doakan sahabat-sahabat untuk hidup tenang didunia dan akhirat. Bukan senang untuk mendapat ketengan didunia ini dan bukan mudah untuk mendapat ketenangan di akhirat juga. Moga-moga kebergantungan kita semakin bertambah kepada Allah. Insyaallah.

Lateral maksima………………… tersedar daripada result yang teruk…………………………….

Tiada ulasan: