Ahad, Ogos 23, 2009

DISMI SUATU PERMULAAN..........


Salamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah lebih kurang seminggu aku bercuti dikampung. Tetapi sayang, banyak perkara tidak dapat dilakukan oleh ku ketika berada dikampung ni. Almaklumlah percubaan untuk mendapat internet disini selalu tersangkut dek masalah kerosakan komputer dan perkakasan di cyber cafe yang selalu aku kunjungi untuk membuat assignment dan melayari internet. Adussss... seminggu aku terkandas maklumat penting. Tetapi bagus jugak, sekurang2nya aku dpt buat ape yg aku jarang dpt buat walaupun aku balik ke kampung. Melayari astro baru family aku, menolong mak aku memasak(sikit-sikit je, msih xpndai msk lagi), and so on.

Kadang-kadang kene follow up sesuatu yang menyeksakan jika kerja memang tak siap lagi. Kalau kerja memang cepat siap, sentiasa menunggu nk kene follow up. Hehehehehe.

Untuk kali ini, aku telah dilantik oleh sang pengetua untuk menerajui projek kolej yang dikenali sebagai diskusi ilmiah antara agama(DISMI 10). Kuterima projek ini kerana istilah yang diperkenalkan oleh pengetua sendiri, ‘diskusi ilmiah’. Diskusi ilmiah ini walaupun dialog antara agama, boleh menjadikan jugak dialog antara kaum. Mengikut HEP, sebarang projek kolej mesti bertepatan dengan tema universiti hari ini, um is one towards 1malaysia. Bagiku konsep Dismi ini telah memenuhi 1malaysia seperti yang diminta oleh HEPUM.

Setelah organisasi dibentuk dengan agak kelam kabut, akhirnya 5 orang wakil dari chinese dpt direkrut dlm organisasi Dismi kali ini. Kata pengetua, kali ini wakil teramai daripada chinese. Tapi kelemahan kali ini, tidak dpt merekrut ahli dari kaum india. Alah tak sharp jugaklah. Kaum india di kolej terlalu sedikit menyebabkan hatiku sedikit resah. Tapi dengan pertolongan sahabatku, perkara ini bakal akan ditangani dengan cepat sekali. Alhamdulillah. Zikir buahkan fikir.

Tapi yang cukup meresahkan jiwa dan pemikiran aku adalah pemilihan tajuk yang aku sebagai penganjur perlu tetapkan untuk panel membahaskan secara ilmiah dan rasional. Sebenarnya, untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, aku telah membuat ulangan kkd sebanyak 2 kali dah. Ini sangat mengharu birukan kepala otak aku untuk berfikir tentang tajuk tersebut.

Bercerita tentang tajuk yang dikehendaki, aku mula berfikirkan tentang isu ISA dan mengenai undang-undang keselamatan dalam negara. Kemudian aku putuskan untuk membuatkan tajuk undang-undang keselamatan negara mengikut perpektif antara agama di Malaysia. Aku berusaha untuk tidak tidur malam bagi menyiapkan kkd yang pertama bagiku mengikut kkd yang telah dibuat oleh senior yang lepas. Dan akhirnya aku telah siapkan.

Kemudian, aku telah menghantar kkd tersebut kepada pengetua dipejabatnya pada keesokkan paginya. Cukup terharu, kkd yang aku buat telah diterima dengan senyuman oleh orang yang menilainya. “ah lega hatiku sekejap, lepas ni boleh aku buat kerja yang lain pulak setelah sekian lama tertumpu kepada kkd dismi sahaja.” Monolog sendirian.
Setelah beberapa hari kemudian, pengetua telah memanggil aku semula bagi mengambil semula kkd yang telah aku hantar tempoh hari. Tetapi, kali ini aku tidak berjumpa dengan pengetua, hanya berada dihadapan kaunter pejabat sahaja. Kkd itu aku terima dengan sekeping nota dilekatkan dihadapan kkd. Nota tersebut berbunyi:

“tajuk dismi ini tidak diterima oleh pegawai hep disebabkan oleh tidak mahu perbincangan isu tetapi hendak lebihkan ilmiah dan akademik. Ada beberapa kesalahan yang tidak ketara yang telah saya tanda dengan pen merah.”

Membaca nota tersebut, menyebabkan aku mula hendak marah dlm diam. Mula mengomel sorang-sorang dan sebgainya. Apabila kkd ni ditolak, bermakna aku perlu membuat kkd yang baru dengan tajuk yang baru yang sudah pasti memakan masa sehingga berjam-jam dan berhari-hari kalau malas. Tidak lama kemudian sedang aku berkira-kira tajuk yang lebih sesuai, satu sms diterima daripada pengetua:

“saya lebih suka tajuk tersebut dan diperingkat saya tidak ada masalah jika kamu hendak tajuk ini dibincangkan secara ilmiah. Cuba bincang dengan ajk termsklah ajk balai islam. Saya tahu bukan senang untuk memuaskan hati setiap orang.”

Mesej ini cukup untuk aku menggambarkan seorang pengetua yang cukup profesional dalam tugasnya tanpa mengira background politik. Reda sikit kemarahanku. Keesokkannya, dalam mesyuarat balai islam, aku telah meminta pendapat daripada setiap adik beradik balai islam tentang tajuk yang sesuai. Sehinggalah tajuk keamanan dunia dengan tema keamanan bukan mustahil.

Malam itu, aku buat jugak sampai siap kkd (edit sikit je dari kkd yang pertama) dan hantar kepada pengetua pada keesokkannya. Malam itu, pengetua menyerahkan balik ketika promo feseni berlangsung. Komennya, tajuk itu terlalu lapuk dan tidak seronok untuk dibincang lagi. Kali ini, pengetua pulak menolak. Mungkin lah memang tajuk itu tidak menarik pun.

Mahasiswa dan Pembincangan Ilmiah.

Sangat terkilan sebenarnya tajuk pertama itu tidak diluluskan oleh sang berkuasa universiti. Aku menjadi hairan dan pelik dengan sang penguasa universiti. Kalau andaikatalah sebuah isu tidak dapat dikupas dalam universiti secara ilmiah bukan daripada kaca mata politik malaysia, sang penguasa unversiti nak mencorakkan mahasiswa zaman sekarang sebgai apa?

Geram lagi bengang apabila budaya intelektualan mahasiswa telah dicabuli oleh orang yang menganggap mereka lebih memahami mahasiswa daripada mahasiswa. Tidak hairanlah jika konsert disekeliling kuala lumpur dipenuhi oleh mahasiswa sedangkan wacana pemikran ilmu dihadiri oleh orang tua yang sememangnya telah kaya dengan pengalaman bak kata orang, orang tua yang telah lama makan garam.

Ya, mahasiswa sebenarnya telah dikurung pemikirannya dalam sebuah dadu, kemudian dibaling kemana sahaja sesuka hati mengikut permainan yang dimainkan oleh pemain. Ayuh, generasi muda sebayaku. Bebaskanlah anda daripada belenggu dadu yang dimainkan. Aku bukan marahkan sang penguasa sangat malah aku tidak marah jika kkd aku terpaksa ubah dan hantar sehingga 10 kali pun. Yang aku kisah adalah budaya intelektualan mahasiswa disempitkan oleh belenggu politik malaysia yang sememang sempit dan menyempitkan. Tidak cukupkah lagi mahasiswa dibelenggu dengan AUKU yang memundurkan pemikiran siswa siswi.

Aku tak pndai sangat nak menulis banyak. Dan aku juga kesal aku menulis diatas rasa marah yang meluap-luap tanpa ilmiah yang berhikmah. Mungkin aku perlu mengkaji lebih untuk melontarkan idea secara hikmah dan berlembut. Tapi aku adalah orang yang positif dalam memulakan sesuatu. Aku harap, aku dapat menggarpkan sesuatu dari sudut ilmiah bagi mengupas semua isu yang terjadi didunia ini. insyaallah. Takbir.

Tiada ulasan: