Ahad, Ogos 14, 2011

Merdekakan Bisnes


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaimana dengan tips jimat Ramadhan dalam artikel yang lepas? Moga-moga dapat dijadikan panduan untuk berjimat di bulan puasa ni.

Artikel kali hendak bercakap berkenaan bisnes yang merdeka. Apa maksud bisnes yang merdeka? Bisnes yang merdeka adalah bisnes yang kita dapat mengawal aliran keluar masuk duit syarikat dengan bebasnya. Bermakna, anda tidak ada masalah dalam memungut hutang daripada pengedar-pengedar barangan anda dan anda mempunyai wang tunai yang cukup untuk menyelesaikan masalah teknikal yang berlaku.


Anda pernah membaca buku tulisan Dr Rusli a.k.a Chef Li? Beliau pernah kerugian disebabkan bisnes beliau tidak merdeka. Pada ketika itu, aliran duit tidak stabil disebabkan pengedar mengambil daging burger yang dibuatnya secara kreadit. Pada ketika itu, Chef Li hanya dapat bergantung kepada pengedar tersebut untuk memasarkan burger buatannya. Maka, ketika inilah pengedar mengambil kesempatan terhadap Chef Li dengan tidak membayar hutang Chef Li dengan pelbagai alasan tetapi dalam masa yang sama masih lagi mengambil daging burger dalam kuantiti yang banyak daripada Chef Li.

Kitaran modal bisnes burger Chef Li terganggu dan dia pun terpaksa membeli barang dengan kredit dan berjanji akan membayar kemudian. Akhirnya, alatan yang digunakan rosak dan perlu dibaiki. Maka inilah titik tolak kejatuhan perniagaan daging burger tersebut. Akibat tidak dapat dibaiki disebabkan tiada wang tunai, maka pengeluaran terpaksa dihentikan. Disinilah, pengedar lari dan syarikat yang memberi pinjam kepada Chef Li akhirnya menuntut hutang.

Dia nyaris bankrupt. Selepas berguru dengan pak kiai di Indonesia, beliau bangkit dengan cara mengedar daging burger dia sendiri. Beliau menghantar daging burger ke cawangan yang dia percaya. Hari demi hari, cawangannya bertambah dan bertambah sehingga beliau berjaya mengatasi semua masalah hutang tersebut. Akhirnya, bisnes beliau adalah bisnes yang merdeka.

Itulah kisah orang yang memerdekakan bisnes. Daripada orang yang berharap kepada pengedar semata-mata, kepada menghantar terus kepada gerai burger disekeliling tempat beliau tinggal. Semakin lama, bisnesnya semakin berkembang.

Andai contohnya, anda membuat produk kecantikan. Anda melantik pengedar untuk mengedar produk anda ke setiap kedai-kedai kecantikan diseluruh Malaysia. Pengedar yang dilantik anda pula melantik pengedar setiap negeri untuk menempatkan produk anda ke kedai-kedai. Maka disitu, kenaikan harga akan berlaku sebelum sampai kepada pengguna.

Berdasarkan idea yang sama seperti kisah Chef Li, idea network marketing terjadi. Syarikat menghantar produk kepada anda selaku pengguna dan anda juga boleh memasarkan produk syarikat kepada orang lain sebagai seorang agen pengedar atau istilah internet adalah affiliate. Anda mempromosikan barangan syarikat, dan jika terjual maka anda akan mendapat komisyen daripada syarikat sebagai upah menjadi seorang pengedar kepada syarikat.

Hati-hati dengan syarikat SCAM sebab anda akan rugi nanti. Kaji dahulu syarikat sebelum anda membuat sales. Insya allah, saya akan mengeluarkan satu ebook berkenaan Panduan Network Marketing. Saya sediakan ebook tersebut dan anda boleh download ebook tersebut secara percuma sahaja.

“melahirkan jutawan muslim”
Abang Long
Abanglong.net



********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: