Khamis, Ogos 04, 2011

Pendapatan Pasif Abu Bakar As-Siddiq ra

********* IKLAN ***********************************************************************
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.

Pernah tak dengar satu hadis yang berkenaan Saidina Abu Bakar ra telah memberikan kepada tentera islam akan semua harta yang dimilikinya dan apabila Rasulullah saw bertanya akan hartanya yang tinggal kepada isteri dan anaknya, jawab saidina Abu Bakar ra, “Hanya Allah dan RasulNYA”.

Saya merasakan hadis ini cukup masyhur dan sentiasa meniti dibibir ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau di Seluruh Malaysia.

Pada ketika saya pertama kali mendengar hadis ini, saya cukup kagum dengan semangat Saidina Abu Bakar ra mengorbankan segala hartanya demi perjuangan islam senada dengan kuliah magrib yang disampaikan oleh ustaz yang memberikan kuliah berkenaan perjuangan dan pengorbanan.

Pada ketika saya menyiapkan artikel mengenai galakan islam pada kekayaan, saya terfikir bahawa Saidina Abu Bakar ra kejam terhadap ahli keluarganya. Bukankah sepatutnya tugas sang suami mencukupkan nafkah zahir dan batin kepada keluarganya? Dan andai kata bahawa Saidina Abu Bakar syahid di medan perang, apa akan jadi kepada ahli keluarganya?

Apabila saya belajar tentang enjin wang, barulah saya memahami keadaan Saidina Abu Bakar ra pada ketika itu. Barulah saya mengerti akan istilah “hanya Allah dan RasulNYA” itu. Alangkah tingginya tawakal Saidina Abu Bakar terhadap rezeki Allah swt kepada ahli keluarganya.

Apa yang berlaku sebenarnya?


Apabila bercakap berkenaan harta, kita kena membezakan tentang harta kekayaan dan juga asset. Apa maksud harta kekayaan? Harta kekayaan adalah harta untuk bermewah-mewah dimana harta itu mempunyai kepentingan yang rendah untuk dimiliki. Mungkinharta mewah kita di abad ini adalah kereta mewah, gelang emas, rumah besar dan sebagainya. Mungkin dalam konteks Saidina Abu Bakar adalah dalam bentuk emas dan perak serta kuda dan unta dimana harta-harta ini boleh ditukar kepada kelengkapan perang dan makan minum.

Apa pula Asset? Aset disini bermaksud harta yang menjadi asas kepada penjanaan harta yang lain. Contoh yang mungkin berada di zaman nabi adalah kebun yang subur dimana pohon-pohon siap sedia untuk dipetik. Hasi kebun boleh dimakan dan dijual dipasar. Begitu juga jika harta asas itu adalah dalam bentuk haiwan kambing. Susunya boleh diminum dan dijual dipasar.

Harta asas pada masa sekarang? Beberapa rumah untuk disewa kepada orang lain. Begitu juga jika memliki syarikat yang boleh beroperasi dengan baik dibawah beberapa orang pengurus yang cekap. Itu juga boleh menampung keperluan anda pada masa hadapan.

Diharapkan, buah fikiran seperti ini dapat membuka minda anda untuk menjadi seperti Abu Bakar yang tidak putus memberikan sumbangan bukan sahaja harta, tetapi buah fikiran dan jiwa kepada perjuangan islam.

Hadis yang berceritakan tentang kekuatan Saidina Abu Bakar memberikan segala harta yang berada ditangan beliau, untuk diberikan kepada tentara muslimin dan pemberian tersebut tidak putus-putus disetiap peperangan pada zaman rasulullah saw, menunjukkan kemampuan Saidina Abu Bakar ra menjana harta kekayaan yang tersendiri dengan jalannya yang tersendiri. Dengan kekuatan kerohanian yang berada di dalam diri Saidina Abu Bakar, mempercepatkan lagi proses penjanaan harta tersebut.

Begitulah pembaca sekalian, sepotong kisah daripada hadis nabi berkenaan pasif income. Walaupun ditinggalkan oleh Abu Bakar, keluarganya mampu mendapatkan nafkah yang cukup daripada harta aset yang ditinggalkan oleh Abu Bakar terhadap keluarganya.

Itu Abu Bakar. Kita pula bagaimana?

Lateral maksima............. tanam anggur lah jawab nya..................................................

Ahmad fahmi bin latif @ Abang Long
" Lahirkan Jutawan Muslim"
http://tintamenulis.blogspot.com

Tiada ulasan: